Tamat Riwayat Selepas 12 Tahun Berkhidmat

Januari 28, 2022

Ingatkan lepas balik kerja semalam nak kelebek lah laptop sekejap. Kononnya nak draftlah barang satu dua entri & selesai isu CLS (Cumulative Layout Shift) blog Syu. Entah macam mana masa Syu cuba switch on Syu punya laptop, skrinnya jadi gelap gelita. Bunyi ada. Malangnya, satu imej apa pun tak dipaparkan di skrin 💆🏻‍♀️. 



Akhirnya, selepas 12 tahun berbakti, tamat juga riwayat laptop Syu ni. Memang bijak & cantik dia pilih waktu. Sudahlah Chinese New Year just around the corner. Kena cuti lama pula tu. Dah sah-sah Syu tak dapat nak berblog. Macam mana Syu nak habiskan sisa-sisa cuti 5 hari Syu tu nanti 😌. Naya-naya.


ASUS Laptop
Cuba buka tengok. Ingat boleh elok lepas betulkan wayar & chip dekat belakang skrin. Malangnya, tak mahu juga 😌


Sudahlah cuti Hari Raya Cina nanti tak dapat nak ke mana-mana. Encik suami pula kena kerja 🙃. Mereputlah jawabnya.  Nampak gaya, buat sementara waktu ni Syu terpaksalah menulis entri sepenuhnya menggunakan smartphone Syu ni. Itu jer harapan Syu. Jangan smartphone ni buat hal juga sudahlah 😌. 

Comments

  1. dh tiba masanya kena beli baru

    BalasPadam
  2. Itulah 💆🏻‍♀️. Dah lama sangat pun laptopnya.
    Kena cari juga sebiji. Senang nak berblog.

    BalasPadam
  3. Bagi saya mudah juga menulis melaui telefon bimbit.
    Apapun dapat hantar baiki nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk cipta entri mungkin mudah.
      Tapi sekiranya ada permasalahan dari segi kod html & CSS, akan jadi sukar sikit.
      Kena pulak telefon bimbitnya cuma besar tapak tangan.
      Memang sakit mata nak hadap 😂.

      Nak hantar baik pun modal juga tu. Hu3 😌.

      Padam
  4. Aduh, dah sampai masanya dia berehat. 12 tahun berbakti, banyak jasa.

    Cici pun kalau terpaksa kena juga guna handphone. Tapi rasa tak puas menaip. Nak masuk gambar pun macam susah. Hehe

    BalasPadam
  5. bertabah la syu. takpe masih guna henpon utkk berblog. jgn putus asa. chaiyokk

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!