HUJUNG MINGGU SEPI TANPA ENTRI | Hujung minggu memang boleh dikatakan hari bermalas-malasan Syu. Blog pun auto malas nak sentuh juga. Walau macam mana sekalipun, rutin mengemas rumah tetap dibuat macam biasa. Tapi selingannya lebih banyaklah dari buat kerja 🤣. Cuit kerja ni sikit, berhenti. Sambung balik. Lepas tu berhenti lagi. Jadi, kerjanya jadi lambat sikitlah nak siap.
Kalau ikutkan Syu boleh jer nak bagi siap cepat. Cuma tak tahu kenapa boleh terpengaruh dengan banyak selingan. Tak boleh nak fokus. Mungkin, dah bosan agaknya sebab selalu sangat hadap. Nak buat tu jadi macam malas. Almaklumlah, hari bekerja buat kerja. Hari tak kerja pun bekerja juga. Pokoknya hari-harilah kerja 😂. Tak henti-henti.
Memandangkan hujung minggu hari tu blog Syu terbiar sepi tanpa sebarang entri. Maka, di pagi hari Isnin yang cerah ceria ni Syu nak berceloteh sikit pasal satu segmen ni 😁. Sebenarnya, kalau nak tahu, dari hari Jumaat lepas lagi Syu dah peram segmen pencarian bloglist Secret Whisper ni dalam draft Blogger. Kononnya nak gunalah untuk modal bercerita di blog Syuderis.com. Tapi sampai ke sudah Syu tak sempat nak war-warkan.
Jadi, pada yang ada kelapangan. Korang boleh sertai segmen "Carian Bloglist Secret Whisper" yang dianjurkan oleh sis Najwa ni. Syaratnya mudah sahaja. Nak tahu lebih lanjut pasal segmen ni? Korang boleh klik pada banner. Sebelum tu, jangan lupa sertai juga giveaway & segmen pencarian bloglist lain dari rakan Blogger Syu yang masih lagi berlangsung. Jangan lepaskan peluang okey! Semoga blog korang ada rezeki untuk tersenarai dalam blog penganjur - ALL THE BEST 😊🍎!!
selamat bersegmen kak.. :)
BalasPadamSelamat bersegmen juga Naim 😊🍎.
PadamHai sis Syu ^^
BalasPadamTerima kasih sudi join segmen bloglist, nanti sis dah link kan blog saya dari senarai bloglist, bagitau ya ^^
Semoga blog Syu berjaya tersenarai nanti :)
BalasPadam