Nak Beli Kena Ukur Juga Baju Di Badan Sendiri

Februari 10, 2022

Sejak beberapa hari ni hati jadi tak senang duduk memikirkan hal yang satu ni. Hati kata nak - Ya, memang nak. Nak sangat! Tapi dalam kepala ligat dok berfikir - "Boleh ke aku? Agak-agak lepas ke?". Ini baru seketul dua soalan jer tau. Ada banyak lagi yang dok keluar berlegar dekat kepala otak ni. Bukan apa, dia jadi macam lost sekejap dalam dunia sendiri. Jadi macam hilang punca. Almaklumlah, pengalaman beli rumah langsung tak ada. Nak bertanya, tak tahu nak cari siapa. Rujuk pengalaman orang sana sini pun masih juga hilang arah.



Rumah yang Syu berkenan ni nak kata cantik sangat tu tidaklah. Tapi lepas diteliti dari segi lokasi, harga & kondisinya memang sangat menepati apa yang Syu & suami Syu nak. Lokasi rumahnya pun tak berapa jauh dari rumah yang Syu duduk menyewa sekarang ni. Kalau dapat, senang sikit nak berpindah randah. Bukan apa, nak pindah rumah pun bukan guna air liur saja tau. Sewa lori pindah barang pun makan ratusan ringgit juga. Tambah-tambah kalau tempatnya jauh.



Sebenarnya, memang bagus beli rumah secara terus dari pemilik berbanding melalui agen. Cuma Syu tak tahu macam mana cara nak milikinya. Syu ada rujuk juga cara beli rumah tanpa menggunakan agen di blog Atirah Hasan - Proses Beli Rumah Subsale Tanpa Agen. Entrinya memang sangat-sangat membantu. Cuma Syu tak berapa yakin dengan tangga gaji yang Syu ada sekarang untuk mohon pinjaman perumahan menggunakan Skim Rumah Pertamaku (SRP) ni. Almaklumlah, gaji kita kan gaji kuli-kuli jer. Entah dapat entah tidak kalau mohon pun 😅.


Nak beli rumah ni bukan kena fikir nak bayar ansuran bulanan saja. Ada lagi perkara-perkara lain juga yang kena dititikan berat sebelum & selepas kita membeli rumah. Memang tak dinafikan rumah tu aset. Tapi kalau tak mampu, nak buat apa bebankan diri sendiri dengan hutang. Nanti tak mampu bayar, tak pasal-pasal rekod pinjaman tak cantik & ada sangkut dengan Bank Negara sampai kena pegang status bankrap. Jadi, sebelum nak buat apa-apa pinjaman perumahan kena ukur dulu baju dibadan sendiri. Korang kena NILAI TAHAP KEMAMPUAN BERHUTANG korang terlebih dahulu supaya tak kecundang di kemudian hari.


House : Modern design
Pinjam sekejap gambar rumah orang pakej berangan sekali macam rumah sendiri 😁.


Macam kes Syu ni kalau ikutkan hati memang nak sangat miliki rumah sendiri. Tambah-tambah rumah yang Syu angan-angan nak beli ni berstatus "freehold". Harganya pun dalam lingkungan RM155K sahaja. Boleh dikatakan murah juga untuk mereka-mereka yang duduk di kawasan Ipoh ni. Bila nampak ada rumah murah bawah RM200K nak dijual siapa yang tak nak kan? Sampai bila nak duduk menyewa. Rumah sewa yang Syu duduk ni pun harganya makin lama makin naik. Kalau buat bayar ansuran bulanan rumah sendiri tak ada lah rasa ralat sangat. Ini rumah orang.



Tadi, Syu ada cuba telefon pemilik rumah ni. Abang Lan nama dia. Abang Lan ni kawan kepada kawan  suami Syu. Dia nak jual rumah yang dia ada sekarang ni sebab dia dah tak duduk lagi dekat situ. Dari dibiar rumah tu mereput tanpa berpenghuni, dia rasa ada baiknya juga sekiranya dia jual rumah tu kepada pemilik yang baru. Masa Syu telefon tadi,  abang Lan kata dah ada orang booking dah rumah tu - Sedih 😔.



Sekarang orang tu dalam proses nak mohon pinjaman. Tapi abang Lan suruh juga hantar slip gaji dekat dia, sebab orang yang berhajat nak beli tu senyap jer tanpa khabar berita. In case pinjaman orang tu tak berjaya, abang Lan akan cuba dapatkan rumah tu untuk Syu. Segala pinjaman & khidmat guaman dia boleh uruskan. Tapi kan. Ada beberapa soalan yang bermain di fikiran Syu. Boleh dipercayai ke abang Lan ni? Semua dia nak uruskan. Bukan apa, risau juga kot-kot ada cas-cas tersembunyi 😂 - YANG ADA PENGALAMAN BELI RUMAH, I NEED YOUR ADVICE PLEASE!!

Comments

  1. Kalau berkenan memang kena cepat2 bertindak
    Lambat2 takut orang lain dah mendahului

    BalasPadam
  2. Fuh, memang kena berebut kalo beli subsale ni.

    BalasPadam
  3. aduh susah juga nak buat keputusan, sis pun xde pengalaman pasal rumah ni. harapnya jumpa dapat rumah yang diidamkan :)

    BalasPadam
  4. kena rujuk dgn org yg berpengalaman. mungkin ada office mates yg boleh bantu?

    BalasPadam
  5. beli rumah lebih penting drpd beli kereta.. 👍👍

    BalasPadam
  6. Kena tanya pada yang pakar Syu. Memang banyak persoalan kalau nak membeli rumah ni. Saya tak ada pengalaman beli rumah, Jadi tak tahu nak advise macamana.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!