Boleh Ke Tukang Urut Lelaki Urut Wanita? 🤔

Mac 02, 2022

Ini alkisah malam kemarin yer. Memang dah lama Syu peram kesakitan kaki Syu selama hari ni. Sampaikan satu tahap tu Syu rasa sakit sangat bila duduk bersimpuh & bersila lama-lama. Walaupun tak sampai seminit duduknya 😌. Kalau masa solat jangan cakaplah. Memang perit menahan sakit.  Tambah-tambah masa duduk diantara dua sujud.



Selama hari ni kalau Syu sakit kaki, memang Syu minta suami Syu yang tolong urutkan. Mungkin dah rimas agaknya dengar Syu mengadu sakit kaki hari-hari. Ditambah pula malas nak urut kaki Syu yang sado ni agaknya, itu yang diajaknya juga pergi ke Gerbang Malam Ipoh tu 😁. Lagipun tak mahal mana pun pergi berurut di Gerbang Malam. Setengah jam cuma RM25 sahaja.


Kemarin tak berapa ramai pengunjung yang datang. Jadi ada banyak ruangan mengurut yang kosong.


Kalau ikutkan memang dah banyak kali suami Syu ajak pergi berurut. Tapi, Syu yang selalu menolak. Bukan apa, mengenangkan isu Covid punya pasal 😂. Jadi, rasa tak berani nak berurut dengan orang. Lagi satu, malas nak bersiap! Balik kerja, kalau boleh malas nak keluar ke mana-mana. Melainkan hujung minggu.



Sebenarnya, Syu ada terfikir juga nak cari tukang urut yang boleh datang ke rumah. Tapi macam susah pula nak cari. Lagipun macam tak sesuai pula di musim-musim Covid ni nak ajak orang datang ke rumah berurut. Ada risiko juga di situ. Mana tahu, merata dia pergi berurut. Tiba-tiba dibawanya sekali mahluk durjana tu sekali. Nauzubillah.


Big boss pun berurut juga yer 😅. Tapi macam cacing kepanasanlah rupa dia, sebab tengah menahan sakit.


Jenuh jugalah kami laki bini bercari servis tukang urut refleksiologi yang ada di Ipoh ni kemarin. Nak pergi spa refleksiologi, banyak pula yang dah tutup & dihentikan operasi. Sudahnya, pilihan terakhir Syu ada adalah dengan berurut di Gerbang Malam Ipoh. Apa boleh buat. Asalkan dapat legakan sikit perit dekat kaki Syu ni.


Tapi yang tak syoknya, di Gerbang Malam Ipoh ni dah tak ada dah tukang urut perempuan. Majoritinya semua lelaki. Tukang urut perempuan ramai yang dah berhenti. Nak tak nak terpaksa juga pilih tukang urut lelaki untuk urut kaki Syu. Dah tak tahan sangat nak menanggung sakit.


Memang suami Syu izinkan adik tu urut kaki Syu. Tapi seganlah juga sebenarnya walaupun berlapik & bertutup dengan kain batik. Selalunya laki kita yang pegang kaki & urutkan. Ni tiba-tiba lelaki lain pula yang buat 😳. Mana tak cuak dibuatnya kan. Lagipun, hati ni pun tertanya-tanya juga. Boleh ke tukang urut lelaki urut tukang perempuan? Tambah-tambah yang bukan mahram 🤔. Tertanya-tanya juga sebenarnya.



BOLEH ATAU TIDAK TUKANG URUT LELAKI URUT WANITA || Balik dari berurut kemarin, Syu ada buat rujukan sedikit pasal hal ni dari artikel yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - Al-Khafi #590 : Wanita Diurut Oleh Tukang Urut Lelaki. Saja nak tahu. Boleh ke tak boleh orang lelaki urut orang perempuan sebenarnya 😂. Manalah tahu tak bolehkan. Rupa-rupanya BOLEH. Kebenaran ni ada dinyatakan dalam Hadis Riwayat Muslim yang diriwayatkan oleh Jabir RA:



 أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ، اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا


Maksudnya : Sesungguhnya Umm Salmah meminta izin dari Rasulullah SAW untuk dibekam maka Nabi SAW mengarahkan  Abu Taibah untuk membekam Umm Salmah.



Walaupun hadis yang diriwayatkan ni tak merujuk terus kepada berurut. Tapi dari segi qiyasnya, ada diberikan kebenaran dalam kita berihktiar untuk berubat & merawat penyakit yang kita alami. Asalkan :


  • Ianya dilakukan dengan izin suami
  • Semasa berurut/berubat, korang ditemani mahram - suami mahupun wanita dipercayai (tiqah)
  • Masa nak berurut tu memang tak ada seorang pun tukang urut yang semuhrim mahupun semuslim
  • Hanya kawasan yang sakit sahaja boleh di lihat & dirawat oleh tukang urut mahupun pengamal perubatan




-WALLAHUALAM-

Comments

  1. Sekarang dah okay ke kaki Syu? Semoga cepat baik. Tak tahan nak menanggung sakit lama lama. Lagi lagi kaki yang kena berjalan.

    Terima kasih Syu share tentang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak. Memang tak sanggup nak nahan sakit dah.

      Alhamdulillah kak, lepas berurut hari tu rasa ringan sikit kaki. Tidur pun lena. Kencing tak lawas pun dah tak ada dah.

      Rasanya kalau repeat urut lagi insyallah boleh elok 😊💕.

      Padam
  2. Alhamdulillah.. Mesti legakan bila dapat urut..
    TQ Syu kongsi info pasal diurut lelaki..

    BalasPadam
  3. kalau ada wife orang yang nak urut area pulau Penang 0165475154

    BalasPadam
  4. Urutan badan cara kampung bagi male@ female boleh pm whatssap 011-29314338
    Trganu

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!