Dumpling Debab By Encik Suami

Januari 19, 2022

Ini alkisah malam semalam. Tak pasal-pasal ada yang teringin nak makan dumpling. Ini semua bahana tengok cerita makan-makan di YTube 😏. Memandangkan semalam cuti umum bersempena hari Thaipusam. Maka ada lah kelapangan kami laki bini nak buat. Bahan-bahan mentah untuk buat inti semua ada dalam peti ais. Cuma kulit dumpling jer tak ada. Pagi tu bercarilah di Tesco berbeli kulit dumpling semata-mata. Tak mahal mana pun kulit dumpling-nya. Sepeket ± RM2 jer. Tak ingat ada berapa keping kulitnya sebab ralik menggentel dumpling sampai tak ingat nak kira berapa keping.



Inti dumpling yang suami Syu buat ni sukatannya agak-agak yer. Syu nak selit resepi macam tak berani pula. Nanti tak menjadi takut ada yang mencari. Ghisau 😂!! Yang pasti, dalam inti ni ada diletakkan isi ayam, cendawan Shitake, daun bawang, bawang merah & bawang putih. Selebihnya ada lah ramuan-ramuan rahsia pakai campak-campak.



Masa dekat dapur, Syu perhati jer encik suami buat inti. Bahan-bahan dipotongnya kecil-kecil lepas tu semua di kisarnya dalam pengisar. Dengan daun-daun bawang dikisarnya juga. Senang betul kerja orang lelaki yer. Dua langkah jer. Potong & kisar 😂. Maka inilah hasilnya selepas bersilat di dapur dengan suami malam semalam. Dumpling debab!! Sepadat-pada inti letak dekat dalam. Berbeza dengan dumpling yang Syu pernah buat hari tu - Orang Dah Membuta, Kita Sibuk Menggentel Dumpling


Chicken dumpling
Debab gila!! 😅


APA RASA? | Alhamdulillah. Dumpling-nya sedap. Tambah-tambah bila cicah dengan sos Thai ceroi 😁. Cuma Syu masih tertanya-tanya & tercari-cari bayang cendawannya 😂. Mungkin, ini hasil dari teknik "potong & kisar" tu agaknya. Bagus betul teknik ni yer. Cendawannya auto halimunan terus 😌. Oh lah encik suami. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi masakkan dumpling. Dah lah debab. 😋 Puas makan. Nanti malam nak cuba buat goreng pula. Tak pun buat sup ke. Macam menarik - Nampak tak? Kalau dalam bab makan memang tak akan ketandusan idea walau sedikit pun 😆.


Isi padat. Puas makan 😋.

Comments

  1. Auto sedap terus encik suami buat. Puas hati inti padat gitu bila buat sendiri. Puas makan jugak. Begitulah lelaki punya kerja Syu. Cepat siap :)

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!