Temasya Duka

Januari 16, 2022

Floral GIF

TEMASYA DUKA


Yang pergi

Biarkan pergi

Tenang bersemayam bersemadi 

Menghadap ilahi



Ironinya

Yang datang menyantuni

Perilakunya tampak galak

Mengharap ditamu dijamu

Tanpa sekelumit silu



Tatkala ini

Yang kehilangan 

Sedu-sedan meratapi

Ditinggal pergi

Dek insan yang disayangi



Tetangga pula

Ada yang terlihat tidak cakna

Menghuni cuma sekangkang kera 

Nun

Jauhnya tidak sampai sedepa



Namun 

Terlintas tidak di benak fikiran

Bertandang menghulurkan tangan

Walhal 

Berkurun lama hidup berjiran



Usai puji memuji Ilahi

Sepertinya ada temasya

Tetamu dijamu girang gembira

Empunya badan 

Perkenan paksa

Walakin hati

Masih gundah gulana



Sewajarnya

Jangan ditambah beban & duka

Adat budaya zahirnya cuma pada nama

Andai dijadikan norma

Bimbang andai ada yang terluka



Ingat

Yang pergi

Selama abadinya pergi

Yang hidup jangan pula dibebani & diculasi

Kelak menjawab di akhirat nanti

Comments

  1. sedap sajak. btw, akak amik mana gambar2 utk sajak tu, cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh. Sajak suka2 jer Nurin 😁.
      Akak amik kat Pinterest jer. Cantik-cantik gambar kat sana.

      Padam
  2. *clap handss* PERTANDINGAN SAJAK DUKA DIMENANGI OLEHHH~ (bayangkan suasana dia begini) :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Bolehlah takat nak merapu meraban di blog ni Nina 😅.

      Padam
  4. Menarik sajak Syu. Teruja gerakkan cursor pada gambar ada animation.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!