My Top 5 Bawangians 2021

Januari 04, 2022

Bawang

TERIMA KASIH MY BAWANGIANS | Dah beberapa hari dah kita tinggalkan tahun 2021. Macam tak terasa kan 😂? By the way, sebagai penutup untuk tahun 2021. Buat pertama kalinya Syu nak ambil kesempatan ni untuk memberi sedikit penghargaan kepada 5 PENGOMEN TEGAR yang tersenarai dalam Syu punya senarai MY TOP BAWANGIANS. Terima kasih kerana kekal konsisten dalam meninggalkan jejak & menyokong blog Syuderis.com dari awal penglibatan Syu sehingga ke hari ni 😚. Korang memang terbaik & sangat-sangat supportive. Berikut 5 blogger yang tersenarai dalam senarai TOP 5  BAWANGIANS Syu : 


Tahniah!! 😁


Pada Syu, diorang-diorang ni bukan setakat pengomen tegar sahaja. Malah, ada diantara diorang ni sentiasa setia berada dibelakang menyokong Syu - ada yang tak termasuk dalam senarai. Dari noob-nya Syuderis.com sehinggalah ke hari ni helok tertib blog Syu tersusun. 😊💕. Pada yang tak tersenarai dalam top 5 pun terima kasih Syu ucapkan juga. Komen korang sangat-sangat membantu Syu untuk terus konsisten berceloteh tanpa henti di blog.




ADA APA DENGAN BAWANGIANS?


KENAPA BAWANGIANS | Almaklumlah. Sejenis Syu 😁. Saja. Sengaja letak tajuk untuk TOP COMMENTATORS tu kepada TOP BAWANGIANS. Geng-geng membawanglah katakan. Walaupun tak meninggalkan komen yang pedas & memedihkan mata seperti bawang merah nun. Tapi meninggalkan komen-komen manis iras-iras bawang holland pun boleh diterima juga bagi Syuderis.com 😝. 


Onions
Kenapalah bawangians?😮


SAYA SAYANG BAWANGIANS SAYA | Pada Syu, geng-geng pengomen tegar ni wajar juga diberi gelaran yang letops & token sekali-sekala 😁. Walaupun diorang hanya sekadar tinggalkan komen. Tak bermakna korang boleh pandang sebelah mata sahaja tau. Dari komen itulah sebenarnya semangat korang membara-membara nak teruskan menulis. Walaupun mood menulis korang datang dan pergi. Tapi, dek kerana ada sokongan dari pembaca. Korang akan jadi rajin & bersemangat nak menulis.



Korang jangan main-main. Ada sesetengah Blogger, nak merasa sebutir komen pun tak dapat tau 😌. Tulis blog sikit punya panjang berjela. Seorang pun tak tinggalkan jejak. Lagi sedih tau. Macam Syu alhamdulillah. Tak putus-putus jejak dari sahabat Blogger Syu tinggalkan. Cuma Syu sahaja yang kadang-kadang terlepas pandang & tak sempat nak berbalas komen 😂 - Yang ini Syu minta maaf sangat-sangat.



Sebenarnya, bukan mudah tau untuk seseorang Blogger ni nak buat BW (Blog walking) & tinggalkan jejak di satu-satu blog. Itupun kira bernasib baik diorang ada keinginan nak landing dekat page korang membaca. Kadang-kadang diorang baca entri semasa korang dari senarai bloglist rakan Blogger lain. Ada masa & ketika diorang baca melalui Reading List. Bergantung pada keadaan. Silap-silap diorang landing ke page korang secara tak sengaja selepas loncat blog orang sana sini (Blog walking).




DON'T GIBAB KIPIDAP


JANGAN SERIK MENULIS & MENGOMEN | Dalam bab-bab tinggalkan jejak (komen) ni bergantung pada nasib sebenarnya. Kalau ada yang mengomen itu satu bonus. Kalau tak ada, abaikan sahaja. Jangan serik menulis. Sebab menulis tu memang niat asal korang berblog. Jadi, kekalkan minat & momentum korang dalam dunia penulisan. Orang baca atau pun tak, itu belakang kira. Anggap sahaja menulis di blog ni macam salah satu terapi untuk korang ekspresi diri. Janji korang tak menulis perkara bukan-bukan yang boleh menjatuhkan imej penulis blog.


Onions


Pada yang mengomen, teruskan mengomen walaupun komen korang tak dilayan 😂. Sebenarnya, penulis blog bukan saja-saja tak nak balas komen korang. Kadang-kadang korang kena faham juga. Menulis entri dalam blog ni tak sama macam up status di sosial media seperti FB (Facebook) & instagram. Macam di FB & Insta, setiap kali orang lain komen, korang akan dapat notifikasi. Berbeza dengan dunia blog. Notifikasi orang yang mengomen di blog memang tak ada. Pemilik blog sendiri kena buka & tengok sendiri komen korang dekat ruangan komen di Blogger. Jadi, jangan hairanlah kalau komen korang dibalas satu kurun kemudian 😄.  



Jadi, buat TOP 5 BAWANGIANS Syu, tahniah Syu ucapkan. Jangan lupa hantar details alamat surat menyurat korang pada Syu okey!!  Ada nak bagi token sikit sebagai penghargaan. Pada yang tak sersenarai. Teruskan mengomen. Mana tahu ada rezeki menanti korang di kemudian hari. Siapa tahu? 😊🍎

Comments

  1. Tahniah kepada semua.. hehe. rezeki awal tahun hehe

    BalasPadam
  2. wah tahniah semua. kita masih lagi merangkak lagi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa. Pelahan2.
      Ada rezeki Nurin tu nanti.
      Selalu orang yang merangkak ni cepat berlari 😁💕.

      Padam
  3. wah tersenarai la kali ni.. hehehhe terima kasih syu walau kadang2 kita pun tenggelam timbul juga datang sini... kdang dtg sekadar baca je....
    nnt kita email ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Syu dah terima dah emailnya 😁. Tahniah tau K.Ret.
      Tenggelamnya ada timbul tak ngape. Jangan tenggelamnya karam terus 🤣.

      Padam
  4. Ish.. Mana-mana rancak dengan komen Kak Fiza. Hehe Tahniah uolls. Best kan ada geng bawang. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berdosa!! Ha3.
      Paling rancak yang no.1 tu.
      Kat mana-mana ada 😂

      Betul. Seronok ada geng bawang yang membawang tanpa henti macam ni 😊💕. Rasa dihargai.

      Padam
  5. Wah! Tahniah! Nama2 kawan2 tu

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Betul!! Semuanya memang terbaik. Termasuk juga kamu 😊💕.

      Padam
  7. Tahniah kepada Top Bawangians! Kalian memang hebatlah!

    BalasPadam
  8. Bawangians yang berbau wangi gitu. Aci tak. hihi..Tahniah untuk semua. Terima kasih Syu :)
    betul betul, jangan berhenti menulis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aci3 😁. He2~
      Sama2 kak.
      Jangan serik mengomen tau 😊💕.

      Padam
  9. yeayy
    Kita komen yg baik baik je
    Send details dekat email kak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer Rabiah. Hantar dekat email akak 😊💕.

      Padam
  10. Balasan
    1. Ha...ah. 😁 He2~
      Teruskan mengomen okey 😉💕.

      Padam
  11. Tahniah kepada semua Top Bawangians! memang terbaiklah..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!