Kek Batik Vico Mudah : 5 Bahan Sahaja!

Januari 27, 2022

Malam tadi ada kerajinan sikit nak buat kek 😅. Tapi, buat kek versi orang malas sajalah. Tak ada nak pukul-pukul bagi kembang segala. Waima, main bakar-bakar sekalipun pun tak ada. Serius. Syu tak ada kerajinan nak menghadap semua tu 🤣. Jadi kek apa lah yang tak ada pukul bakar segala tu? Apa lagi. Sememangnya Kek Batik lah! Itu saja kek yang paling mudah yakhamat untuk dibuat.



Sebenarnya, dah lama juga Syu tak buat Kek Batik ni. Kali terakhir Syu masak kek ni masa Syu duduk di rumah sewa masa belajar di Shah Alam dedulu. Itu pun sebab ada buat jamuan makan-makan sebelum cuti semeter ke-4. Kira memang dah lama sangat tak buat. Resepi pun Syu dah ingat-ingat lupa. Tapi tak mengapa, resepi kek ni senang nak cari. Dah macam-macam versi dah ada. Versi lumut indulgence segala lah. Even, dekat blog rakan-rakan blogger Syu pun ada dikongsikan resepi Kek Batik ni 😁. 


Kek Batik VICO
Masa padatkan kek, jangan ditekan padat-padat sangat. Tekan-tekan manja jer. Kalau tak hasilnya jadi macam ni 😅. Layer nya macam hidup segan mati tak mahu jer.


Tahun lepas ada singgah makan kek ni dekat rumah sepupu belah suami Syu. Tak ingat bila. Dah lama dah. Masa Raya Haji kalau tak silap Syu. Yang hairanya, dia punya rasa tu sampai ke hari ni terasa-rasa & teringat. Sedap sangat. Itu yang nak buat juga tu. Takut kempunan. Jadi, malam tadi Syu pun cubalah membega (modified) sikit resepi Kek Batik yang Syu pernah buat sebelum-sebelum ni. Bahan-bahan Syu pakai yang mana ada jer dekat dapur.



Selalu kalau buat kek batik mesti kena pakai serbuk MILO & serbuk koko sikit untuk bagi rasa coklat kan? Kali ni tak. Syu guna serbuk VICO 3 in 1 Original yang Syu beli dari Speedmart 99. Harga sepeket (18 sachet) tak sampai pun RM10 - Lotus's jual RM12. Kira murahlah juga berbanding MILO. Apa yang menariknya bila guna VICO 3 in 1 Original ni, kek batik tu akan nampak lebih cantik. Tekstur coklatnya nampak jauh lebih pekat & warnanya lebih gelap berbanding menggunakan MILO - Minta maaf yer MILO. Malah, rasa coklatnya pun sedap. Kalau buat air jangan cakaplah. 1 sachet ni boleh buat dua mug. Memang pekat.



 BAHAN-BAHAN


250g - Mentega*

1/2 Tin - Susu pekat* (Nak kurangkan pun boleh)

5 Sachet - VICO 3 in 1 Original*

Air Panas*

1 Bungkus - Biskut Marie Original Mini (Dipatah-patahkan)


Kuali kita ni tak secerah kuali Sugu Pavithra yer. Jadi, sila abaikan. Kita nak tunjuk gambar biskut Marie yang kita pakai ni jer sebenarnya 😂. 


Bahan-bahan yang bertanda (*) tu korang masukkan jer semua ke dalam kuali & masak sampai jadi likat & nampak berkilat. Lepas tu korang masukkan biskut Marie & gaul lah biskut Marie tu sampai dia mesra gembira dengan coklat yang dah dimasak tadi. Kemudian masukkan dalam loyang & tekan sampai jadi padat. Dah selesai boleh masukkan dalam peti ais bagi kek ni berehat & bertenang sekejap. Baru masak tak boleh potong & makan terus. Berderai keknya yong. Jadi, kena bagi kek ni sejuk dulu yer 😋.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!