Payahnya Bila Laptop Rosak 😩

Februari 23, 2022

Sejak laptop tak boleh guna memang sendu betul kehidupan dekat rumah. Nak berblog pun macam payah jer. Tambah-tambah bila guna smartphone yang saiznya cuma besar tapak tangan ni. Memang sakit mata nak menghadap skrin. Tulisan pun kecil - Besar lagi semut 😏. Kecil besar kecil besar mata nak memandang.



Selalu masa tengok TV mesti tangan tak duduk diam menaip. Sekarang macam agak terbatas sikit jari jemari ni nak bergerak 💅. Entri pun sempat buat masa ada di pejabat sahaja. Itu pun curi-curi menaip. Kadang-kadang dalam sehari terpaksa tulis beberapa entri supaya dalam satu hari sekurang-kurangnya ada satu entri yang diterbitkan dalam blog. Tapi kadang-kadang tak tertulis sebab kekangan kerja. Kalau korang tengok entri Syu berjela-jela tu maknanya Syu tulis entri guna komputer di pejabat.



Misal kata kalau dapat buat entri sekalipun, entrinya jadi tergantung & tak siap. Almaklumlah, cuit sikit buat kerja. Cuit lagi lepas tu buat kerja. Memang tak siaplah jawabnya. Sudahnya, kawan tu duduk dalam draft sampai ke sudah 🤣. Korang pun tahu kan, nak menulis ni kena dalam keadaan tenang & senang. Kalau tak entrinya boleh jadi caca merba & ke laut.


Muslimah


Bila difikir-fikirkan semula, macam tak sedap hati juga bila curi-curi waktu kerja menulis entri blog 😌. Nama pun kerja. Sepatutnya buat kerjalah kan. Bukannya berblog. Kalau buat masa waktu rehat tu tak ada hal lah. Tapi apakan daya. Masa rehat mana dapat hadap komputer. Takkan nak menulis berjela-jela guna smartphone. Memang rabak mata dibuatnya 😅.



Berblog guna smartphone ni ada masa & ketika menyenangkan. Kalau setakat nak guna buat blogwalking, mengedit & tulis entri ringkas tak menjadi masalah. Tapi bila bab nak kena menaip berjela-jela ni agak payah sikit sebenarnya. Tambah-tambah bila korang nak kena mengahadap kod. Yang itu memang perit bila menggunakan smartphone 😩.



Kalau ikutkan, laptop lama Syu tu masih lagi boleh dipakai. Tapi, makan modal jugalah nak membaikkannya 💰. Silap-silap harga untuk repair laptop saja dah sama harga dengan laptop baru. Baiklah beli baru kan. Puas hati sikit. Lagipun, laptop baru lebih up-to-date sikit perisiannya & sesuai dengan peredaran masa.


Nampak gayanya, Syu kena cepat-cepat kumpul duit untuk beli laptop. Dapat yang mini pun jadilah. Asalkan portable & tahan lasak untuk kegunaan jangka masa panjang. Harap ada lah rezeki Syu nak beli laptop baru. Doa-doakan lah ya kawan-kawan 😊💕.

Comments

  1. Semoga segera dapat mencari pengganti laptop yang rosak agar dapat berblog dengan lancar.. :)

    BalasPadam
  2. huhu. sakit rasanya bila lappy rosak

    BalasPadam
  3. cuba tanya kedai2 komputer, kadang2 dorang ada jual yg refurbish punya. takdelah mahal

    BalasPadam
  4. paham sangat tu. Kita ni dah dekat 5 tahun blogging guna phone sebab rasa selesa menaip di phone. Heee.. kalo bab edit. serahkan pada yang bertugas. tinggal bayar fulusnya. Kalau ada la. Kalau xda. bior je laa. haha

    BalasPadam
  5. moga cepat dapat kumpul duit untuk beli laptop baru ye

    BalasPadam
  6. Memang payah kalau update guna phone. Ada laptop laju sikit menaip dan mudah kalau nak menghadap coding. Semoga ada rezeki Syu dapat laptop baru nanti. Aaminn...

    BalasPadam
  7. Nampak macam kena cari lt baharulah ni

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!