Seperti yang dijangka. Macam tahun-tahun yang sebelum ni. Lepas sahaja sambutan Tahun Baru Cina mesti mencanak naik kes Covid-19. Semalam 13,944 kes. Hari ni 17,134 kes. Road to 20k ke apa ni 😌? Sakan mencanak naik yer. Bila jadi macam ni, hati ni mulalah rasa tak sedap. Adakah raya nanti kita auto kena Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) & Lockdown lagi? Jeng3 😏.
Hanya pak-pak menteri sahaja yang mampu jawab. Kalau boleh minta dijauhkan PKP & lockdown segala ni ya. Tak lalu lah sampai dekat 3 tahun kena tahan dekat rumah tak boleh nak balik beraya. Asal nak dekat bulan puasa & raya kita jer kes asyik naik.
Lepas tu keluarlah pengumuman larangan itu larangan ini 😅. Punah harapan nak balik beraya. Sampai nak pasang lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Dato' Sudirman pun tak dapat-dapat. Sudahlah 3 tahun berturut-turut pula tu 😌.
Sejak beberapa hari ni tular yer video dari Imran Bard ni. "Kita raya kat syurga" katanya. "Syurga" mana? Rumahku syurgaku. Ahaaa...ghisau dengar 😅! Kalau nak tahu Imran ni sebenarnya menganjing tau. Tapi secara halus penganjingannya tu. Yang faham...fahamlah. Yang tak faham? Buat-buatlah faham.
Kalau masinlah mulut si Imran Bard ni. Nampak gayanya tak jalan lagilah kuih raya, ketupat rendang segala dekat rumah raya nanti 😅. Aktiviti masa Hari Raya Aidilfitri nanti semestinya macam tahun-tahun yang sebelumnya.
Celik mata. Hadap masing-masing muka laki bini. Tayang gambar OOTD yang bajunya pakai pun tak sampai setengah hari. Melantak sampai kekenyangan kemudian membuta. Lepas tu ulanglah sampai habis raya. Menangis weyh...kalau kena macam tu. Kalau boleh nak pasang lagu "Balik Kampung". Tak nak lah lagu "Air Mata Syawal" yang Tokti nyanyi tu 😂 - HARAP HANYA MIMPI. BUKAN REALITI.
harap2 taklah kan..kesian kita, 3 tahun takde suasana raya..huhu.
BalasPadamItulah pasal. Harap dapatlah raya macam biasa dapat kumpul satu keluarga. Sedih tau kalau 3 tahun berturut-turut raya macam ni 😩.
Padamrasa raya tu bole kot... cuma kaun kerabat yang dekat aje la...
BalasPadamuntuk yang saudara jauh2, kengkawn.. raya kat rumah sendiri je!
Harap macam itulah 😊💕.
PadamSaudara mara jauh & kawan2 tu buat rumah tertutup jer 🤣.
entahlah kak huhu penatlah raya macam tak raya
BalasPadamKan 😢.
PadamKita tunggu dan lihat ajelah
BalasPadamKalau raya kat syurga, tahun ni malas la nak beli baju raya Haha
BalasPadamMisal kata kena raya kat "syurga", nak tumpang kemalasan sekalilah kalau macam ni 😂.
Padam