Aiskrim Wall's Yogurt Smoothie Strawberry

Mac 21, 2022

Wall's Yogurt Smoothie Strawberry

Semalam, masa tengah beratur nak keluarkan duit. Syu terpandang sesuatu yang istimewa dalam peti ais di kedai Mesra. Ada aiskrim baru. Wall's Yogurt Smoothie Strawberry namanya. Tengok packaging luar memang menggoda betul - Sambil-sambil tu mata tengok juga aiskrim Nestle Mochi Boba. Malangnya tak ada ya 😂.



Kalau ikutkan di kedai Mesra semalam, Syu beli dua jenis aiskrim terbaru 😁. Satu aiskrim Wall's Yogurt Smoothie Strawberry & satu lagi Nestle La Cremeria Chocolate Brownies Fudge With Seasalt - Yang ini sekejap lagi Syu bagi review. 


Boleh rasa cebisan strawberi dalam aiskrim ni. Memang sedap! 😋


Pada yang belum merasa aiskrim Wall's Yogurt Smoothie Strawberry, cepat-cepatlah beli sementara stok tengah ada ni. Nanti tak pasal-pasal, jadi macam kes aiskrim mochi boba yang Syu teringin sangat nak makan tu. Sampai ke hari ni tak nampak bayangnya 😌.



Sedap & Murah

Buat peminat buah strawberi. Tak beli memang satu kerugian. Aiskrimnya memang sedap sangat. Sekali makan automatik akan jatuh cinta. Beli sebungkus memang tak cukup. Lagipun harganya tak ada lah mahal mana pun. Cuma RM2.50 sahaja.



Kalau korang nak tahu, aiskrim ni diperbuat dari yogurt berperisa strawberi yang diolah menjadi aiskrim. Kombinasi rasa masam yogurt & kemanisan dari sirap strawberi pada aiskrim ni memang menyerlahkan lagi rasanya. Jadi jangan hairan kalau beli sebungkus rasa tak cukup 😁.


Bila makan, korang boleh rasa cebisan-cebisan strawberinya. Teksturnya memang lembut & tak terlampau manis sangat. Memang layan bila makan. Pada yang tengah berdiet. Aiskrim ni sangat rendah kandungan kalorinya (80Kcal). Jadi, memang elok sangat untuk dijadikan treats masa cheat day 😋! 

Comments

  1. rupa dah la menarik, harga pun kira murah la tu. Teringin nk merasa jugak ah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kira murahlah kan RM2.50
      Aiskrim WAJIB CUBA di Dana. Memang sedap!
      Highly recommended 😋

      Padam
  2. Makan waktu panas-panas segini memang best

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😁 Memang layan...
      Kena pulak duduk tepi pantai

      Padam
  3. Alamakk tak minat strawberry jadi macam tak mampu nak kuatkan hati untuk mencuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa. Boleh cuba aiskrim yang lain. He3 😁.

      Padam
  4. Ada hendak cari tapi belum jumpa.

    BalasPadam
  5. Ada balik eskem yoghurt ni.. sedapppppp

    BalasPadam
  6. Hat ni ada nampak juga tapi tak terpikir nak try sebab tak minat sangat stroberi..tapi baca syu review ni, tertarik pulak nak cuba juga..hehe..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!