Februari 28, 2022
Segmen Giveaway Sii Nurul
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Korang pun tahu kan, laptop Syu dah selamat bersemadi dengan aman & tenteram - Payahnya Bila Laptop Rosak. Jadi, memang ada kekangan sedikit bila nak berblog. Nak menulis entri panjang-panjang pun sikit punya bercinta. Walau macam mana sekalipun, Syu tetap takkan lepaskan peluang untuk sertai mana-mana giveaway & segmen yang dah dianjurkan oleh rakan-rakan Blogger - Sekejap lagi kalau sempat nak sertai Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka pula 😁.
Syu bukan apa, dapat taip dalam sekerat dua guna smartphone pun dah memadai. Asalkan terubat hati nak meluahkan rasa dekat Syuderis.com ni. Tak bagus juga dibiar sendu tanpa entri. Nanti boleh bagi kesan pada PV (Pageviews) & Adsense. Jadi, terpaksa kekalkan momentum untuk menulis blog. Walaupun kadang-kadang kontennya ke laut 😂.
Klik untuk sertai giveaway 👆. |
Jadi, untuk penutup bulan Febuari ni Syu nak ambil kesempatan sertai satu giveaway dari Sii Nurul. Katanya momentum berblognya tak berapa cantik sejak bergelar isteri ni. Boleh dikatakan agak lama juga Sii Nurul ni menyepi dari berblog ya. Apa-apa pun tahniah buat kedua pasangan. Semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah.
Masuk hari ni masih berbaki 13 HARI SAHAJA LAGI untuk korang hantar penyertaan. Syarat penyertaannya mudah sahaja - Macam biasa korang klik saja pada banner. Jom kita sama-sama meriahkan giveaway ni supaya Sii Nurul kembali bersemangat untuk berblog semula. Pada yang dah sertai - I WISH U ALL THE BEST! 😘🍎
Lokasi Glamping MEWAH & EKSKLUSIF Di Malaysia
Glamor camping atau singkatannya kita panggil Glamping, merupakan trend perkhemahan mewah alaf baru yang semakin hari semakin diminati oleh para glampers. Harga penginapan semalaman bermula dari standard harga glamping 3 bintang sehinggalah ke 5 bintang. Terpulang korang nak pilih yang mana satu. Nak glamping mewah & eksklusif mahupun glamping cara budget. Bergantung kepada tahap ketebalan poket korang.
Mungkin ada sesetengah orang tak berapa tahu apa-apa hal pun berkaitan tentang perkhemahan. Tapi pada masa yang sama teringin sangat nak merasa sendiri suasana berkhemah tu macam mana. Mungkin glamping ni agak berbeza dengan camping, tapi konsepnya tetap sama. Cuma ianya telah dimodenkan serta dilengkapi dengan fasiliti & ameniti yang jauh lebih selesa & lengkap berbanding berkhemah dengan cara biasa.
Kalau ikutkan di luar negara, berkhemah secara glamor ni memang dah lama ada. Siapa sangka, perkhemahan macam ni mula diketengahkan di Malaysia sebagai salah satu produk pelancongan. Walaupun di Malaysia ni masih belum terdapat banyak kawasan glamping. Tapi, konsep perkhemahan macam ni sememangnya menjadi buruan para glamper di luar sana. Berikut Syu senaraikan 5 lokasi glamping MEWAH & EKSKLUSIF yang ada di Malaysia ni. Terpulang samaada korang nak pergi atas tujuan beriadah, berbulan madu mahupun urusan kerja.
1) SEA HORIZON RESORT - KOTA TINGGI, JOHOR
Kalau korang nak tahu, di Sea Horizon Resort (Dulu dikenali sebagai Tanjung Sutera Resort) ni ada juga menawarkan penginapan yang berkonsepkan perkhemahan glamor. Tapi, tempat penginapannya hanya terhad kepada 2 unit sahaja. Jadi, nak bermalam dalam glamping suite di Sea Horizon Reasort ni korang kena berebut sikit bila nak buat tempahan. Sebab ianya terhad & mendapat pemintaan tinggi buat mereka yang mahu jadikan suite ni sebagai tempat untuk berbulan madu.
Apa yang menariknya, kedua-dua glamping suit ini dibina khas dalam bentuk kubah (dome) di atas tebing Pantai Temala. Lokasinya betul-betul menghadap pemandangan indah Laut China Selatan. Bukan sahaja lokasinya mempunyai pemandangan yang cantik, malah dekorasi dalaman dome suite ni tak kurang juga hebatnya.
Pemandangan cantik di sini bukan sahaja sesuai dijadikan lokasi utama berbulan madu. Malah, sesuai juga dijadikan sebagai tempat penggambaran & apa jua aktiviti santai bersama keluarga. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini antaranya ATV (All-terrain vehicles) Adventure, berkayak, berbasikal, mandi manda di kolam renang, stargazing, paragliding & macam-macam lagi.
Laman FB : Sea Horizon Resort
☎ Tel. : +6016-720 0399
📧 : seahorizon.resort@gmail.com
🌐 Website : https://seahorizon.my/dome/
2) TIARASA ESCAPE GLAMPING RESORT - JANDA BAIK, PAHANG
Misal kata korang ada budget lebih. Korang boleh pilih Tiarasa Escape by Tiara Jaquelina ni sebagai salah satu tempat untuk korang melakukan aktiviti glamping. Tempatnya memang cantik & sangat eksklusif. Bukan sahaja boleh buat tempat bersantai. Nak buat sambutan majlis hari jadi, hi-tea, majlis korporat, majlis perkahwinan & hari keluarga (Family Day) dekat sini pun boleh. Memang sesuai sangat sebab tempatnya luas, eksklusif & dekat dengan alam semulajadi.
Khemah yang disediakan di sini berbentuk khemah kanopi ala safari & rekabentuknya agak berbeza sedikit dengan khemah berbentuk dome yang ada di Sea Horizon. Harga penginapan di sini boleh dikatakan agak eksklusif juga. Memang sesuai dengan kemudahan & perkhidmatan yang ditawarkan.
Laman FB : Tiarasa Escape
☎ Tel. : +60 12-887 7777
📧 : tiarasa@enfiniti.com.my
🌐 Website : https://www.tiarasaescapes.com/
3) GLAMZ - GENTING HIGHLAND, PAHANG
Kalau korang pergi bercuti ke Genting Highland, Glamz satu-satunya tempat yang paling sesuai untuk korang glamping bersama keluarga & rakan-rakan. Tempatnya memang cantik & sangat-sangat eksklusif. Memang sesuai sangat untuk dijadikan salah satu lokasi utama berbulan madu buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Reka bentuk khemah yang berbentuk kubah tu memang sesuai untuk korang menikmati suasana malam dengan ditemani cahaya bulan & kelipan bintang yang cantik.
Harga pakej glamping yang disediakan di sini berbeza-beza mengikut jenis penginapan yang disediakan. Untuk glampers yang datang bersama keluarga, korang boleh pilih pakej Family Dome. Khemahnya memang luas & boleh memuatkan sehingga 8 orang pada satu-satu masa. Untuk yang datang berdua, ada banyak pilihan khemah yang disediakan.
Untuk pengetahuan korang, tempahan penginapan di Glamz ni memang selalu penuh. Jadi, pada yang berminat nak merasa suasana glamping eksklusif & mewah di sini, sebaiknya korang buat tempahan awal terlebih dahulu. Jangan risau. Pakej penginapan di Glamz ni ada disertakan sekali dengan sarapan pagi.
Laman FB : Glamz At Genting
☎ Tel. : +6012-664 5269
📧✉️ E-mail : hello@glamz.com.my
🌐 Website : https://glamz.com.my/
4) CASTRA BY COLONY - K.LUMPUR
Perkhemahan mewah bernama Castra ni merupakan salah satu pakej penginapan yang berkonsepkan "urban glamping". Tapak perkhemahannya dibina di atas bumbung peribadi Colony. Lokasi perkhemahannya yang terletak di Segitiga Emas Kuala Lumpur, menjadikan ia sangat strategik buat glampers yang ingin menikmati suasana perkhemahan eksklusif dalam taman yang dikelilingi dengan bandar.
Castra ni memang cantik tempatnya. Memang sesuai sangat untuk dijadikan lokasi penggambaran & apa jua acara korporat sebab tempatnya memang tampak mewah & eksklusif.Kalau nak tahu, Castra by Colony ni menawarkan 2 khemah Bohemian mewah berinspirasikan Mediteranian yang terletak di ruangan rehat peribadi yang berkeluasan 4,000 kaki persegi.
Di sini ada disediakan juga dek barbeku untuk korang yang ada nak buat aktiviti barbeque bersama keluarga & rakan-rakan. Untuk maklumat lanjut berkenaan harga & tempahan penginapan, korang pergi ke laman web diorang. Yang pasti harganya bukan biashe-biashe 😁.
Laman FB : Castra By Colony
☎ Tel. : +603 9212 4048
📧✉️ E-mail : ask@colony.work
🌐 Website : https://colony.work/
5) THE HOOTON RETREAT - KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN
Misal kata korang nak merasa suasana glamping yang jauh dari hiruk pikuk bandar. Korang boleh pilih The Hooton sebagai salah satu lokasi glamping korang. Dari Bandar Seremban, ia hanya mengambil masa dalam sejam sahaja untuk sampai ke sini.
Kalau korang nak tahu, asal usul nama The Hooton Retreat ni diinspirasikan dari dua ekor burung hantu yang bernama Misty & Starry. Disebabkan bunyi "hoot" dari kedua burung-burung ni, maka dinamakan The Hoot Retreat bersempena bunyi yang dihasilkan oleh burung hantu tu. Memang unik kan namanya?
Di The Hooton Retreat ni terdapat dua jenis kubah yang sesuai untuk glamping. Satu namanya Tyto & satu lagi dipanggil Otus. Harga penginapan di sini bermula dari RM580 untuk satu malam & ianya termasuk pakej sarapan pagi - PORK FREE. Satu dome ni boleh memuatkan 2 ke 4 orang sahaja. Misal kata korang datang bersama keluarga & rakan-rakan, korang boleh pilih penginapan lain yang ada disediakan di sini - Villa & studio.
Februari 27, 2022
BAHAYA Makan Ketam Kecil Dalam Kerang
Sebelum masak memang susah nak tahu Pea Crab ni ada duduk dalam kerang. Lepas dah masak kerangnya baru kita boleh tengok sebab dah mati & senang nak dibuka. |
Tak dinafikan, kerang memang sedap. Tambah-tambah bila dimakan dengan air asam mahupun sos pencicah ala-ala Thai yang pedas-pedas manis tu. Buat kerabu pun padu juga 😋. Tapi, dalam sedap-sedap tu kena ingat. Ada sesuatu mahkluk comel yang duduk dalam kerang ni yang kita TAK BOLEH MAKAN.
Kalau termakan, ia boleh menyebabkan korang terkena cika yang sangat teruk. Syu pernah kena sekali masa kecil dedulu. Memang teruk kena cirit-birit & muntah-muntah. Masa tu tak tahu yang ketam kecil tu tak boleh makan. Lepas mak dapat tahu disuruhnya kita makan pucuk jambu & air kelapa 😌. Alhamdulillah hilang cikanya. Tapi makan hari jugalah 😂.
Comel. Tapi bahaya kalau termakan yer 😅. |
Kalau korang nak tahu, ketam kecil yang ada dalam kerang tu namanya Pea Crab (Pinnotheres pisum). Ketam ni antara parasit kecil yang suka duduk bertunggu bertangga dalam kerang, tiram, kepah, kekapis (scallop) & beberapa hidupan laut lain yang berspesis bivalves.
Ketam ni akan hidup beranak pinak & makan segala makanan & keperluan yang ada dalam hidupan laut berspesis bivalves ni. Hal ni sekaligus akan menyebabkan pertumbuhan hidupan ni terbantut & susah nak membesar. Nampak macam comel jer Pea Crab ni. Tapi jahat sebenarnya yer 😅.
Nak makan kena tengok betul-betul 😌. |
Jadi, sebelum makan. Tenang (tengok) dulu betul-betul dalam isi kerang tu sebelum makan. Jangan main makan jer. Bahaya. Sebab boleh menyebabkan keracunan makan yang kita panggil "cika" tadi. Syu tak pasti samada terkena "cika" ni boleh membawa sampai tahap kematian atau pun tak. Tapi, pada Syu ia tetap merbahaya.
Lalu ke korang nak mengulang ke tandas dengan pakej muntah segala. Cukuplah Syu pernah kena sekali 😂. Fuhhh...memang tak lalu. Jadi, berhati-hati bila makan makan yang bercengkerang macam kerang ni - TAK NAK KENA CIKA. IKUTLAH CAKAP KITA 😊🍎.
Februari 25, 2022
10 Surah Lazim PENDEK & MUDAH DIHAFAL
Tak kira dalam solat fardu mahupun solat sunat, selain diwajibkan membaca Surah Al-Fatihah dalam setiap rakaat, kita disunatkan juga untuk membaca surat-surat pendek setelah membaca surat Al Fatihah. Anjuran membaca surah-surah pendek ni ada dinyatakan oleh Syaikh Sulaiman Ahmad Yahya Al-Faifi dalam bukunya yang berjudul Ringkasan Fikih Sunnah Sayyid Sabiq.
Di dalam buku tersebut dinyatakan bahawa setelah Al-Fatihah disunatkan bagi orang yang solat untuk membaca satu surah atau sebahagian ayat-ayat yang terdapat dalam Al-Quran. Selain itu juga, penambahan bacaan surah lain selepas Al-Fatihah adalah yang paling baik. Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah bersabda :
“Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencukupi ummul-Kitab itu baginya (sebagai bacaan al-Quran yang diwajibkan di dalam solat). Dan sesiapa yang menambah (dengan membaca ayat atau surah lain), maka ia adalah paling baik”
-H.R Riwayat Imam Muslim-
Selain dari hadith ni, terdapat juga hadith lain yang menggalakkan surah-surah pendek ini dibaca setelah membaca surat Al-Fatihah ketika solat. Sebab ianya lebih baik. Walaupun kita tidak tahu akan kebaikkannya, tapi semestinya ada ganjaran pahala yang besar Allah S.W.T bakal berikan.
“Jika engkau tidak menambah selain surah Al-Fatihah, maka itu boleh. Adapun jika engkau menambah lebih dari itu, maka itu lebih baik.”
-HR. Bukhari & Muslim-
10 SURAH PENDEK MUDAH HAFAL
Al-Quran ada 30 juzuk kesemuanya. Dari juzuk-juzuk tersebut dipecahkan lagi kepada 114 surah. Malah dalam setiap surah-surah yang ada dalam Al-Quran ni, isi kandungan & jumlah ayatnya berbeza-beza . Yang paling panjang adalah Surah Al-Baqarah.
SUMBER FOTO : Google |
Pada yang kurang mahir membaca tulisan Jawi/Arab mahupun yang baru hendak belajar solat mungkin agak sukar untuk membaca & menghafal kesemua surah-surah yang ada dalam Al-Quran ni. Jadi, surah-surah pendek selain Al-Fatihah antara surah-surah terbaik korang boleh hafal untuk dibaca & diamalkan ketika solat. Berikut Syu senaraikan surah-surah lazim yang mudah dihafal berserta terjemahan ruminya sekali.
4 QUL (قُلْ) || 4 Qul ni panggilan ringkas kepada 4 surah-surah pendek alam Al-Quran yang dimulai dengan perkataan Qul (قُلْ) - Katakanlah. 4 Qul ni terdiri dari surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas & juga Surah Al-Kafirun. Kalau nak tahu, surah-surah ni bukan sahaja lazim dibaca ketika menunaikan solat. Malah, seringkali juga diamalkan oleh pengamal-pengamal perubatan Islam ketika merawat pesakit yang terkena ganguan syaitan mahupun sihir.
1) AL-IKHLAS
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ
Bismillah hir rahman nir raheem
Qul huwal laahu ahad
Allah hus-samad
Lam yalid wa lam yoolad
Wa lam yakul-lahoo kufuwan ahad
2) AL-FALAQ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلْعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Bismillah hir rahman nir raheem
Qul a’oozu bi rabbil-falaq
Min sharri maa khalaq
Wa min sharri ghaasiqin izaa waqab
Wa min sharrin-naffaa-saati fil ‘uqad
Wa min sharri haasidin izaa hasad
3) AN-NAAS
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ
مَلِكِ ٱلنَّاسِ
إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ
مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ
ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
Bismillah hir rahman nir raheem
Qul a’oozu birabbin naas
Malikin naas
Ilaahin naas
Min sharril waswaasil khannaas
Allazee yuwaswisu fee sudoorin naas
Minal jinnati wannaas
4) AL-KAFIRUN
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
قُلْ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْكَـٰفِرُونَ
لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
وَلَآ أَنتُمْ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ
وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمْ
وَلَآ أَنتُمْ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ
Bismillah hir rahman nir raheem
Qul yaaa-ayyuhal kaafiroon
Laaa a’budu maa t’abudoon
Wa laaa antum ‘aabidoona maaa a’bud
Wa laaa ana ‘abidum maa ‘abattum
Wa laaa antum ‘aabidoona maaa a’bud
Lakum deenukum wa liya deen
AN-NASR || Selain 4 Qul, surah An-Nasr ni pun boleh dijadikan surah lazim WAJIB HAFAL juga. Sebab surahnya memang pendek & mudah juga untuk diingati. Jangankan golongan dewasa, anak-anak kita yang kecil pun boleh. Misal kata, anak-anak susah nak hafal 4 Qul. Pilih surah An-Nasr ni sebagai permulaan untuk diorang menghafal surah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ
وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجًۭا
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًۢا
Bismillahirrahmanirrahiim
Idzajaa anashrullahiwal fathr
Wara aitanna sayad huluna fii diinillahi afwaa ja
Fasabbih bihamdirabbika wastaghfirh innahu kaana tawwaba
AL-KAWTHAR || Selain surah An-Nasr, surah Al-Kawthar ni pun antara surah terpendek yang ada di dalam Al-Quran. Cuma ada 3 baris ayat sahaja. Semuanya pendek-pendek. Memang sangat mudah untuk dihafal serta dijadikan surah lazim pilihan ketika solat.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلْأَبْتَرُ
Bismillah hir rahman nir raheem
Innaaa a’tainaa kal kauthar
Fasalli li rabbika wanhar
Inna shaani’aka huwal abtar
AL-QURAISY || Surah yang berkisarkan tentang kaum Quraisy ni hanya terdiri dari 4 baris ayat sahaja. Ada ayat pendek & juga ayat panjang.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لِإِيلَـٰفِ قُرَيْشٍ
إِۦلَـٰفِهِمْ رِحْلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيْفِ
فَلْيَعْبُدُوا۟ رَبَّ هَـٰذَا ٱلْبَيْتِ
ٱلَّذِىٓ أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍۢ وَءَامَنَهُم مِّنْ خَوْفٍۭ
Bismillah hir rahman nir raheem
Li-eelaafi quraish
Eelaafihim rihlatash shitaaa’i wassaif
Faly’abudoo rabba haazal-bait
Allazeee at’amahum min joo’inw-wa-aamanahum min khawf
AL-ASR || Surah yang berkisarkan tentang masa & juga orang yang beriman & beramal soleh ni hanya terdiri dari 3 ayat sahaja. Mudah nak dihafal & mudah juga untuk diingat bait-bait maksudnya.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلْعَصْرِ
إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ
Bismillah hir rahman nir raheem
Wal ‘asr
Innal insaana lafee khusr
Illal lazeena aamanoo wa ‘amilus saalihaati wa tawaasaw bilhaqqi wa tawaasaw bissabr
AL-QADR || Malam seribu bulan. Itulah yang difirman oleh Allah S.W.T dalam surah ni. Surah yang ringkas & pendek. Cuma ada 5 ayat sahaja. Mudah nak hafal & mudah juga untuk diingati maksudnya.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌۭ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ
تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍۢ
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ
Bismillah hir rahman nir raheem
Innaa anzalnaahu fee lailatil qadr
Wa maa adraaka ma lailatul qadr
Lailatul qadri khairum min alfee shahr
Tanaz zalul malaa-ikatu war roohu feeha bi izni-rab bihim min kulli amr
Salaamun hiya hattaa mat la’il fajr
AL-MASAD || Surah yang ke-111 dalam Al-Quran ni merupakan surah pendek yang lazim dibaca juga ketika solat. Surah ini antara surah yang mudah untuk diingati & difahami. Sebab di dalamnya ada diceritakan tentang azab & seksaan yang diterima oleh Abu Lahab bersama isterinya. Walaupun surahnya ringkas, tapi apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam ayat ini sememangnya padat.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍۢ وَتَبَّ
مَآ أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ
سَيَصْلَىٰ نَارًۭا ذَاتَ لَهَبٍۢ
وَٱمْرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلْحَطَبِ
فِى جِيدِهَا حَبْلٌۭ مِّن مَّسَدٍۭ
Bismillah hir rahman nir raheem
Tabbat yadaa abee Lahabinw-wa tabb
Maa aghnaa ‘anhu maaluhoo wa ma kasab
Sa-yaslaa naaran zaata lahab
Wamra-atuhoo hammaa latal-hatab
Fee jeedihaa hablum mim-masad
AL-FIL || Selain surah Al-Masad, surah Al-Fil ni pun antara surah lazim yang mudah dihafal & difahami maksudnya. Cuma ada 5 baris ayat sahaja. Namun, surah ini ringkas & padat dengan firman Allah S.W.T berkenaan tentera bergajah & burung Ababil
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـٰبِ ٱلْفِيلِ
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍۢ
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍۢ مِّن سِجِّيلٍۢ
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍۢ مَّأْكُولٍۭ
Bismillah hir rahman nir raheem
Alam tara kaifa fa’ala rabbuka bi ashaabil feel
Alam yaj’al kaidahum fee tadleel
Wa arsala ‘alaihim tairan abaabeel
Tarmeehim bihijaaratim min sijjeel
Faja ‘alahum ka’asfim m’akool
AL- MA'UN || Surah ni mengandungi 7 ayat sahaja. Namun, ia sarat dengan firman Allah S.W.T yang berhubungkait dengan mereka-mereka yang mendustakan agama, berlaku zalim kepada anak yatim, mengabaikan fakir miskin, lalai dalam solat, riak & juga golongan yang tidak membantu orang yang berada dalam kesusahan.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ
فَذَٰلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلْيَتِيمَ
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ
فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ
ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ
وَيَمْنَعُونَ ٱلْمَاعُونَ
Bismillah hir rahman nir raheem
Ara ‘aytal lazee yukazzibu biddeen
Fazaalikal lazee yadu’ul-yateem
Wa la yahuddu ‘alaa ta’aamil miskeen
Fa wailul-lil musalleen
Allazeena hum ‘an salaatihim saahoon
Allazeena hum yuraaa’oon
Wa yamna’oonal maa’oon
AL- INSYIRAH || Walaupun Surah Al-Insyirah ni ada 8 ayat, tapi kebanyakkan ayatnya semua pendek-pendek & senang nak dihafal.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب
Bismillah hir rahman nir raheem
Alam nashrah laka sadrak
Wa wa d’ana ‘anka wizrak
Allazee anqada zahrak
Wa raf ‘ana laka zikrak
Fa inna ma’al usri yusra
Inna ma’al ‘usri yusra
Fa iza faragh ta fansab
Wa ilaa rabbika far ghab
Jadi, itulah antara 10 himpunan surah-surah yang korang boleh hafal dengan mudah. Walaupun korang tak berapa pandai baca tulisan Jawi/Arab, insyallah Allah akan permudahkan urusan & terangkan hati korang untuk menghafal. Bukan itu sahaja, surah-surah ini juga memang sesuai dijadikan surah pilihan untuk anak-anak korang yang baru hendak belajar solat.
Surah lazim yang pendek, mudah untuk dihafal oleh anak-anak maupun pada mereka yang baru hendak belajar menghafaz Al-Quran. SUMBER FOTO : Bincang Muslimah |
Untuk baca surah-surah yang lain korang boleh rujuk di portal MYISLAM (Bahasa Inggeris) ataupun Surah.My (Bahasa Melayu) . Di sana korang boleh baca & dengarkan bacaaan kesemua surah-surah yang ada dalam Al-Quran berserta dengan terjemahannya sekali - SEMOGA BERMANFAAT & SELAMAT MENGHAFAL 😊💕.
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2022
(157)
-
▼
Februari
(25)
- Segmen Giveaway Sii Nurul
- Lokasi Glamping MEWAH & EKSKLUSIF Di Malaysia
- BAHAYA Makan Ketam Kecil Dalam Kerang
- 10 Surah Lazim PENDEK & MUDAH DIHAFAL
- Payahnya Bila Laptop Rosak 😩
- Warteg Ipoh 2 | Set Mantap Padu & Syahdu! 👍
- Mini Giveaway SS 2022
- Murtabak Tauhu Kulit Popia | Makan Seketul Tak Cuk...
- Kek Coklat Kukus Noraini's Dari Eco Shop
- Ini Antara Item Yang Mungkin Bukan Lagi Menu "Wakt...
- Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet 🤔
- PUDING SUSU : Menu Turun Temurun Arwah Mak Mertua
- Welcome To The Club! Sarah Deris 🎉
- Nak Beli Kena Ukur Juga Baju Di Badan Sendiri
- Raya Dekat "Syurga" Ke Raya Ni?
- Glade Automatic Spray : Wangikan Rumah Dengan Penu...
- Cucuk Dos Penggalak Berjemaah
- Soto Simple : Menu Hujung Minggu
- Wall's Mochi Durian : Dijamin Ketagih Nak Makan La...
- Erkenci Kuş [2019]
- Cara Mudah TUKAR & AKTIFKAN Kad Debit Maybank Online
- Restoran Star Hadramout : Sedap & Harga Berpatutan
- Percutian Pendek Ke Johor Bharu (JB)
- Hari Isnin Penyelamat Keadaan 😌
- Susu Berperisa By NILOFA : Sedap Ke? 🤔
-
▼
Februari
(25)