Hari Isnin Penyelamat Keadaan 😌

Februari 02, 2022

Ini alkisah kemarin. Ingatkan cukai jalan kereta tamat bulan depan. Tak sangka 1hb Februari tamat tempohnya. Bila kereta jarang bawa macam itulah. Memang akan terlepas pandang punya. Almaklumlah, hari-hari pergi kerja guna motor. Kereta pula guna bila nak beli barang dapur & jalan-jalan sahaja. Memang tak teringat langsung nak perbaharui cukai jalan. Ini pun masa balik kerja hari Jumaat minggu lepas baru perasan 😅. Aduhai. 



BUAT INSURANS MURAH & MUDAH DI BIJAK.COM | Macam mana boleh tak teringat. Sudah lah hari Ahad tu dah rancang nak pergi jalan-jalan. Nak tak nak, balik tu Syu usaha juga buat insurance terlebih dahulu di Bijak.com. Murah pun murah. CN (Cover Note) pun boleh dapat kejap-kejap itu juga. Tinggal buat cukai jalan sahaja nanti di mana-mana kaunter Pejabat Pos mahupun JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan Raya) 😁.



Bukan apa, senang perbaharui insuran & cukai jalan di Bijak.com ni. Lepas dapat sebut harga dari pihak Bijak.com, korang boleh pilih & beli mana-mana insuran kereta mengikut kemampuan korang. Nak perbaharui cukai jalan pun senang. Tak payah nak bawa CN insuran segala. Cukup sekadar tunjukkan kad pengenalan & geran kenderaan semasa nak perbaharui cukai jalan nanti. Selebihnya semua dah masuk dalam sistem JPJ. 


Alhamdulillah. Lega tak ramai orang di Pejabat Pos Tampoi ni 😌. 


JAUH SAMPAI KE JOHOR | Memandangkan di Perak ni hari Ahad kaunter Pejabat Pos & JPJ tutup. Jadi Syu bawalah dokumen-dokumen kenderaan masa Syu bercuti sekali masa hari Ahad tu. Mana lah tahu, hari Isnin tu sempat lari-lari sekejap pergi buat pelekat cukai jalan. Lagipun, buat pelekat cukai jalan tu sekejap jer. Tambah-tambah bila dah ada insuran. Jadi lagi cepat proses penyediaan pelekat cukai jalannya.



Isnin pagi, kami laki bini pun sampailah di bandar Johor Bharu (JB). Punya jauh berjalan-jalan 😁. Esoknya cukai jalan kereta dah nak tamat tempoh. Jadi, Syu mintalah tolong biras Syu bawa pergi ke Pejabat Pos. Alang-alang biras Syu nak hantar tempahan makanan tengaharinya di kawasan Lapangan Terbang Senai. Jadi, dia selit Syu sekali untuk Syu selesaikan urusan Syu. 


Buat cukai jalan sampai ke JB. Punya jauh 😂. 


Alhamdulillah, selesai juga urusan. Punya jauh berhidupkan cukai jalan. Sampai ke Johor tau 😂. Sakan betul. Lepas ni tak nak buat lambat-lambat dah. Syukur hari Isnin tu masih lagi hari bekerja. Kalau tak memang mati akal nak hidupkan cukai jalan macam mana. Dahlah musim-musim Hari Raya Cina ni Polis banyak buat sekatan jalan raya 😌. Adik ipar Syu pun terpaksa standby juga sebab pegawai atasan bagi arahan supaya buat Ops Mercun. Apa-apa pun selamat bercuti & Selamat Tahun Baru Cina buat mereka yang menyambutnya. 

Comments

  1. Alamakk road tax kita pun mati bln depan ni.. Kena vuat reminder juga la nnt ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah buat K.Ret
      Kalau terlepas pandang nanti tak pasal-pasal jadi macam kita 😂.
      Ini kira nasib baik sebab terpandang.

      Padam
  2. Balasan
    1. Syukur alhamdulillah. Lega bila dah renew cukai jalan .
      Selagi tak buat, selagi itulah rasa libang-libu 😁.

      Padam
  3. Balasan
    1. Jauh kan? 😁 He2~
      Terpaksa wak. Alang-alang pergi berjalan, kita buat sekali. Senang...

      Padam
  4. Nasib sedar roadtax dah mati..kalau tak apa2 hal berlaku kat jalan susah..especially jumpa roadblock kan

    BalasPadam
  5. beringat sebelum kena. roadtax motor akan tamat 14 feb ni.... kena renew awal2 agar tidak missed...

    BalasPadam
  6. Jauhhh benor renew roadtax hahahaha tapi takpe janji dah setel semuanya kannn kak syu :D

    BalasPadam
  7. Jauh bebeno renew roadtax tu. Haha

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!