Foodrio Forty Four Shake : Sedap & Mengenyangkan

Januari 25, 2022

Foodrio Forty Four Shake
Satu tong ni boleh tahan selama 28 hari. Hanya 1½ sudu sahaja diperlukan untuk setiap hidangan.


Lambat Syu bersiaran hari ni yer. Matahari dah nak tenggelam baru sibuk nak munculkan diri. Harap korang sudi membaca. Jadi, untuk entri kali ni Syu nak cerita sikit pasal salah satu produk yang Syu dah konsum sejak beberapa hari ni. Mula-mula rasa macam ragu-ragu juga nak kongsi. Tapi memandangkan produk ni bagus. Ada baiknya Syu buat review sikit. Produk ni diberi nama Foodrio Forty Four Shake & ianya ada dijual secara online di official website Slim Korea & juga di Shopee : Slim Korea - Shopee murah sikit. Tapi kena tunggu ada promosi 😁. 


Kalau nak tahu, Foodrio Forty Four Shake ni merupakan salah satu produk minuman berprotein tinggi yang berasal dari Korea. Foodrio Forty Four Shake ni halal & berfungsi sebagai pengganti kepada makanan (Meal replacement). Produk ni dihasilkan khas buat mereka-mereka yang tengah berdiet & cuba untuk mengawal selera makan. Foodrio Forty Four Shake ni didatangi dengan pelbagai perisa. Antaranya :

 

  • Banana
  • Caffe Latte
  • Chestnut
  • Choco Cookies
  • Cocoa - Ada dibagi sampel. Dah rasa. Tapi tak berkenan ditekak Syu 😂
  • Coffee - Syu beli yang ni 😁
  • Cookie & Cream
  • Oatmeal & Almond
  • Strawberry
  • Strawberry Yogurt - Syu beli yang ni juga! 😋
  • Blueberry Yogurt
  • Orange & Manggo


BUKAN UBAT KURUS | Jangan salah faham yer. Foodrio Forty Four Shake bukan ubat untuk kuruskan badan. Sebaliknya, ia adalah minuman berprotein tinggi yang mampu mengenyangkan perut untuk jangka masa yang lama - Tahap keberkesanan mungkin berbeza mengikut individu. Pengambilan produk ni bukan bermakna korang kena tolak semua makanan yang korang makan. Produk ni hanya sekadar pengganti sahaja supaya korang kekal kenyang & tak pedih perut terutamanya bila korang tengah berdiet. Dengan pengambilan protein shake ni, korang boleh berdiet tanpa berlapar.



CARA PENGAMBILAN | 1½ sudu (25g) serbuk Foodrio Forty Four Shake perlu dibancuh terlebih dahulu dengan menggunakan air ataupun susu. Nak minum sejuk atau panas, terpulang. Waima kalau korang nak campur dengan buah-buahan & dijadikan overnight oats pun tak menjadi masalah. Ikut kreativiti korang nak buat macam mana 😉💕. Cuma lepas korang dah bancuh, sebaiknya diminum terus. Kalau dibiar lama, nanti airnya akan jadi pekat & keberkesanannya untuk membuat perut korang kenyang lebih lama tu kurang berhasil sedikit.


Sudu memang dah dibagi siap dalam bekas. Tak payah runsing-runsing nak bersukat bagai 😁.


Lagi satu. Masa nak bancuh tu nanti, sebaiknya korang guna Rechargeable Mini Juice Blender macam yang Syu pakai ni. Senang. Tak akan ada isu serbuk jadi ketul-ketul. Nak kisar sekali dengan buah & ais pun tak menjadi masalah. Elok jer hancur. Seandainya korang tak ada masa nak bersarapan, pengisar mini ni antara pilihan yang terbaik untuk korang buat susu kocak (Milkshake) dengan mudah & cepat.



WAKTU PENGAMBILAN | Foodrio Forty Four Shake ni kebiasannya dikonsum ketika sarapan pagi atau makan malam. Tapi, kalau korang nak konsum untuk dua-dua waktu ni pun tak menjadi masalah. Ianya sangat-sangat digalakkan. Cuma nasihat Syu, korang jangan skip makan. Paling kurang pun makan sehari sekali. Jangan bergantung seratus peratus kepada produk ni sahaja untuk korang kekal kenyang. Nutrisi dari makanan yang lain pun masih perlu dibekalkan seperti biasa.


Perisa yogurt strawberi ni memang sedap. Bau strawberinya wangi sangat. Bertambah sedap bila dicampur dengan buah strawberi segar 😋🍓.


SEDAP & MENGENYANGKAN | Sejujurnya, Foodrio Forty Four Shake ni bukan sahaja sedap. Malah satu cawan pengambilan sudah memadai untuk buat korang kenyang dari pagi sehingga ke petang - Bergantung kepada metabolism badan juga. Memang sesuai sangat kalau nak diamalkan ketika bulan Ramadhan. Tak ada lah isu pedih perut lagi lepas ni kan? 😊💕



TIADA KESAN SAMPINGAN | Setakat ni, Syu tak ada apa-apa permasalahan dengan Foodrio Forty Four Shake ni. Lepas minum tak ada sebarang kesan sampingan pun. Cirit-birit, perut memulas segala tak ada. Cuma air masak tu kena minum lebih sikit. By the way, korang harus ingat bahawa produk ni bukan tiket untuk korang skip  makan & makan sesuka hati yer. Produk ni hanya sekadar membantu & mengawal korang dari makan secara berlebihan sahaja. Selebihnya korang sendiri yang kena kawal pemakanan korang - Nasihat untuk diri sendiri juga sebenarnya ni 😁. 

Comments

  1. wahhh...boleh la cari juga nanti. nampak sedap, mesti baunya wangi dan menyelerakan

    BalasPadam
  2. Yang berminat bolehlah mencubanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul wak 😊💕.
      Yang berminat boleh cuba. Klik jer pada link yang Syu dah bagi.
      Harga produk ni di Shopee & di website Slim Korea lebih kurang sama jer. Cuma di Shopee boleh dapat potongan & tebus coins. Itu jer yang untungnya 😁.

      Padam
  3. ASSALAMMUALAIKUM =)

    pendek kata coffee ni ssuai la kalau nak amik time bulan pose nti kan..da xlama je nak pose ni pun hehe bole try ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Yaya.
      Sesuai sangat kalau nak konsum masa bulan puasa.
      Tak ada pedih perut nak tahan sampai ke petang 😊💕.

      Padam
  4. Sedap tu perisa yogurt strawberry. Lama dah tak makan supplement macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serious sedap kak!! Kalau buka dia punya container, bau dia manis jer 😋🍓.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!