Semalam review pasal aiskrim Yogurt Smoothie Strawberry. Pagi ni Syu nak sambung review pula pasal aiskrim terbaru keluaran Nestle ni - La Cremeria Chocolate Brownies Fudge With Seasalt. Sedap ke tidak aiskrimnya macam yang diiklankan di TV tu?
Harga Aiskrim
Harga aiskrim ni boleh tahan mahal juga ya kawan-kawan. Sebungkus harganya RM4.00 😁. Kalau nak tahu, aiskrim ni Syu beli di kedai Mesra. Di kedai lain Syu tak pasti berapa harga runcit yang diletakkan. Mungkin sama juga agaknya.
Niat di hati asalnya nak cuba juga aiskrim Musang King. Bila fikir aiskrim Chocolate Brownies Fudge With Seasalt ni aiskrim terbaru. Jadi, Syu pun cuba sajalah. Aiskrim Musang King tu nanti-nanti pun Syu boleh cuba. Lagipun, aiskrim baru keluar ni memang cepat habis. Tambah-tambah bila dah diviralkan 😅.
BACA JUGA :
AWAS : Aiskrimnya Ada garam laut
Tengok iklan di TV macam gempak kan? Hakikatnya, tak ada lah sedap mana pun rasanya. Sejujurnya, aiskrim ni lagi sedap bila tak ada garam laut tau. Bagi Syu, kewujudan garam pada aiskrim ni agak menggangu sikit Syu punya taste buds.
Mula-mula makan tu macam okey. Tapi bila sampai part rasa masin garam tu, automatik jadi tak boleh nak menerima pula 😅. Agak lain macam ya dia punya rasa. Yang ada darah tinggi better elakkan. Memang terasa garamnya. Syu boleh terima aiskrim ni punya coating luar sahaja.
Kulit luarnya sedap. Tapi isi dalamnya lemak manis & masin 😅 |
Memang tak dinafikan yang aiskrimnya coklatnya sedap. Tapi, rasa garam yang hujung-hujung tu yang menjadikan aiskrim ni rasa pelik. Dari segi gabungan rasanya tu macam ada something wrong 😅.
Ini review jujur Syu lah ya pasal aiskrim ni. Mungkin citarasa semua orang tak sama. Ada yang kata sedap & ada yang kata tak sedap. Bergantung pada selera & tekak masing-masing.
Sejujurnya, tekak Syu memang tak boleh nak menerima. Walaupun Syu peminat coklat, tapi hakikatnya bukan pada aiskrim Nestle La Cremeria Chocolate Brownies Fudge With Seasalt ni. Boleh beli. Tapi untuk repeat lagi mungkin tidak 😅.
[P/S : Aiskrim ni Syu mampu makan separuh & habiskan coating luarnya sahaja. Itupun Syu kongsi dengan husband. Selebihnya Syu terpaksa buang. Sorry aiskrim 😞]
huhu ada yg cakap aiskrim ni manis gila. tak try lagi lah
BalasPadamMasin juga. Hu3 😅.
Padamadoi. seram pulak nak makan. tapi teringin helppppp macam mana ni hahahaha
PadamAlaaaaa....Syu ni....now akak dah teringin plak....kena carik la ni....
BalasPadamCubalah kak. Mana tahu kena dengan selera tekak akak. Tapi kena jaga2. Dalamnya ada GARAM. Ha3 😅.
Padamadoiii... sedapnya aiskrim ni...
BalasPadamadik pernah belikan aiskrim la cremeria yang buah, kita baru makan 2 gigit dah tak sanggup sebab manisss sgt, kalau yg ni ada garam lagi la seram... udahla ada darah tinggi kalau sikit2 macam kat roti gardenia tu takpe kot
BalasPadamborong sakan kali ini kak makan aiskrim haha
BalasPadamSaja. Buat hilangkan kempunan sebelum start berpuasa 😁. Kih3.
PadamBaru ingat nak try tapi Syu cakap tak sedap, pikir dulu nak beli ke idak. haha..Tapi rasa nak try juga sebab taste lain-lain..Mana tahu kena dengan tekak k.fiezz ke..okey, onzzz..AKak cari..hehe...
BalasPadamTak rasa lagi
BalasPadam