Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara

Januari 10, 2022

Alor Setar, Kedah


Rancang Lain. Perginya Tempat Lain|  Hari Rabu & Khamis lepas, Syu & encik suami luangkan masa bersama pergi jalan-jalan. Kalau ikutkan pelan asal nak ke Pulau Pinang sahaja. Tak sangka di saat-saat akhir tukar haluan bercuti ke Kedah & Perlis. Tapi, kami berdua tak sempat cover semua kawasanlah. Lagipun petang Rabu tu kami gerak dah agak lewat juga. Sampai di Alor Setar pun dalam pukul 12 tengah malam. Kerja gila kan. Itu pasal sebelum bertolak kitaorang berdua masing-masing tapau KOPI CANDU terlebih dahulu buat ubat hilangkan mengantuk 😁. Sejujurnya kitaorang berdua memang padu teruk terkena candu. Bayangkanlah, sepanjang perjalanan ke Utara kitaorang berdua tak rasa mengantuk langsung. Sesuai sangatlah nama kopi tu Kopi Candu 😂.


Ambil dari tepi jer. Malas nak jalan ke tengah menara nun 😛.


Di Alor Setar kitaorang tak ada buat aktiviti apa sangat pun. Lagipun kitaorang sampai pun dah malam. Jadi hanya sekadar ronda-ronda ambil angil malam sahaja. Sempatlah ambil beberapa keping gambar di Menara Alor Setar sebagai bukti ada jejakkan kaki ke sini 😁. Lepas ronda-ronda & tapau bekalan masa depan di Bandar Alor Setar, kami berdua laki bini pun bergeraklah menghala ke Bandar Changloon. Check in hotel budget di sana.



Kalau ikutkan kitaorang berdua cadang nak tidur dalam kereta jer. Tapi dek kerana memikirkan faktor keselamatan, ada baiknya kami berdua tidur di hotel. Berapa sangatlah harga semalaman pun. RM50 jer. Bukan apa, saja & sengaja menginap hotel di Bandar Changloon ni sebab esoknya kami merancang nak ke Padang Besar untuk sesi cuci mata & cuci poket (Poket encik suami yang pasti 🤣) . Dengar cerita dari kawan-kawan & saudara mara, segala baju, gebo (selimut) , periuk belaga semuanya murah-murah dekat sana. Betul atau tak. Syu sendiri pun tak berapa pasti. Sebabnya, Syu sendiri pun tak pernah pergi ke Padang Besar. Selalu mak Syu jer pergi ke sana jalan-jalan ikut rombongan.





Padang Besar, Perlis


Encik suami pulun lah cakap dua ketul gunung kat depan tu tempat Mok Cun berlakon. Syu gelakkan jer. Padahal kawan tu jauh duduk kat Kodiang nun 😂.


TAK ADA APA DI BUKIT KAYU HITAM | Keesokan paginya, lebih kurang dalam pukul 10 pagi kami berdua pun bersiap-siaplah untuk check out hotel. Sebelum bergerak ke Padang Besar, encik suami sempat bawa Syu ronda-ronda cuci mata ke Bukit Kayu Hitam. Katanya ada Kompleks Bebas Cukai. Sampai sana. Huh, tak ada apa!! Yang Syu nampak cuma RTD Border Control Station yang rupanya macam Tol Plaza. Dekat situ ada Pegawai Imigrisen jaga kenderaan & orang keluar masuk sempadan Thailand- Malaysia. Selebihnya ada lah beberapa banggunan yang duduk dekat tepi-tepi. Kompleks Imigrisen agaknya 😂. Bila tengok macam tak ada apa. Kami berdua pun bergeraklah ke Padang Besar terus.



PADANG BESAR, I'M COMING!! | Alhamdulillah, sepanjang perjalanan cuaca elok sangat. Jalan pun tak berapa nak sibuk. Memang lancar jer perjalanan kitaorang berdua dari Bandar Changloon ke Padang Besar. Sesampai di Padang Besar, kami singgahlah ke Arked Niaga Padang Besar terlebih dahulu. Parking masuk dekat kawasan parkir berhampiran arked - Kena bayar RM3. Pada yang belum pernah menjejakkan kaki ke Padang Besar macam Syu, untuk pengetahuan korang di dalam arked ni ada terdapat banyak kedai-kedai yang jual barang-barang seperti pekakasan dapur, pakaian lelaki & wanita, telekung, beg & kasut. Di bahagian luar arked pula kebanyakkan peniaganya menjual makanan-makanan kering seperti minuman, kekacang, snek & makanan ringan.


Nak kata murah sangat barang-barangnya tak juga. Lebih kurang jer harganya macam yang ada jual dekat tempat Syu 😅. 


Cadang nak beli bag Akademi Fantasia sebiji dua. Tapi, bila tengok saiznya macam kecil jer. Terus batalkan niat nak berbeli 😌.


Tak banyak tempat pun Syu pergi di Padang Besar ni. Nak berbeli barang pun barangnya dah lebih kurang jer macam barang-barang yang ada di Kelantan 😅. Tapi, Syu sempatlah juga sambar 2 helai selimut buat back up di rumah. Corak selimutnya cantik sangat. Kain pun lembut. Jadilah buat spare dekat rumah barang sehelai dua. Mana tahu esok lusa ada tetamu datang bertandang. Boleh juga diorang pakai masa nak tidur. Selebihnya ada juga Syu beli kacang Koh-Kae dalam 3 tin & jersi 2 pasang buat kitaorang berdua laki bini pakai sedondon. Jarang kitaorang berdua beli baju sedondon tau. Kali ni dekat Padang Besar nekad nak beli juga. Bukan mahal mana pun. RM10 jer sepasang 😁.


Cantik sangat. Dapatlah ngepau encik suami dalam dua helai 😁. 


Puas cuci mata di Arked Niaga Padang Besar, kami berdua pun masuk pula ke Padang Waremart. Dekat sini kawasannya macam besar sikit jika dibandingkan dengan arked yang Syu pergi tadi. Pilihan untuk mengoyakkan duit pun banyak 😂. Tapi, Syu tak beli pun. Macam Syu bagitahu awal-awal tadi. Barang-barangnya lebih kurang macam yang ada di Kelantan.



By the way, sekiranya korang lapar. Di kawasan luar Padang Waremart ni ada warung-warung kecil yang berniaga makanan & minuman. Ada banyak pilihan makanan citarasa Thai yang korang boleh makan di warung-warung ni. Dari segi harga, Syu tak pasti mahal atau tak sebab Syu sendiri pun tak menyinggah makan dekat situ. Sibuk ambil gambar punya pasal sampai hilang lapar 😆. Lepas jalan-jalan cuci mata di Padang Besar kami berdua pun bergerak balik ke Perak. Cadang nak menyinggah ke Tanjung Dawai cari buah tangan. Tapi, macam malas pula nak menyinggah. Lain kali sajalah. 


Ada banyak lagi kedai-kedai dekat dalam Padang Waremart ni sebenarnya. Tapi, cuma ini jer yang sempat Syu snap 🤣. 

Comments

  1. bestnya, lama tak pergi padang besar, pergi timah tasoh je hari tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak baru ni first time pergi Padang Besar 😅. Empangan Timah Tasoh pun tak dan nak pergi lagi. Dengar kata tempatnya cantik 😁.

      Padam
  2. Wah, kalu pergi ke Padang Besar tue macam syurga beli belah.. lama betul akak tak ke sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita baru ni first time pergi ke sana kak. Dah senja baru nak jejak kaki 😅. Mak ajak ke sana dedulu tak nak ikut.

      Padang Besar ni memang tempat feveret mak Syu. Tak dekat sini, dekat Wang Kelian nun 😁. Kalau balik berbondot-bondot bawak mangkuk tingkat periuk belanga segala.

      Padam
  3. Uish, teringat masa adik blajar kat perlis dulu. Aien paww ayah beli patung stitch besoo, baru rm50 je lepas tawar menawar. Hahaha

    BalasPadam
  4. adoiii bila nak jejak padang besar lagi ni??? zaman batu rasa nya jejak situ... tgk dah menarik skrg ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak baru ni jejakkan kaki Kak Ret 🤣. Dulu memuda tak nak pergi. Udah tua-tua baru nak teringin.

      Padam
  5. Oooo... menara tu tukar2 kaler eh?

    BalasPadam
  6. dulu zaman bujang pernahla sampai kat padang besar tu... dptla beli toto seketul, dulu naik kancil je sampai situ hehehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😅 Ada jugaklah merasa pergi zaman bujang. Syu dah nak senja baru nak jejak kaki.

      Naik kancil lagi senang. Save minyak. 😁 He2~

      Padam
  7. cantik sangat menara Alor Setar tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan...
      Bangga dak orang Kedah. Hi3 😁.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!