Kek Coklat Kukus Noraini's Dari Eco Shop

Februari 17, 2022

Lama dah Syu peram adunan kek coklat kukus segera yang Syu beli dari Eco Shop ni sebenarnya. Bila nak buat tu ada saja kekangan. Tak kekangan masa, kekangan bahan-bahan. Malam tadi baru Syu ada kesempatan nak buat. Itu pun paksa diri juga. Bukan apa, takut dibiar lama-lama nanti memory lost pasal kewujudan adunan kek segera ni. Tak pasal-pasal expired dibuatnya nanti.


Masa mula-mula beli tu agak was-was juga dengan adunan kek segera ni. Bukan apa, risau takut tak menjadi keknya. Tambah-tambah bila harganya murah. Lagilah tak bertambah yakin nak beli banyak. Jadi belilah sebungkus jer semata-mata nak buat kajian dekat dapur😂. Lepas dah buat & tengok hasil. Hah! Menyesal! Menyesal beli sebungkus. Rupa-rupanya, adunan kek coklat segera keluaran Noraini's ni memang menjadi bila dibuat kek. 


Packaging


Sebenarnya kalau ikutkan adunan segera Noraini's ni ada banyak pilihan di kedai Eco Shop yang Syu pergi hari tu. Pilihannya bukan terhad kepada adunan kek coklat semata-mata. Syu perasan ada juga beberapa adunan segera lain macam pancake, donut, apam balik, kek pisang, cekodok manis & kek cawan coklat. Tapi, Syu dapat beli satu sahaja. Sebab raga dah penuh dengan barang lain 😂 - Masuk Eco Shop macam biasalah. Masuk raga kosong, keluarnya raga penuh! Lagipun masa tu masih was-was lagi dengan adunan kek segera ni.



MACAM MANA NAK MASAK? | Nak buat kek coklat menggunakan tepung segera dari Eco Shop ni senang saja. Jangankan kita yang dewasa ni. Syu rasa budak-budak pun boleh buat - Dengan pantauan mak ayah. Lagipun resepi & cara-cara nak buat kek ni ada disertakan sekali di belakang bungkusan. Jadi, memang senang nak rujuk & ikut. 


Packaging
Senarai bahan & cara penyediaan ada disertakan dibelakang bungkusan adunan kek segera ni.


Sejujurnya, Syu ada derhaka sikit dengan resepi kek ni ya 😂. Ada lah beberapa bahan yang sepatutnya dimasukkan ke dalam adunan tu Syu ubah sikit kandungan & sukatannya mengikut kesesuaian supaya kek tu lebih sedap & lembut sikit bila dimakan. Lagipun kita buat dia. Tak ada hal nak tambah bahan apa sekalipun 😁. Asalkan bila makan puas hati. Sukatan & bahan yang Syu guna boleh rujuk kat bawah.



BAHAN-BAHAN


1 pkt. - Tepung kek coklat segera Noraini's
2 biji - Telur Gred B
24 ml - Minyak masak
120 ml - Susu coklat (Syu pakai jenama LOTUS'S)
100 g - Gula kastor
Dark chocolate nibs (Ikut suka nak pakai banyak mana)



Sukatan gula memang Syu kurangkan supaya kek coklat ni tak terlalu manis bila dimakan. Lagipun untuk bahan cecair pada kek, Syu tak menggunakan air. Sebaliknya Syu gantikan dengan susu coklat. Susu coklat tu memang dah sah-sah manis & pekat rasa coklat. Jadi, sukatan gula tu memang Syu kena kurangkan sikit. Selain tu, Syu tambahkan juga sedikit dark chocolate nibs untuk lebih rasa coklat.




Cara buat adunan kek coklat Syu ikut satu-satu macam yang ada pada bungkusan. Lepas tu, Syu kukus sampai adunan kek tu masak. Tak lama mana pun. Anggaran dalam 25 minit jer. Kalau ikutkan, nak bakar kek ni guna oven & airfryer pun boleh. Tapi nanti bukanlah namanya kek coklat kukus kan? Jadi, kita tak nak bakor! Kita kukuskan saja. Cepat sikit masak. Tekstur kek pun lebih lembut & lembab. Sedap sikit nak makan 😋.



Kalau nak lagi sedap, kek coklat ni korang kena makan dengan coklat ganache. Baru terangkat! Memandangkan Syu dah letak chocolate nibs dalam kek coklat ni, Syu rasa tak payah makan dengan chocolate ganache pun dah okey. Lagipun Syu malas nak buat 😂.


Moist chocolate cake
Ini kalau dapat makan dengan chocolate ganache memang sedap. Tapi kita malas nak buat 😂.


Jadi, inilah hasil kek coklat kukusnya. Memang ternyata menjadi walaupun menggunakan adunan segera yang dibeli dari Eco Shop. Lepas ni, bolehlah beli lagi.  Manalah tahu. Tiba-tiba ada orang datang rumah. Terdesak tak tahu nak jamu apa. Sekurang-kurangnya adunan kek ni boleh jadi penyelamat buat nak menjamu tetamu kan? Asalkan bahan-bahan sampingan nak buat kek ni ada kat dapur 😁.

Comments

  1. Balasan
    1. Pergi Eco Shop nanti silalah beli. Easy, fast & delicious 😁.

      Padam
  2. Ada topping coklat ganache lagi sedap ni. Tambah coklat bersama adunan macam syu pun sedap jugak. Lama tak makan kek macam ni. Senang jugak dah ada ready made adunan.

    BalasPadam
  3. wahhhh senang betul ada tepung adunan ni. Boleh letak dekat rumah jugak ni

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!