Murtabak Tauhu Kulit Popia | Makan Seketul Tak Cukup! 😋

Februari 18, 2022

Kemarin kalau ikutkan suami Syu tak kerja. Tapi tak sangka yang dia kena gantikan kawan tempat sekerjanya yang disahkan positif Covid-19. Petang lepas balik kerja tu memang Syu dah siap-siap belikan barang-barang yang suami Syu pesan di pasaraya LOTUS'S. Katanya nak buat murtabak tauhu. 



Sesampai depan rumah, Syu tengok suami Syu dah siap-siap bawa keluar motor nak pergi kerja. Yang kita pun blur-blur lah kan. Patutnya tak kerja. Tapi, tiba-tiba kena masuk kerja pula. Penyudahnya, lepas balik kerja baru dia dapat masak murtabak tauhu ni. Yang kita punyalah semangat nak main masak-masak 😂. 



BAHAN-BAHAN | Nak buat murtabak tauhu ni memang mudah sangat. Bahan-bahannya pun memang senang nak cari di kedai-kedai runcit mahupun di pasaraya. Modal pun tak banyak mana. Untuk seketul tauhu tu bolehlah dapat dalam 6 ketul murtabak mini yang saiznya lebih kurang besar tapak tangan. Kalau nak tahu, ini antara bahan-bahan yang diperlukan untuk buat murtabak tauhu.



BAHAN-BAHAN (6 Ketul)


2 biji - Telur*

1 ketul - Tauhu lembut (Dihancurkan)*

Isi ketam (Potong kecil-kecil)*

Daun bawang*

Daun sup*

Cukup rasa*

Lada hitam/sulah*

Kulit popia (Saiz 8½" x 8½")

Keju Mozarella/ cheddar (Optional)

Minyak untuk menggoreng



CARA MASAK | Bahan-bahan yang bertanda asterik (*) tu korang campurkan semua & gaul sehingga sebati untuk dijadikan inti murtabak. Kemudian inti tu dibalut dengan menggunakan kulit popia & digoreng (deep fry) dengan menggunakan minyak. Masa menggoreng, gunakan api yang sederhana supaya murtabak masak sekata & tak terlampau menyerap minyak.


Murtabak Tauhu Kulit Popia
Gunakan tisu dapur (kitchen towel) untuk serap lebihan minyak yang ada pada murtabak tauhu ni.

Untuk isi ketam tu kalau korang nak gantikan dengan isi ayam, daging & udang pun tak jadi masalah. Terpulang pada citarasa masing-masing. Tapi, pastikan ayam & daging tu korang masak terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya bila korang goreng murtabak tu nanti, tak ada lah kes isi ayam & daging tak masak. Itu jer 😁.



Dari segi penggunaan tauhu, tak menjadi masalah sekiranya korang nak guna tauhu ketul yang biasa tu. Tauhu yang itu pun sedap juga. Asalkan bukan tauhu telur yang macam agar-agar tu. Kembang berenyek korang punya murtabak nanti 😂.


Murtabak Tauhu Kulit Popia


Jadi, inilah hasil murtabak tauhunya. Rupa lebih kurang macam samosa juga. Tapi inti dalamnya tauhu. Memang sedap tak terkata. Nak makan dengan sos pun boleh. Nak makan macam tu saja pun tak menjadi masalah- SELAMAT MENCUBA!😊💕

Comments

  1. Sedap kalau makan waktu petang kena air teh o.. hehe

    BalasPadam
  2. Menu berasaskan tauhu memang sedap. Kalau suka tauhu macam saya lah. Baru tahu boleh buat murtabak tauhu jugak. Boleh cubalah nanti. Tq syu share resipi.

    BalasPadam
  3. tak pernah makan lagi tapi nampak sedap!

    BalasPadam
  4. buat minum petang rumba nalla irreke...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!