Magnificent Century : Kosem [2015]

Mac 29, 2022

Kosem

Genre : 


Cinta & sejarah


Pelakon : 

Anastasia Tsilimpiou, Beren Saat & Nurgül YeÅŸilçay [Kosem], Ekin Koç [Sultan Ahmed I], Hülya AvÅŸar [Sultan Safiye], Kadir DoÄŸulu [Mehmed Giray], Aslıhan Gürbüz [Sultan Halime], Alihan Türkdemir [Sultan Mustafa], Mehmet KurtuluÅŸ [Darvish Pasha], Tülin Özen [Handan Sultan], Berk Cankat [Iskander], Metin Akdülger [Murad IV] 


Pengarah : 

Çağatay Tosun, Mert Baykal, Yağız Alp Akaydın, Zeynep Günay Tan & Deniz Koloş


Jumlah Episod :

60 (2 Musim)


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Drama Turki berjudul Magnificent Century : Kosem ni memang drama yang sangat luar biasa. Tapi malangnya rating drama ni tak berapa memberangsangkan masa mula-mula ditayangkan pada tahun 2015. Walaupun sampai 3 kali bertukar heroin. Tetap tak trending juga drama ni. Sayang sangat. Sebab dramanya memang best & sangat luar biasa. Mungkin tak ramai yang suka drama berunsurkan sejarah agaknya. 


Kalau korang nak tahu, drama Kosem ni diadaptasi dari sejarah kerajaan Uthmaniyah, yang mana kerajaan ketika itu berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmed I (1603-1617).  Magnificent Century : Kosem ni merupakan sekuel kepada MuhteÅŸem Yüzyıl yang pernah ditayangkan pada 2011. Kali ni ia ditayangkan selama 2 musim, menjadikan keseluruhan episodnya berjumlah 60 episod.



Dalam drama ni diceritakan semula tentang percintaan Kosem dengan Sultan Ahmed I serta sejarah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah suatu ketika dahulu. Sultan Kosem ni asalnya diculik & dibawa lari ke Istanbul oleh pengikut Sultan Safiye untuk dijadikan gundik Sultan Ahmed I.


Semuanya bermula dari sebuah potret yang ada terlukis wajah Kosem. Dek kerana sultan berkenan dengan kecantikkan Kosem pada potret tu, maka Sultana Safiye mengarahkan pengikutnya mencari Kosem & dibawa ke Istanbul.


Kalau korang nak tahu, nama Kosem ni asalnya adalah Anastasia & dia merupakan rakyat Greek. Setelah dibawa ke Istanbul & dijadikan gundik Sultan Ahmed I, namanya kemudian ditukar sepenuhnya menjadi Kosem atau juga dikenali sebagai Mahpeyker.


Dengar opening theme saja dah buat Syu berderau darah 😌.


Pada awalnya, Kosem ni tak suka duduk di istana. Tapi lama-kelamaan dia jatuh cinta pada Sultan Ahmed I. Walaupun Sultan Ahmed banyak gundik, Kosem ni antara gundik yang paling sultan sayang. Malah sultan nampak yang Kosem ni memang ikhlas mencintai sultan.


Bila diteliti semula jalan cerita drama ni, boleh dikatakan agak tragis juga ya rentetan sejarah kerajaan Uthmaniyah ni sebelum berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmed I. Adalah menjadi satu kebiasaan bagi seorang sultan pada zaman kerajaan Uthmaniyah untuk membunuh saudara sendiri apabila memegang tahta kerajaan.



Korang bayangkan, masa zaman pemerintahan Sultan Mehmed III sahaja, seramai 19 orang beradik kandungnya telah dibunuh. Tak kira peringkat umur. Punya kejam kan? Demi sebuah tahta sampai sanggup bunuh kaum kerabat sendiri. Sejak pemerintahan di ambil alih oleh Sultan Ahmed I, banyak perubahan berlaku. Itupun disebabkan adanya kehadiran Kosem sebagai penasihat.



Malangnya, Sultan Ahmed I tak dapat bertahan lama. Pada usia 27 tahun Sultan Ahmed I meninggal akibat terkena penyakit typhus & pendarahan dalam perut. Sejak kemangkatan Sultan Ahmed I, Sultan Kosem menguruskan tampuk pemerintahan kerajaan Uthmaniyah bersama dengan putera-puteranya.


Drama bersiri Kosem ni memang bagus sebab sambil menonton drama kita sekaligus boleh belajar sejarah kerajaan Islam terdahulu. Memang banyak nilai & pengajaran kita boleh dapat dari drama ni. Tak tonton memang rugi sebab jalan ceritanya memang menarik.



[AMARAN : Drama ni tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah]

Comments

  1. ada tengok sikit2 kt tv yang episod Sultan Suleiman..produksi tahun 2011..

    bila baca sejarah sultan2 empayar Uthmaniyah, rasa teruk sangat perangai depa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Syu pun rasakan benda yang sama. Kejam sangat. Sultannya macam tak ada pedoman. Mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa akhirnya kerajaan Uthmaniyah ni jatuh.

      Padam
  2. terkenal drama ni dulu, tapi akak tak pernah layan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best drama ni. Sebab ada unsur-unsur sejarah.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!