Berbaloi Atau Tidak Langgan GrabUnlimited? 🤔

Mac 12, 2022

Dahulu, baucer di GrabUnlimited ni semuanya percuma. Kali ni tidak lagi ya kawan-kawan. Bermula pada 1 March yang lepas, Grab Holding Inc. atau juga dikenali sebagai Grab memperkenalkan pelan GrabUnlimited-nya yang baharu kepada pengguna-pengguna aplikasi ni dengan harga pengenalan sebanyak 99 sen sebulan - Seringgitlah senang cerita 😁.


Harga pengenalan ini hanya ditawarkan untuk langganan bulan yang pertama sahaja. Kemudian harga langganan tersebut akan kembali kepada harga asalnya RM7.99 bermula pada bulan yang berikutnya. Dengan adanya pelan yang baru ni, maka secara automatik ia menggantikan penggunaan baucer diskaun 50% percuma yang pernah ditawarkan sebelum-sebelum ni.


Kiranya, segala baucer diskaun percuma seperti HOTDEALS & HOTDEALSGF yang korang pernah guna selama hari ni tak boleh lagi digunapakai 😌. Andai kata korang masih nak nikmati harga diskaun tu lagi, korang kena langgan GrabUnlimited secara bulanan. Pendek cerita, tak subscribe, tak ada diskaun 🤑. 


GrabUnlimited


Lepas dah langgan pelan GrabUnlimited ni, barulah korang boleh guna & nikmati baucar diskaun tu - Mengikut terma & syarat. Dengar khabarnya korang boleh jimat lebih RM300 sebulan dengan melanggan pelan ni. Betul ke ni? Memandangkan Syu dah langgan, jadi Syu nak kongsi dengan korang semua serba sedikit sejauh mana berbaloinya pelan ni.


Untuk pengetahuan korang, pelan GrabUnlimited ni hanya boleh dilanggan melalui aplikasi Grab sahaja. Jadi pada yang belum ada aplikasi ni, korang boleh MUAT TURUN & DAFTAR SEKARANG supaya korang boleh nikmati pelbagai manfaat dari aplikasi ni. Bukan setakat boleh buat pesanan makanan  sahaja, nak buat pengantaran parcel & apa jua transaksi pun boleh. 



BAUCER-BAUCER YANG DITAWARKAN


Dalam pelan GrabUnlimited ni, korang akan dapat 3 jenis baucer. Setiap penggunaan baucer ni ada TERMA & SYARATNYA. Berikut antara baucer yang korang boleh nikmati dengan pelan  GrabUnlimited ni :


70X Boucer GrabFood

  • 6X GrabFood 50% off with Hot Deals+FreeDel - Dengan perbelanjaan minimum RM20
  • 4X GrabFood 38% off with Hot Deals+FreeDel - Dengan perbelanjaan minimum RM25
  • 10X GrabFood 15% off Self Pick-Up
  • 50X GrabFood Free Delivery (up to RM3)


10X Boucer GrabMart

  • GrabMart: Free Delivery (up to RM3)


1X Boucer Pengangkutan

  • RM5 off any Grab Ride from any Malaysian Airport



CARA MELANGGAN


Nak melanggan pelan GrabUnlimited ni tersangatlah mudah. Hanya perlu pergi ke bahagian tetapan AKAUN > SUBSCRIPTIONS > GRAB UNLIMITED > GET THIS PLAN > CONFIRM. Lepas dah selesai, korang boleh tengok status langganan korang di bahagian My Subscriptions. Dibahagian My Subscriptions tu nanti ada juga dipaparkan tarikh tamat langganan.


GrabUnlimited

Jadi, korang boleh tahu bila tarikh pengebilan GrabUnlimited korang yang seterusnya. Bagi mengelakkan langganan disekat, sebaiknya korang aktifkan fungsi AUTO DEBIT. Bila diaktifkan fungsi auto debit ni, langganan GrabUnlimited korang akan kekal aktif tanpa sebarang masalah.




BERBALOI KE LANGGAN GRABUNLIMITED?


Memang tak dinafikan yang GrabUnlimited sekarang banyak perbezaannya. Dahulu baucernya percuma. Tak perlu buat apa-apa bayaran untuk nikmati promosi diskaun di Grab. Cuma perlu masukkan baucer & secara automatik Grab bagi potongan diskaun.


Tapi sampai bila Grab nak bagi diskaun potongan harga secara percuma ni kan? Semestinya pihak Grab mahukan keuntungan juga. Kalau semuanya diberikan secara percuma. Alamat gulung tikarlah jawabnya kan? 😅



Jika dibanding dengan servis penghantaran makanan yang lain, Syu rasa Grab antara yang termurah cas penghantarannya. Bukan setakat servis penghantaran makanan sahaja yang ditawarkan. Malah, ada pelbagai lagi servis & perkhidmatan lain yang ditawarkan di Grab ni.


Buat masa sekarang, langganan dengan harga 99 sen sebulan ni boleh dikatakan agak berbaloi juga sebenarnya. Walaupun baucer yang ditawarkan agak terhad. Tapi kita masih dapat nikmati potongan diskaun yang banyak dari pihak Grab.


GrabUnlimited


Pada yang kerap menggunakan servis penghantaran makanan di Grab. GrabUnlimited ni antara pilihan yang terbaik untuk korang berjimat cermat. Baucar yang ditawarkan pun boleh dikatakan banyak juga. Rasanya, dalam sebulan belum tentu habis pakai semua baucar-baucar ni.



Tapi misal kata korang langgan GrabUnlimited untuk guna sekali sekala. Pada Syu memang tak berapa nak berbaloilah. Tambah-tambah bila baucernya berbayar. Jadi macam agak merugikan sedikit bila korang bayar langganan bulanan tetapi korang jarang guna. Walaubagaimanapun, pilihan melanggan ditangan korang. Nak langgan, ikutlah kemampuan & ikut juga keperluan 😉💕.

Comments

  1. sy baru download Grab ni. Pelik gak bila kena langgan utk menikmati baucer tu. TK diatas pencerahan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu percuma saja baucernya abe. Sekarang Grab dah mula kenakan bayaran. Hu3.
      Sama-sama abe. Selamat menggunakan Grab.

      Padam
  2. lama dah tak guna grab. guna untuk grabfood je. sejak ada keta ni, tak pakai grab dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Guna GrabFood saja. Dedulu rajin juga guna GrabCar. Bila dah ada transport sendiri memang tak guna dah.

      Padam
  3. sy jarang guna apss grab..selalu order makanan foodpnda ja

    BalasPadam
  4. Dulu rajin juga Food Panda bila nak pesan makanan. Tapi lepas buat perbandingan dengan Grab, Syu rasa Grab murah lagi. Diskaun pun banyak. Lagipun servis yang ditawarkan tak terhad kepada makanan sahaja. Kiranya banyak benda boleh buat dengan aplikasi Grab ni 😊💕.

    BalasPadam
  5. Kalau untuk yang heavy user boleh lah kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau guna sekali sekala macam tak berapa nak berbaloi. Rugi. Sebab mesti akan ada lebihan baucer yang tak habis di pakai 😊.

      Padam
  6. wahh, wak pun x sabar nk balik malaysia airport nih.. 😅😅

    BalasPadam
  7. Nampak macam berbaloi je...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!