Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet 🤔

Februari 15, 2022


Ini alkisah hari Jumaat minggu lepas. Tengahari tu memang Syu & kawan sepejabat Syu lapar sangat. Jadi kitaorang berdua pun pesanlah makanan melalui aplikasi GrabFood. Nak dijadikan cerita pilihan makanan tak berapa nak banyak. Lepas skrol satu-satu, terpandanglah satu menu dari restoran makanan Indonesia yang bernama Warteg ni.



Memandangkan masa tu tak ada pilihan lain, jadi kitaorang berdua pun pesanlah Set Mantap Kali yang mana dalamnya ada set nasi Ayam Geprek, Ayam Gepuk, Tempe Jeletot & Air untuk 2 orang makan. Harga set nasinya jadi murah sebab ada promosi HOTDEALS dari GrabFood. Memang berbaloilah beli buat makan berdua. Bila dicongak semula, untuk satu set harganya jatuh RM7 seorang.



Tapi yang jadi isunya, sampai ke hari ni Syu tertanya-tanya & konfius apa beza dua set nasi yang namanya Ayam Geprek & Ayam Gepuk tu 😂. Masa makan hari tu rupa kedua-dua nasinya semua sama. Sampai Syu & kawan Syu sendiri pun tak dapat nak bezakan yang mana satu Ayam Geprek & yang mana satu Ayam Gepuk 😅. 


Almaklumlah, selama hari ni Syu mana pernah makan ayam gepuk gepruk segala ni. Jadi memang tak tahu menahu langsung perbezaan antara kedua-dua nasi ni. Waima, Nasi Ayam Penyet pun Syu tak pernah makan sebab tak pernah terlintas difikiran pun nak beli & rasa selama hari ni 😅. Selalu tengok kawan makan, tapi diri sendiri yang tak nak mencuba. 




AYAM GEPREK, GEPUK & PENYET. APA BEZANYA?


Ayam Geprek


AYAM GEPREK | Geprek ni merupakan istilah dalam bahasa Jawa yang membawa maksud dipukul, ditekan atau dilumatkan. Jadi, Ayam Geprek itu sendiri merujuk kepada "ayam goreng bersalut tepung yang dipukul serta ditekan" & kemudiannya digaul bersama sambal bajak. Sambal bajak merupakan sambal yang bahan-bahannya digoreng terlebih dahulu bersama-sama dengan ramuan yang lain sebelum digiling kasar menggunakan cubek ulek.


Cobel Ulek
Cobek & ulik ni antara peralatan masakan tradisional yang selalu digunakan oleh penduduk di Indonesia untuk membuat sambal gesek.


Kalau nak tahu, hidangan ni berasal dari Yogjakarta, Indonesia hasil ciptaan seorang mak cik yang bernama Ruminah (juga dikenali sebagai Bu Rum) sekitar tahun 2003. Menu Ayam Geprek ni kemudiannya menjadi viral sekitar tahun 2017 & kini ianya menjadi menu yang boleh dikatakan sangat popular. Bukan sahaja dalam kalangan rakyat Indonesia, malah di Malaysia juga. Sebenarnya menu Ayam Geprek ni ada sedikit persamaan dengan Ayam Penyet. Cuma cara penyediaannya lebih mudah & ringkas. Korang boleh rujuk resepinya kat sini - Resepi Ayam Geprek



AYAM GEPUK | Pernah dengar "Ayam Gepuk Pak Gembus"? Pak Gembus punya ayam tu lah ayamnya 😁. Kalau korang nak tahu, dalam istilah Bahasa Melayu, Gepuk tu membawa maksud seberkas atau seikat. Tapi dalam kes Ayam Gepuk ni, ia merujuk kepada ayam perap (diperap dengan rempah khas) yang direbus & kemudiannya digoreng garing lalu dipenyek-penyekkan bersama sambal pedas berkacang.


Kalau ikutkan, gepuk ni asalnya makanan khas dari Jawa Barat (Sunda) yang diperbuat dari daging lembu rebus & bukannya daging ayam. Jika dilihat dari resepi asal, Gepuk (Gepuk Daging Lembu) ini dibuat dari daging lembu berempah (direbus bersama rempah khas bersantan) yang dihiris nipis, dipukul sehingga lembut & kemudiannya dimakan bersama nasi panas berserta sambal gesek. 


Ayam Gepuk
Dalam sambal Ayam Gepuk ada kacang. Memang sedap 😋.


Mungkin ada sesetengah orang tak makan daging lembu, jadi ia diolah menjadi menu yang berasaskan ayam yang mana semua orang boleh makan. Maka, terbitlah resepi olahan asli dari Pak Gembus yang asalnya muncul dari Yogjakarta, Indonesia. Sehingga ke hari ni, menu Ayam Gepuk ni mejadi satu fenomena yang luar biasa.


Dari segi sambal, sambal Ayam Gepuk mengandungi kacang tanah yang ditumbuk separa halus bersama sambal. Jadi bila dimakan bersama ayam, akan terasa aroma & kerangupan rasa kacang tu. Nak cuba masak sendiri? Korang boleh rujuk resepi hasil perkongsian Che Nom ni - Resepi Ayam Gepuk Ala Pak Gembus.



AYAM PENYET | Untuk makluman korang, perkataan "Penyet" tu sebenarnya sinonim kepada perkataan "Penyek" yang bermaksud meleperkan. Kalau ikutkan, cara pembuatan Ayam Penyet ni lebih kurang sahaja macam Ayam Geprek yang dipenyek & dihempuk tu. Cuma ayam gorengnya bukan dibuat dari ayam goreng bersalut tepung seperti Ayam Geprek.


Sebaliknya ayam tersebut diperap terlebih dahulu beberapa jam bersama rempah perapan khas (Jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk lada putih, halia, bawang putih 7 serbuk kunyit) & kemudiannya digoreng sehingga garing. Cara pembuatannya Ayam Penyet ni boleh dikatakan agak renyah juga jika dibandingkan dengan Ayam Geprek sebab ia mengandungi banyak bahan sampingan yang perlu disediakan 


Walaupun kini menu Ayam Penyet terkenal di Malaysia, Brunei & Singapura, tapi hakikatnya menu ni  sama macam Ayam Geprek & Gepuk yang mana berasalnya dari negara jiran kita Indonesia (Surabaya, Jawa Timur). Nak cuba masak Ayam Penyet sendiri? Korang boleh rujuk resepinya kat sini - Resepi Nasi Ayam Penyet.



Ayam Penyet

Nampak macam sama jer ayam-ayamnya kan? Padahal ketiga-tiga jenis ayam ni berbeza dari segi jenis perapan ayam goreng & sambalnya. Jadi, hari Jumaat lepas Syu makan ayam yang mana satu? 🤔 Gepuk ke geprek? Syu rasa Syu makan Nasi Ayam Gepuk sebab sambalnya ada rasa kacang sikit-sikit 🤭. Lepas ni dah tahu dah lah macam mana nak bezakan ketiga-tiga versi masakan ayam ni 😁. Kalau tak sampai ke sudah pening-pening lalat memikirkannya. Geprek ke gepuk? Gepuk ke geprek? Ha3 🤣. 





SUMBER ARTIKEL


Ini Perbedaan Ayam Geprek, Ayam Gepuk, dan Ayam Penyet! - Detikfood

Ayam Geprek, Ayam Penyet, dan Ayam Gepuk, Apa Sih Bedanya? - IDN Times

Comments

  1. TU la... selama ni uncle pun tak tau nak bezakan....

    BalasPadam
  2. ingatkan sama je..semua tu gepuk, geprek tu. ada beza skt penyediaannya la yer. iris suka ni..sbb pedas. mummy nya makan ayam je, cili2 tu skt jer

    BalasPadam
  3. Ohh ada beza rupanya. Ingatkan semua sama je macam ayam penyet hehe. Favourite tu ayam gepuk pak gembus..first time makan masa dekat Kajang.

    BalasPadam
  4. 3 menu tu yg ayam geprek tk pernh try...tp kalau yg pedas mmg tkleh mkn sbb tk tahan perut

    BalasPadam
  5. Ohh fahamlah. Kesimpulannya semua jenis ayam dihempuk. Tapi biasanya dapat yang tanpa dihempuk.

    BalasPadam
  6. paling selalu beli ayam penyet sbb ada tempe ngan tauhu.
    penah makan ayam gepuk tu tapi sambal dia mcm mentah nau...

    BalasPadam
  7. wak baru je try nasi ayam gepuk smlm, nasi ayam geprek blom try lagik, nasi ayam penyet dh selalu., hehe

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!