2022 DATANG, 2021 DIKENANG | Hari ni masuk kerja masih terkenang-kenang pada tahun 2021. Mana taknya, masa nak menulis tarikh, tangan ni laju jer asyik nak tulis tahun 2021 dekat belakang tarikh 😆. Menaip dekat komputer pun sama. Ingat hari & bulan tapi lupa tahun. Padahal mata ni dah banyak kali dok tatap Kalendar 2022. Tetap nak tulis 2021 juga. Hello Syu, wake up lah!! Dah tahun 2022 dah hari ni 😂. Masih bermimpi & belum move on lagi dengan tahun 2021 nampak gayanya yer.
Sejujurnya, Syu rasa kenangan tahun 2020 & 2021 Syu macam tak berapa nak ada. Nak throwback pun macam kekurangan modal untuk dijadikan cerita 😂. Masa semua terbazir dengan duduk di rumah sahaja sejak munculnya Covid-19 yang durjana tu. Malah, Wawasan 2020 yang dok tergiang-ngiang dekat telinga masa Syu kecil-kecil dulu seolah-olah dogengan semata-mata 😅. Teknologi nampak maju ke hadapan seiring arus permodenan, tapi malangnya jadi terkebelakang sebab perancangan Allah lagi Maha Hebat.
MENCABARNYA TAHUN 20-AN | Tahun ni Syu tak berani nak minta lebih-lebih, cuma Syu berharap sangat perjalanan tahun ni tak macam dua tahun lepas. Sedih juga bila dikenangkan kembali. Banyak musibah & banyak juga bala satu dunia kena hadap. Kena bekerja & belajar dari rumah. Tak dapat beraya & berjumpa keluarga. Solat berjemaah tak dibenarkan. Paling sedih ramai yang diuji & diduga dengan pemergian ahli keluarga yang tercinta 😔- Masih tergiang-ngiang lagi pasal pemergian arwah Siti Sarah.
Pada Syu, tahun 20-an ni memang tersangat mencabar. Sebab diuji dengan wabak & bencana yang boleh dikatakan agak buruk juga sebenarnya. Bila datangnya ujian & bala macam ni, jadi takut bila difikirkan & direnungkan semula. Bumi Allah ni dah makin tua rupanya. Kita yang umat manusia ni mungkin dah berada diambang-ambang zaman pengakhirannya dunia. Bila-bila masa sahaja Allah boleh sapu bersih 😔.
Tahun 20-an ni bukan sahaja mencabar. Malah, ianya menginsafkan (bagi mereka yang insaf). Tapi, walau seburuk mana pun ujian & bala yang datang. Pada Syu semuanya ada hikmah. Zahirnya mungkin nampak macam bala yang dahsyat. Tapi, jikalau dipandang & direnung dari sudut yang positif, ada kemanisan yang Allah S.W.T cuba titipkan pada kita semua. Sejak terjadinya pandemik, kita nampak macam-macam perangai & ragam manusia. Baik perangai buruk mahupun perangai elok. Semua keluar masa tu.
Apa-apa pun Syu bersyukur sangat-sangat. Berhidup di bumi Malaysia ni masih aman & terkawal keadaannya. Kalau tengok dekat negara luar dah huru-hara dah. Macam-macam pergolakkan & rusuhan berlaku. Sampai berbunuh pun ada. Alhamdulillah rakyat Malaysia semua ada hati perut. Sangat-sangat prihatin & saling bantu membantu walaupun ada segelintir pemimpinnya tak berapa nak membantu sangat. Sibuklah dengan agenda politik tak sudah-sudah 😂.
AZAM APA 2022?
FOLLOW THE FLOW | Bila sebut pasal azam,sejujurnya Syu tak berani nak setkan azam Syu tahun ni apa dia. Sebab azam Syu dua tahun kebelakangan ni macam tak berapa nak tercapai 😂. Padahal dah rancang baik punya. Tetap perancangannya tak boleh kalahkan perancangan Allah S.W.T. Tahun ni apa yang Syu terlintas nak buat, Syu buat. Teringin nak berbeli apa-apa, Syu beli. Tak ada nak set target segala. Cuma impian melangit sebutir dua tu ada lah. Itupun tak tahu bila boleh tergapai sebab rupanya macam masih samar-samar 😂.
Buat masa sekarang ni Syu just follow the flow sahaja. Harap semuanya berjalan lancar & positif. Kalau ada ujian yang mendatang, Syu harap Syu mampu tangani dengan hati yang terbuka. Ada masa & ketika, cabaran & ujian dalam kehidupan tu perlu juga. Tak syoklah kan kalau dalam kehidupan semuanya manis belaka. Kadan-kadang ujian yang Allah bagi tu bersebab & Dia takkan uji diluar dari kemampuan kita melainkan kita betul-betul mampu 😊💕.
Azam 2022 korang pula macam mana? Mesti banyak perkara yang korang dah setkan untuk harungi tahun 2022 ni kan? Syu doakan semoga apa yang korang rancang berjalan dengan lancar & dipermudahkan segala urusan - SELAMAT TAHUN BARU 2022!
MashaAllah seronoknya baca celoteh Syu, semua cover, betul perancangan Allah swt lebih baik, redha seikhlasnya inshaAllah. Selamat tahun baru 2022 Syu.
BalasPadamSeronok yer? Mekaseh babYpose 😊💕.
PadamRisau juga ada yang tak berapa berkenan baca celoteh Syu 😂.
Selamat tahun baru 2022 juga yer.
Hi Syu,..tahun ni Kak SA xde azam baru...sama ngan tahun lepas...azam nak kurus x kurus- kurus...then carry forward je la...
BalasPadamKira okaylah tu azam kurus kak SA di c/f 😂
PadamSyu punya azam nak kurus tu macam dah terkubur jer.
Turun sekilo dua. Naiknya berkilo2 🤣. Punah harapan.
Selamat tahun baru Syu..
BalasPadamAmmi ada 2-3 azam..semoga tercapailah azam Ammi tu
Selamat tahun baru juga Ammi 😁💕
PadamAzam Syu masih tak ada lagi walaupun dah masuk tahun baru 😅
Semoga apa yang Ammi azamkan tu tercapai🤲🏻
Uncle punya azam dah tak nak buat azam!
BalasPadamhaha
Ha3🤣
PadamJarang tak padu lawak UG ni.
Sama2 lah azam kita tanpa azam 😆
tahun ini kita looking forward
BalasPadamKita follow the flow jer. Harap cantiklah flow nyer seperti air mengalir 😅.
Padam2 tahun yang serba mencabar. Harapnya tahun ni lebih baik dan lebih tenang. Ya, follow the flow je. Allah maha baik aturkan segalanya. Apa yang berlaku banyak menginsafkan manusia.
BalasPadamBetul sangat-sangat mencabar & menginsafkan 😔. Harap tahun ni semuanya baik-baik.
PadamAlhamdulillah impian rabia dh tercapai menjadi seorang pendidik.
BalasPadamAlhamdulillah. Tercapai juga impian Rabiah. Tahniah tau 😊💕.
Padam