Jin & Syaitan : Ketahui Nama & Tugasnya Dalam Menyesatkan Anak Adam

Januari 14, 2022

Di dalam Al-Quran, memang banyak firman Allah S.W.T memberikan peringatan & amaran berkenaan tipu daya jin & syaitan ni. Malah, diorang (jin & syaitan) sendiri pernah berjanji dengan Allah S.W.T yang diorang tak akan berhenti menyesatkan anak Adam sehingga tibanya hari kiamat.


Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus (16) Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur (17)".


(Surah Al-A’raf: 16-17)


BENCI UMAT MANUSIA DARI ZAMAN TERCIPTANYA ADAM | Bermula dari zaman terciptanya Nabi Adam lagi jin & syaitan ni dah membenci kita umat manusia. Tak puas hati & dengki sebab merasakan diri dia lagi mulia jika dibanding dengan Nabi Adam yang diciptakan dari tanah. Kalau tak, masakan Nabi Adam & Hawa pernah menjadi mangsa sehingga dicampakkan ke bumi dek kerana hasutan syaitan durjana ni.


Diorang semua memang dah lama rancang nak menyesatkan anak-anak Adam. Cuma kita saja yang lalai & leka. Sewarak mana sekalipun seseorang itu, tak akan terkecuali dari terkena & termakan dek hasutan jin & syaitan. Dia & kaum kerabatnya akan datangi kita setiap masa & di mana jua kita berada. Tapi, harus diingat. Tak semua jin itu jahat & sesat. Ada juga jin Islam yang beriman kepada Allah S.W.T seperti kita. Jadi, kita tak boleh nak pukul rata. Melainkan jin yang sememang syathona (menjauhi) dari Allah S.W.T.


Jin & syaitan ni mahluk ghaib yang susah nak nampak dengan mata kasar - melainkan mereka yang Allah S.WT buka hijabnya untuk melihat. Tapi bisikan & hasutan tu mampu menjerumuskan kita ke arah perkara yang dilaknati Allah. S.W.T. Dia bukan datang jumpa kita cakap depan-depan. Sebaliknya dia detikkan pada hati & keinginan kita supaya kita buat apa yang dia nak. Masa tengah solat dibolak-balikkan hati supaya lupa rakaat & bacaan. Di bawanya kita berkhayal sampai tak boleh khusyuk dalam solat. Waima masa tengah ambil wudhuk pun boleh dibuatnya kita rasa ragu-ragu. Dalam kita tengah nak buat ibadah tu dia masih boleh buat kerja.





Nama & Tugasnya


Jin & syaitan ni mempunyai keturunan. Setiap tugas anak-anak & cucu cicitnya menyesatkan anak-anak Adam berbeza-beza. Jom kita tengok satu persatu nama & tugas-tugas diorang.


KhanzabSyaitan yang suka menganggu anak Adam ketika melakukan ibadah. Dia akan mewujudkan sikap suka menunda-nunda & berlengah-lengah dalam berbuat sesuatu perkara yang melibatkan hal-hal ibadah. Sikap-sikap ini seterusnya mebuatkan seseorang itu sekaligus meninggalkan ibadah yang hendak dilakukan tanpa rasa serba salah. Bukan itu sahaja, syaitan yang bernama Khanzab ini jugalah yang selalu muncul mewujudkan rasa ragu & lalai ketika solat. Kadang-kadang sengaja dibuatnya kita lupa rakaat, lupa bacaan solat & macam-macam lagi gangguan yang boleh menganggu kekhusyukkan solat kita.


"Apabila seorang diantara kamu melaksanakan solat, syaitan akan menghampirinya dan dia akan membuatnya ragu sehingga dia tidak mengetahui sudah berapa rakaat dia solat. Apabila salah seorang dari kamu menemukan hal tersebut, hendalah dia melakukan sujud dua kali ketika dia masih duduk tahiyat (sujud sahwi) 


- HR Bukhari & Muslim-


WasnanWasnan ni berfungsi melemahkan otot manusia supaya sentiasa berada dalam keadaan lemah, mengantuk & bermalas-malasan. Targetnya pada mereka yang hendak/sedang melakukan ibadah. Paling kerap berlaku ketika hendak membaca Al-Quran, menghadiri majlis ilmu mahupun ketika hendak bangun mengerjakan solat Subuh. Mata akan rasa berat sahaja memanjang ketika melakukan ibadah.


Dasim (Ψ―Ψ§Ψ³Ω…) Iblis yang bernama Dasim ni memang terkenal sebagai iblis perosak rumah tangga & pemutus silaturahim antara keluarga. Selain tu, jin yang bernama Dasim ni juga gemar membuatkan seseorang itu sentiasa mempunyai nafsu berpanjangan untuk makan secara berterusan. Walaupun perut sudah kenyang. Tekak asyik lapar sahaja memanjang nak makan. Tengok makanan ini nak makan. Tengok makanan itu nak makan. Macam bela saka. Lepas tu tak habis membazir. Si Dasim ni sukakan kepada pembaziran juga.


Walhan | Syaitan yang bernama Walhan ni suka membuatkan seseorang itu berasa was-was. Perkara macam ni sering berlaku ketika hendak berwuduk & bersuci - . Selain itu, dia juga suka membuatkan sesorang itu berteka-teki & seterusnya mewujudkan rasa ragu-ragu. Bukan sahaja dalam bab-bab melakukan ibadah. Malah, dalam bab akidah pun dia boleh timbulkan keraguan yang menyesatkan.


Zalanbur (Ψ²Ω„Ω†Ψ¨ΩˆΨ±) Penah dengar - "Membazir itu amalan syaitan". Inilah syaitannya. Diberi nama Zalanbur. Syaitan sejenis ni akan wujud bagi menghasut pembeli & penjual ketika berurus niaga. Yang membeli akan dihasut supaya bersikap boros & membazir ketika berbelanja. Manakala, bagi yang peniaga pula akan dihasut supaya menipu dalam urusan jual beli & perniagaan - menipu dalam timbangan, menjual barangan tiruan, menipu harga & sebagainya. Jangan ingat tak ada yer.


Iblis
Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus - Surah Al-A’raf: 16


Tibbir (Ψ«Ψ¨Ψ±) | Syaitan batu api yang sentiasa membuatkan seseorang tu sentiasa beremosi, mudah marah & cepat melenting. Mereka yang terkena bisikan & hasutan Tibbir ni memang sukar ditenangkan. Cara bercakap pun asyik nak memaki-maki. Tak ada sopan santun & tertib langsung bila bercakap dengan orang. Bahaya kalau bergaduh & bertikam lidah dengan orang yang terkena hasutan Tibbir ni. Takut bertikam lidah & bergaduh sampai berbunuh.


A'war (اعور)  | Syaitan yang menggoda anak Adam melakukan penzinaan dengan encetuskan sifat ghairah antara lelaki & wanita untuk berbuat maksiat & kejahatan. Tak kira sebelum berkahwin mahupun selepas berkahwin. Selain itu juga, A'war ni juga akan menghiasi seseorang ajnabi (lelaki mahupun wanita) supaya kelihatan cantik & menarik dimata ajnabi-ajnabi yang lain. Kewujudhan A'war ini juga mampu menjadikan pasangan yang sudah berkahwin melakukan kecurangan dengan pasangan masing-masing.


Masauth (Ω…Ψ³ΩˆΨ·) | Jin yang gemar menghasut manusia agar suka mengadu domba, mencampuradukan berita benar & palsu, menyebarkan fitnah, mencaci maki melalui lisan mahupun perbuatan. 


Abyad | Syaitan yang bernama Abyad ini suka mengganggu & membolak-balikkan ahli agama agar timbul perasaan sombong, ego & jumud dalam diri. Suka berdebat & berasa diri lebih berilmu, hebat & mulia berbanding orang lain.


SyabruSejenis syaitan yang suka duduk didalam saluran darah & suka menghasut secara dalaman sehingga seseorang tu melakukan kejahatan & kemaksiatan. Orang yang terkena dengan jin ni mudah menerima rangsangan & hasutan dari jin-jin lain.


Thabur | Ditugaskan untuk menghasut umat manusia yang ditimpa musibah. Mereka yang terkena hasutan ni akan menjadi manusia yang tidak redha dengan ujian yang Allah berikan. Contohnya - meratapi pemergian orang yang telah meninggal dunia, menyalahkan takdir & tidak berlapang dada dengan nasib malang yang menimpa diri sendiri.


BERTAUBAT ANDAI TERSASAR | Kalau ikutkan, bala tentera jin & syaitan ni ramai sebenarnya. Yang Syu senaraikan ni mungkin cuma sebahagian sahaja berdasarkan pembacaan Syu. Selebihnya hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui. Kita sebagai manusia hanya perlu bekalkan diri dengan pendinding yang mampu menghalang jin & syaitan ni dari membolosi gawang keimanan kita. Andai tersasar, pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita. Insyallah, Allah S.W.T Maha Pengampun & Penyayang pada hamba-hambanya. Setiap manusia itu pendosa & memang tak terkecuali dari melakukan kesilapan. Selebihnya tawakal & berserah sahaja pada Allah S.W.T.





SUMBER RUJUKAN


Mengenal Nama Anak Iblis Beserta Tugasnya - kalam.sindonews.com

10 Jenis Jin dan Tugasnya, Ada yang Bertugas Membuat Ngantuk Lho! - Pop Mama

Rujukan Ayat Al-Quran & Terjemahan - Tafsir & Surah.my

Gangguan Syaitan Dalam Solat - Ikhtiar Syifa

Kenali 6 jenis tentera iblis bersama godaan maha dahsyat untuk bawa manusia ke neraka - Mstar


Comments

  1. Balasan
    1. Sama-sama sayang. Terima kasih juga rajin singgah membaca & mengomen πŸ˜‰πŸ’•.

      Padam
  2. Terima kasih puan berkongsi. Maklumat yang bermanfaat. Tak kenal maka tak tahu.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!