Genre :
Sejak terjebak tengok drama Turki ni memang tak berapa layan sangat drama Korea 😂. Minta maaf yer oppa-oppa & unni-unni kesayangan. Tukar angin ke Timur Tengah sekejap 😁. Drama kali ni lagi seronok. Bila tengok asyik nak tersengih seorang-seorang. Bila dah mula tengok satu episod, nak berhenti sikit punyah susah. Tambah-tambah bila watak hero tu dilakonkan oleh Can Yaman. Memang susah sikit nak lepaskan walau satu episod pun 😌.
Dalam drama yang bertajuk Erkenci Kuş ni, Can Yaman digandingkan bersama Demet Özdemir. Can Yaman memegang watak sebagai Can Divit. Manakala Demet Özdemir memegang watak sebagai Sanem Aydin. Can merupakan majikan kepada Sanem. Sebelum bekerja di syarikat Can, Sanem menguruskan kedai runcit milik ayahnya.
Demi menolak lamaran Muzzaffer, Sanem berusaha sedaya upaya mendapatkan pekerjaan lain. Jadi, dia meminta pertolongan dari kakaknya Leyla supaya merekemenkan dia bekerja di tempat di mana Leyla bekerja. Dengan bantuan Emre, Sanem diterima bekerja & di sanalah dia sering berkerjasama dengan Can.
Kalau korang nak tahu, Can ni merupakan seorang juru foto professional & dia tak berapa nak ambil pusing sangat pasal hal syarikat ayah dia. Bila ada kelapangan, Can lebih gemar menghabiskan masanya dengan melakukan aktiviti lasak. Malah, sikap & penampilannya memang jauh berbeza dengan Emre.
Nak dijadikan cerita Can ni terpaksa menjaga syarikat bersama Emre sementara ayahnya pergi membuat rawatan di luar negara. Sejak dia mengambil alih syarikat, Emre berasa kurang senang & cemburu dengan cara kerja Can yang bagus. Banyak projek Can sapu bersih sehinggakan Aylin kekasih Emre sukar untuk mensabotaj Can.
Demi memuaskan hati Aylin, Emre sanggup mempergunakan Sanem untuk mensabotaj Can dalam diam. Pada awalnya, niat Emre hanya sekadar untuk membuat Can keluar dari syarikat sahaja. Malangnya, Aylin bertindak lebih keji dengan mensabotaj hasil projek fotografi Can.
Tindakan Aylin tu sedikit sebanyak menjejaskan emosi & kerja Can. Emre berasa sangat serba salah & tak menyangka yang Aylin sanggup merosakkan kerjaya peribadi Can sebagai seorang jurufoto. Sejak dia tahu Aylin dalang kepada kejatuhan karier Can, Emre cuba menjauhkan diri dari Aylin.
Sanem? Dia pun rasa serba salah juga lepas dia dapat tahu yang Emre ni ada niat jahat nak menjatuhkan Can. Selama hari ni dia ingat Can yang jahat nak rampas syarikat dari Emre. Rupa-rupanya Emre yang jahat sebenarnya. Sanem cuba menjauhkan diri dari Can. Malangnya tak boleh sebab Can dah mula suka dengan Sanem. Sanem elak lah macam mana sekalipun, diorang tetap akan besemuka semula bila melibatkan hal syarikat.
Drama Erkenci Kuş ni kalau korang nak tahu ada 51 episod semuanya. Episod penuh drama ni ada disiarkan di siaran YTube Turkish Series. Secara keseluruhan, jalan cerita drama ni memang menarik untuk ditonton. Ada banyak adegan-adegan yang boleh buat korang tersenyum sorang-sorang 😁. Memang berbeza dengan drama Dolunay yang Syu tonton sebelum ni. Dalam drama Erkenci Kuş ni, adegan romantik komedinya lebih sikit. Jadi, tak bosan bila tengok. Apa-apa pun 5🌟 untuk drama Turki ni 😘💕.
Try tengok. Tp belom sempat habis lagi. hahah
BalasPadamTak apa. Take your time 😁. He2~
Padam