Hari Hora Hore 😁

Januari 17, 2022

Syu Deris
Acah-acah sibuk 🤣.


BERDUA SAJA | Selalunya, hari Isnin hari bermalas-malasan dek bahana terbawa-bawa mood hujung minggu kan. Hari ni tidak yer kawan-kawan. Mood kerja kita yakhamat hora hore sangat. Bangun awal. Muka ada senyum. Tak ada istilah "muka tak siap" untuk hari ni 😜. Tapi, entri pagi-paginya memang tak boleh blah. Cerita pasal Upin Ipin Meninggal?Dah kenapa kan? Tiber 🤣


Untuk pengetahuan korang, hari ni cuma Syu berdua sahaja masuk kerja. Dua rakan sepejabat Syu yang lain sambung cuti sampai Thaipusam esok. Jadi, keadaan di pejabat agak lenggang sedikit berbanding biasa 😁. Tapi dalam lengang-lengang tu banyak kerja minggu lepas yang tertangguh menanti yer. Serabut nak bagi settle tau 😂. Tambah-tambah bila dapat bos yang sejenis tak faham kita terang apa.



KIV LAGI | Nak dijadikan cerita, beberapa minggu yang lepas ada satu tender ni dah diluluskan untuk jalankan kerja-kerja pembinaan. Untuk mulakan kerja, perkara yang paling penting adalah sumber bekalan air. Jadi, nak tak nak terpaksalah buat pemohonan perkhidmatan bekalan air sementara dengan Lembaga Air Perak (LAP). Tapi, permohonannya kena dibuat melalui kontraktor yang berdaftar. Tak boleh secara terus melalui kaunter LAP katanya. Katanya yer 💆🏻‍♀️.


LAP : Borang Permohonan Bekalan Air
Borang ni kena diisi & hantar bersama dokumen sokongan kepada kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan. 


Syu ingatkan boleh selesaikan hari ni. Malangnya ada beberapa dokumen sokongan tak mencukupi untuk dihantar kepada kontraktor tu sebab dokumennya ada pada rakan sepejabat Syu yang seorang lagi. Nampak gayanya terpaksa KIV ke hari Rabu. Tak apalah. Kita bagi borang & perjanjian ni sambut Thaipusam satu hari. Tak kisahlah bos kata urgent sekalipun. Dah dokumennya tak ada. Nak buat macam mana kan? 💁🏻‍♀️



INTERNET BUAT HAL | Awal pagi tadi, internet di pejabat ni elok jer. Entah macam mana dalam pukul 11 pagi macam tu dia buat perangai pula. Memang mati akal dibuatnya. Yang duduk kerja di pejabat mesti tahu. Tak ada internet sehari memang mendap kehidupan 😅. Jadinya, terpaksalah Syu selesaikan masalah internet ni secepat yang mungkin supaya tak mendap berganda hidup dalam pejabat seharian.


Selepas dua kali telefon Telekom (TM) buat aduan, diorang kemudiannya buka satu kertas laporan untuk tindakan susulan. Katanya dalam tempoh 24 jam, juruteknik akan datang buat pemeriksaan & baikpulih. Alhamdulillah lepas waktu makan tengahari tadi, masalah internet pun selesai.



Rupa-rupanya, router TM di pejabat kitaorang ni rosak. Nak tukar yang baru warantinya pun dah out - Pakai baru 2 tahun bos cakap 😅. Jadi, tak ada pilihan lain. Terpaksalah tukar router yang baru. Rabaklah RM50++ (dimasukkan ke dalam bil yang akan datang). Router yang baru ni ada banyak sesungut. Kalau tak laju juga line internet memang tak boleh nak cakap apa lah 😂. 


Unifi Router
Dari tiga sesungut pergi empat. Bermasalah juga tak tahulah 😂. 

Comments

  1. Dah banyak sesungut tu. mudahan laju laaa. Memang happy terus esok cuti ek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Kalau buat perangai jugak tak tahulah 😅.

      Of cos lah happy. Siapa tak suka cuti? Ha3 🤣.

      Padam
  2. Dalam keriangan pagi timbul pulak masalah internet dan kerja. Dah ada 4 sesungut tu lajulah sikit internetnya kan.

    BalasPadam
  3. Ooooo... Macam tu ke pose acah2 sebuk? hehehehe

    BalasPadam
  4. banyak sesungut moga banyak yang dia boleh capai

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!