Genre :
Sejak akhir-akhir ni rasa macam nak jebakkan diri tengok drama Turki. Asyik layan drama Melayu & Korea lama-lama jemu juga kan. Sekarang ni di TV3 orang ramai tengah kemaruk layan Sirah Beyaz Ask. Tak tahu dah habis ke belum drama bersiri tu ditayangkan. Syu ada tengok juga. Tapi sekejap-sekejap jer. Ada juga beberapa episod yang Syu terlepas. Faham-fahamlah bila tengok sekerat-sekerat. Mesti tak akan faham punya. Ada kelapangan nanti Syu buat drama marathon terus. Tak suka tengok cerita sekerat-sekerat. Tak puas.
Buat masa sekarang ni Syu baru selesai layan drama Turki yang bertajuk Dolunay (Bulan penuh/purnama). Jalan cerita drama Dolunay ni memang menarik. Kalau korang nak tahu, drama bergenre romantik komedi Turki ni mengisahkan tentang kisah cinta seorang gadis jelita yang bernama Nazli dengan usahawan terkenal Ferit Aslan. Nazli ni merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan gastronomi di salah sebuah universiti di Istanbul & dia memang suka memasak. Di Istanbul, dia tinggal sebumbung dengan adiknya yang bernama Asuman & seorang lagi rakan karibnya Fatos.
Nak dijadikan cerita, Nazli ni perlukan kerja untuk menampung hidup di Istanbul bersama Asuman. Kebetulan. Di rumah Ferit ada kekosongan kerja sebagai tukang masak peribadi. Jadi dia pun mohonlah. Tak sangka dia diterima bekerja serta merta. kalau nak tahu, jawatan yang dia pegang tu agak panas juga sebenarnya. Setiap hari mesti akan ada pekerja yang kena pecat. Jadi tak hairanlah kalau jawatan tukang masak peribadi di rumah Ferit tu selalu saja ada kekosongan. Dari saat itu, bermulah detik-detik perkenalan Nazli & Ferit. Pada awalnya, hubungan Nazli dengan Ferit boleh dikatakan agak dingin juga sebenarnya. Salah satu sebabnya adalah Ferit tak suka dengan etika kerja Nazli.
Kalau nak tahu, Ferit ni sejenis lelaki maskulin yang serius, cerewet & perfeksionis dalam apa jua perkara. Semua kerja yang dia lakukan mesti berada kena teratur & tersusun. Berbeza dengan Nazli. Nazli ni pula perangainya jenis gila-gila sikit & tidak suka terikat dengan peraturan. Keras kepala pun ya juga. Lagi dilarang lagi dibuat. Bila di tempat kerja dia suka buat perkara yang Ferit tak suka. Walaupun dah banyak kali ditegur oleh Ikbal (Pembantu peribadi Ferit). Dia tetap ulang perkara yang sama. Tapi dek kerana masakan Nazli berjaya memikat selera & hati Ferit. Jadi, agak sukar untuk Ferit lepaskan Nazli begitu sahaja. Tambahan pula, jawatan tersebut agak sukar untuk dia cari pengganti.
Setelah sekian lama bekerja di rumah Ferit, akhirnya bibit-bibit cinta antara Ferit & Nazli pun berputik. Ferit pun dah mula suka & serasi dengan sikap Nazli. Malangnya, keserasian tersebut jadi terbantut dek kerana perbuatan nakal Asuman. Asuman ni baik sebenarnya. Disebabkan dia masih muda & buta dengan duit, jadi dia sanggup bekerjasama dengan Demit & Hakan. Dek kerana perbuatan Asuman, Ferit gagal mempertahankan dirinya untuk mendapatkan hak penjagaan penuh kepada Bulut. Akhirnya, hak penjagaan tersebut jatuh kepada Demit & Hakan. Tapi masa ni, Ferit tak tahu yang semua ni berpunca dari Asuman. Malah, rahsia ni juga diketahui Nazli.
Jelesnya tengok diorang berdua. Serasi sangat digandingkan bersama π. |
Selepas rahsia Asuman bocor. Ferit pun mula membenci Nazli & sukar untuk memaafkan dia. Tapi disebabkan Ferit nak rampas semula anak saudaranya kembali, dia terpaksa bekerjasama dengan Nazli. Drama ni sebenarnya ada banyak konflik tau. Jadi macam susah sikit Syu nak ringkaskan ceritanya. Syu rasa sebaiknya korang tengok sendiri drama Dolunay ni. Serius menarik. Korang boleh tonton episod penuh Dolunay di Ytube Channel Turkish Series. Kalau ikutkan, drama ni ada 26 episod. Tapi lepas dipendekkan durasi tayangan setiap episod kepada 45 minit, maka jadilah 81 episod. Jadi, pada yang menonton tu korang bertabahlah yer untuk habiskan kesemua episodnya π .
Secara keseluruhan, drama Turki ni memang seronok untuk ditonton. Tak bosan walaupun episodnya banyak. Bila korang mula tengok episod 1, korang akan terjebak terus sampai episod terakhir. Sebab jalan ceritanya menarik & tak membosankan. Untuk drama ni, 5 π Syu bagi. Pada yang belum tengok, korang wajib tonton drama ni. Higly recommended! π
Fenomena drama Turki lah pulak. Belum pernah layan lagi drama Turki :)
BalasPadamTengah jadi fenomena sekarang ni kak.
PadamCuba layan sekali. Mesti nak layan berkali-kali lepas ni.
π He2~
sebab tu better jangan start kalau tidak terus terjebak nak tengok sampai habis..hahaha
BalasPadamTahu tak apa π.
PadamTak pasal-pasal dah ketagih nak tengok lagi.
Next Erkenci KuΕ pulak. Lepas tu Bay YanlΔ±Ε π.
cantik dan ensem pelakon dia
BalasPadam