Semalam Syu masak asam pedas buat menu makan malam - Niat asal nak buat asam laksa sebenarnya 😂. Hari ni rasa terpanggil nak kongsi resepi asam pedas mudah yang Syu pernah belajar dengan mak saudara Syu - Cik Zurai namanya.
Resepi ni Syu belajar masa Syu masih menuntut di UiTM Shah Alam. Sampai ke hari ni Syu masih guna pakai resepinya sebab sedap & mudah sangat nak dimasak. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja. Asalkan ada 2 bahan utama ni - Bunga kantan & daun kesum.
Syu ada tengok juga resepi-resepi asam pedas yang ada dikongsikan di internet. Tapi rata-rata banyak yang menggunakan rempah, halia & serai. Memandangkan resepi yang Syu belajar ni agak berbeza & tersangat mudah untuk dimasak. Maka, Syu kongsikan dengan korang macam mana Syu masak asam pedas selama hari Syu hidup di muka bumi ni 😁.
Bahan-bahan untuk masak asam pedas
Nak masak resepi asam pedas ni memang sangat mudah. 15 minit pun tak sampai - Tak termasuk masa korang kupas bawang & kisar cili segala 😜. Caranya memasaknya pun lebih kurang sama macam korang masak resepi-resepi asam pedas yang ada di luar sana. Cuma dari segi penggunaan bahan sahaja yang ada sedikit berbeza.
Untuk resepi asam pedas Cik Zurai ni, rempah-rempah macam lada hitam, halba, jintan & ketumbar segala memang tak ada digunakan. Waima serai, lengkuas & halia pun tak ada diletakkan dalam resepi ni.
Kiranya, resepi asam pedas ni memang jauh berbeza dengan resepi asam pedas Johor Asli. Bahan-bahan asas nak buat kuahnya cuma perlu ada :
2 senduk - Cili kisar*
4 biji - Bawang merah*
3 ulas - Bawang putih*
1 ketul kecil - Belacan*
2 biji - Tomato*
1 sdk. - Serbuk kunyit
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
1 kuntum - Bunga kantan
Daun kesum
Gula kabung
MAGGIE Cukup Rasa
Kacang bendi & tomato (dibelah dua)
Ayam/ikan/daging - Terpulang nak guna yang mana
Macam mana nak masak?
1) Pertama sekali, korang perlu kisar terlebih dahulu semua bahan-bahan yang bertanda asterik (*) sehingga halus - Kalau boleh, biji-biji cili pun tak nak ada.
2) Panaskan minyak & tumiskan semua bahan-bahan yang dah dikisar tadi sehigga naik bau & pecah minyak. Masa menumis tu masukkan juga serbuk kunyit, daun kesum & bunga kantan.
Kisar halus macam ni - Ini jer bukti yang sempat ambil masa memasak semalam 😅. |
3) Bila nampak bahan tumisan macam dah terbit minyak sikit, korang masukkanlah lauk yang korang nak buat asam pedas tu. Tak kisahlah nak letak ayam, ikan & daging sekalipun. Terpulang pada lauk pilihan korang masa tu.
4) Bagi kecut sekejap lauknya, kemudian baru masukkan air asam jawa & sedikit air. Misal kata kuah asam pedas tu pekat. Korang boleh tambahkan air lagi untuk kurangkan kepekatannya.
5) Masukan kacang bendi & masak sehingga kacangnya lembut sedikit. Kemudian barulah masukkan bahan perasa & tomato yang dah dibelah dua tadi.
6) Masak sehingga mendidih. Padamkan api & bolehlah dihidang bersama nasi & ikan goreng garing.
Paste asas oden, ikan bakar & asam laksa!
Jadi, itulah rahsia asam pedas ringkas & sedap yang tak berapa nak rahsia Syu pernah masak selama ni 😁. Walaupun, resepinya berbeza sedikit dengan asam Pedas Johor & Melaka. Tapi, rasa asam pedasnya tetap ada & tak lari dari rasa yang asal.
Hanya perlu letakkan paste kemudian bakar atas pemanggang - KREDIT FOTO : Sitisuziana.com |
Untuk makluman korang, bahan tumisan dari resepi asam pedas ni juga boleh jadikan sebagai paste asas untuk masak oden, ikan bakar bersambal & asam laksa. Cuma korang kena tumis lama sikit sampai bahan tumisan tu kering & tak berair. Apa-apa pun selamat mencuba. Kalau dah cuba tapi tak sedap, sila kabor ke teman 😁.
asam pedas susah nak tolak... lagi lah asam pedas ikan pari, aduh sedapnya
BalasPadamKan. Letak pula kacang bendi banyak. Memang feveret 😋💕.
PadamAduh.. gambar sekadar hiasan pulak. Ingatkan betul² punya.. hihi
BalasPadamKih3. Tak dan nak amik. Sempat amik gambar blender jer 🤣. Next round kalau ada masak lagi, kita kasi replace gambar 😜
Padamnampak sedapnyer
BalasPadamWah.. sedapnya.. Nampak menarik untuk dicuba resepi nie..
BalasPadam