Susu Berperisa By NILOFA : Sedap Ke? 🤔

Februari 01, 2022

Susu NILOFA ni memang dah sedia-sedia  terkenal & laris di pasaran. Kalau tak perkenalkan pun tak apa. Ramai dah tahu pun 😁. Cuma Syu sahaja tak pernah cuba susu ni. Padahal kawan tu dah bermacam-macam perisa dah keluar & habis terjual di pasaran. Dengar cerita yang paling terbaru ni di keluarkan satu lagi perisa susu yang diperbuat dari koko Belgian. 



Pada awal kemunculan susu NILOFA ni, Syu tak pernah ada keinginan langsung nak cuba. Padahal susu ni memang viral sangat. Tambah-tambah susu yang berperisa pisang tu 😌🍌. Selalu kalau nampak di kedai-kedai, Syu pandang sebelah mata jer susu NILOFA ni. Bukan apa, Syu tak berapa minat susu yang berperisa pelik-pelik. Tambah-tambah pisang! Selagi boleh, perisa susu ni yang Syu paling tak gemar & cuba elak untuk beli 😅. 



Ada sesetengah penggemar memang suka susu berperisa keluaran NILOFA ni. Tak kiralah perisa apa sekalipun. Kadang sampai sanggup berbeli & restock berkarton-karton untuk dijadikan sebagai minuman harian. 


Biras Syu beli empat perisa. Dia suruh cuba semua 😂. 


Nak dijadikan cerita. Semalam, buat pertama kalinya Syu bersempatan merasa susu keluaran NILOFA ni. Itu pun sebab biras Syu suruh rasa. Memang banyak dibelinya buat stok minum dalam rumah. Katanya sedap. Mula-mula tu menolak juga nak cuba. Tapi, dah orang pelawa. Kita cuba sajalah. 


Dua perisa ni jer yang macam boleh diterima tekak 😋. Ini pun kongsi berdua dengan encik suami. 


Pada yang suka susu perisa pisang NILOFA ni, awal-awal Syu minta maaf yer. Syu tak berapa berkenan dengan susu ni sebab rasa esen pisangnya kuat sangat. Yang perisa kurma pisang pun sama 😅. Setakat yang Syu dah rasa. Syu paling suka susu keluaran terbaru NILOFA yang berperisa coklat ni dengan mangga sahaja. Yang lain, minta maaf Syu cakap. Syu tak boleh nak menerima.



Mungkin orang lain suka. Tapi malangnya, tidak pada tekak Syu Deris. Jujur Syu bagitahu. Susu ni tak akan menjadi susu pilihan Syu untuk Syu repeat minum hari-hari. Dia punya tahap kemanisan tu dah okey dah. Cuma ada beberapa campuran perisa susu tu yang Syu tak berkenan. Mungkin tekak ni dah terbiasa dengan susu Lotus's sahaja agaknya - Sori Lofa 😅. 

Comments

  1. Balasan
    1. Cubalah Rabiah. Baru tahu sedap ke tidak 😋.

      Padam
  2. tak pernah lagi minum yang ni. sebab rasa macam tak berbaloi dan mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak baru pertama kali ni cuba susu keluaran NILOFA ni.
      Boleh dikatakan mahal jugalah untuk satu pouch tu sebenarnya.
      Rasanya pun biasa-biasa jer. Sedap lagi susu kotak dari LOTUS'S 😁.

      Padam
  3. So far akak x pernah cuba lagi...knowing texture more to artificial flavour kan..sbb tu x cuba..kalau boleh nak rasa yang asli...hehehe

    BalasPadam
  4. Okey next time boleh try yang perisa coklat pulakkk. Haritu try pisang pun so so ajee hahaha

    BalasPadam
  5. Boleh la buat rasa sekali. Lepas ni hari2 memang idok ler. Suka packaging yang simple gini, anak2 senang nak minum.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!