Ini Antara Item Yang Mungkin Bukan Lagi Menu "Waktu Sesak" Rakyat Marhaen

Februari 16, 2022

Masuk tahun 20-an ni memang tak dinafikan yang barang-barang keperluan semuanya naik harga. Dulu kalau berbelanja RM100 boleh dikatakan penuh juga troli dengan barang-barang. 🤷🏻‍♀️Sekarang? Ambil 10 barang dah RM100. Nak-nak macam Syu yang gaji kuli-kuli ni. Memang terasa sangat kalau berbeli barang RM300 satu troli - Urut kepala kejap 💆🏻‍♀️. Auto migrain bila difikirkan balik. Padahal bukan beli apa sangat pun. Semuanya barang-barang pemakanan & beberapa barang asas yang selalu dijadikan stok untuk "waktu sesak".


Bila sebut "waktu sesak" semestinya rakyat marhaen yang kerja makan gaji dah tahu. Tak kena hujung bulan, mesti tengah bulan. Perkara ni normal. Bukan sekali dua jadi. Tapi berkali-kali. Jadi tak rasa pelik kalau menu hujung bulan/tengah bulan hanya sekadar makan nasi bujang mahupun makan nasi putih dengan ikan kering. Almaklumlah, sementara nak tunggu gaji masuk, isi sajalah perut guna stok pemakan yang sedia ada di rumah. Paling kurang pun WAJIB ADA beras dalam sekampit, telur ayam sepapan, setin dua sardin & mi segera Maggie. Bila sesak-sesak inilah makanannya.


Apa yang menyedihkan, makanan yang selalu dijadikan stok di rumah rakyat marhaen inilah yang semakin hari semakin sukar nak dibuat stok. Bukan sahaja disebabkan faktor kenaikkan harga. Malah sampai boleh tak ada stok & terhad pembeliannya untuk satu isi rumah. Padahal barang-barang yang selalu dibuat stok simpanan tu tak termasuk pun dalam senarai barangan kawalan di bawah KPDNKK.   





Item Ni Mungkin Bukan Lagi Menu "Waktu Sesak" Rakyat Marhaen


1. TELUR AYAM | Kita memang dah sedia-sedia maklum bahawa telur ni merupakan sumber protein utama & termurah jika dibandingkan dengan ayam, ikan & daging. Malah, dalam setiap menu harian kita mesti nak kena ada telur. Baik nasi lemak, roti canai, nasi bujang, kuih muih mahupun kacang pool & roti telur goyang yang viral tu. Jadi tak hairanlah sekiranya rakyat Malaysia makan 30 juta biji telur ayam sehari.


Boleh dikatakan telur ayam ni antara stok barangan keperluan rumah nombor dua selepas beras & sememang tak akan putus bekalannya di rumah. Tak dapat makan nasi dengan ayam & ikan, dapat makan dengan telur mata mahupun telur dadar pun sudah memadai untuk buat lapik perut. Telur ni bukan sahaja orang kaya-kaya sahaja yang makan. Orang susah pun makan yer. Sebab harganya jauh lebih murah berbanding dengan lauk yang lain seperti ayam & ikan. Hari ni? Telur semua naik harga. Jadi tak salah kalau Syu cakap yang telur ayam sekarang ni bukan lagi lauk untuk rakyat marhaen 😌.

 

Telur ayam
SUMBER FOTO : Detik.com


Sejak beberapa bulan ni memang gempar ya satu Malaysia pasal isu kekurangan bekalan telur ayam.  Malah, harganya pun ada sedikit peningkatan berikutan kenaikkan kos makanan ayam & kurangnya bekalan telur semasa cuti Tahun Baru Cina. Beberapa bulan lepas merasalah jugalah Syu beli telur Gred B sepapan RM13.++. Dulu kalau ikutkan dalam sepapan gagah lagilah nak dapat telur ayam dengan harga RM10.++ untuk Gred B. Sekarang harga telur Gred B dah jadi harga Gred C. Yang harga telur Gred C pula dah jadi harga telur Gred D 😅. Jadi, mampu makan telur Gred C sahaja sekarang. 


Ayam berleter
SUMBER FOTO : Facebook


Walaupun dalam tempoh empat bulan ni RM528.52 juta subsidi dah diberikan oleh kerajaan kepada penternak dalam usaha menstabilkan harga ayam & telur, itu belum tentu menjamin yang harga telur ayam tak akan naik suatu hari nanti sebab telur ayam tak termasuk dalam harga terkawal melainkan musim perayaan sahaja. Jadi permainan harga tetap akan wujud bila-bila masa. Mungkin golongan kayangan tak terasa. Tapi bagi golongan gaji kuli-kuli macam Syu ni mungkin agak terkesan juga bila ada kenaikkan yang kadang-kadang agak tak masuk akal.



2. SARDIN TIN | Dedulu kalau waktu sesak tengah bulan mahupun hujung bulan, sardin tin antara menu wajib "Waktu Sesak" yang selalu diganding bersama telur ayam untuk dibuat pemakan sementara nak tunggu gaji. Sekarang harga sardin tin setin pun dah mahal. Tambah-tambah yang ada gambar ayam berkokok tu - Jenama Ayam Brand 🐓. Paling murah pun boleh dapat dalam harga RM2.++. Itupun produk asal yang diproses dari China yang kemudiannya diedarkan oleh pengilang-pengilang di Malaysia. Memang tak dinafikan harganya murah. Tapi, kita tak pasti sejauh mana tahap kebersihan pemprosesannya.


Sardin
SUMBER FOTO : Shopee


Sardin tin mahupun paket hari ni bukan lagi stok yang relevan untuk dijadikan menu ketika "waktu sesak" rakyat marhaen. Dulu mungkin gagah nak berbeli sampai 5 tin sekaligus. Sekarang nak beli setin pun kena menung panjang. Sebab harganya boleh dikatakan agak mahal juga sebenarnya jika dibandingkan dengan harga ikan segar.


Bayangkan kalau harga setin RM7, dalamnya ada berapa ketul jer? Buatnya ada anak ramai. Dah sah-sah nak kena 2 tin. Baiklah beli ikan sekilo. Pada Syu, sardin tin ni kalau setakat nak memudahkan kerja memasak di dapur tu betul. Sebab tak payah nak siang-siang ikan segala. Buka tin terus boleh masak. Tapi kalau nak dijadikan menu sesak-sesak



3. IKAN BILIS | Kalau ikutkan ikan bilis ni memang dah lama keluar dalam senarai WAJIB BELI Syu. Dulu yer. Asal buat Nasi Lemak nak kena ada ikan bilis. Buat nasi goreng nak kena ada rencah ikan bilis juga. Tengah hujung bulan makan nasi putih dengan ikan bilis goreng bawang campur kicap lemak manis. Sekarang? Tak mampu.


Ikan bilis sekarang banyak yang harganya dah masuk level kayangan & harga mampu tengok. Tambah-tambah yang mata biru tu. Ikan tu biru mata. Kita merah mata tengok sebab mahal 😂. Harga sekilo ikan bilis sahaja boleh mencecah harga dua pek beras 10 kilo. Baik beli ikan segar kan. Lagi berbaloi.


Ikan Bilis
SUMBER FOTO : Google image


Macam Syu, tak menjadi masalah pun ada ikan bilis atau pun tak. Dah boleh survive 😁! Waima sambal nasi lemak pun Syu buat sambal kosong sahaja makan dengan ayam goreng & telur.  Bukan kedekut mahupun berkira. Ada banyak barang keperluan lain yang lagi penting dari ikan bilis ni yang perlu dibeli. Ada budget lebih sikit Syu beli. Kalau budget kurang, belilah dalam setengah kilo sekadar nak buat rencah dalam masakan 😁.



4. IKAN KERING & IKAN JERUK | Selain telur, lauk ikan kering & ikan jeruk macam pekasam ni antara penyelamat meniti hari-hari suram - Belum gaji kan? Mestilah suram. Dapat makan dengan nasi putih dengan kicap pun dah memadai. Dedulu harganya main longgok-longgok jer dalam pinggan. Sekarang tak dapat dah. Semua main timbang kilo.


Macam ikan pekasam ni contohnya. Orang tak pandang pun dulu. Bila dah tahu sedap & ada permintaan terus jadi mahal. Masa tak laku dedulu boleh lagi nak 5 ekor RM5. Sekarang tak dapat 😅. Ikan masin pun sama juga. Sekarang sepeket pun boleh cecah sampai RM10. Dalam ada berapa ekor jer. Jadi jangan hairan kalau menu ikan kering & ikan jeruk ni akan duduk dalam level kayangan satu hari nanti.


Pekasam


5. BISKUT KERING | Biskut kering ni bukanlah makanan ruji rakyat marhaen. Tapi bila sesak-sesak nak mengole, inilah antara makanan ringan sampingan yang kerap kali dimakan. Sementara menunggu nak makan nasi, lapik perut kejap dengan biskut kering cicah air kopi. Tak pun masa duduk santai-santai lepas berkebun, makan sikit buat hilangkan lapar. Bukan selalu. Ada masa & ketika nak juga sesuatu yang boleh dibuat kudap-kudap.


Biskut dedulu memang murah & senang nak dapat. Sekarang biskut kering kosong yang tak sampai setengah kilo tu pun dah dekat RM5. Nak beli pun kena berfikir panjang. Sebab harganya dah lebih kurang harga untuk telur 10 biji yang boleh diguna buat makan untuk 3 hari. Jadi, memang agak sukar untuk dijadikan salah satu menu sampingan untuk minum petang & lapik perut dah. Lagi baik buat jemput-jemput. Tak pun lempeng cicah sambal ke. Ada juga faedah. Jimat pun ya juga 😂.


Tea time


Jadi, jangan hairanlah jikalau di hari-hari mendatang item-item ni tak masuk dalam menu "waktu sesak" kalangan marhaen.  Bukan disebabkan berkira tak nak berbeli. Tapi disebabkan harganya yang kadang-kadang menjakaui budget pembelian seseorang rakyat marhaen tu. Kalau rakyat kayangan mungkin mampu sebab ada duit. Yang golongan bawahan ni kesian. Elok-elok mampu milik. Jadi, mampu tengok. Macam kes projek-projek perumahan yang ada dekat Malaysia ni. Open Malaysia for second home. Padahal rakyat sendiri sikit punya payah & azab nak dapatkan walau sebiji rumah - SEKADAR MELUAHKAN 😌.

Comments

  1. Bila barang semakin berkurang ni, mulalah nak main naikkan harga barang. Lauk yang dulu murah dah jadi lauk kayangan dah. Tak jumpa lagi sardin jenis paket. Senang jugak nak simpan buat stok kalau ada.

    BalasPadam
  2. ye kak syu, sakit kepala nak beli barang dapur sekarang. Dulu masak apa pun goreng telur dengan sardin, sekarang ni mahal kemain

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!