Sushi King : Lepas 6 Tahun Baru Jejakkan Kaki

Mac 22, 2022

Sushi

Semalam Sushi King Bonanza dah start. Memandangkan Syu dah lama tak makan sushi di Sushi King . Maka, lepas balik kerja semalam Syu terus shoot pergi ke Aeon Station 18. Lagipun bukan selalu dapat peluang makan sushi bonanza di Sushi King ni.



Bila ada promosi macam ni barulah dapat merasa. Bukan apa, sekali sekala teringin juga nak makan sushi premium & duduk makan dalam restoran berhawa dingin macam Sushi King ni. Sambil-sambil tu boleh cuci mata tengok makanan lalu lalang depan mata 😁.


Sushi King
Masa ni dah lenggang sikit sebab ramai yang dah balik 🤭.


Seperti biasalah. Bila ada promosi sushi bonanza di Sushi King sambutannya memang meriah tak terkata. Keluar satu famili. Masuk lagi satu famili. Tak putus-putus orang datang. Sampai beratur pun ada. Setiap masa meja makan di Sushi King ni fully occupied dengan pelangan. Cuma meja Syu jer sendu. Sebabnya Syu pergi makan seorang sahaja tak bawa partner 😅. 



Sushi Dulu Vs. Sekarang

Agak lama juga Syu tak makan sushi di restoran Sushi King ni sebenarnya. Kali terakhir jejakkan kaki di Sushi King ni masa tahun 2016. Itu pun sebab kawan sepejabat Syu yang ajak. Kalau tak sampai ke sudah tak pernah jejakkan kaki ke Sushi King ni.


Sushi King

SUMBER FOTO :
The Rakyat Post


Memang jauh berbeza Sushi King dulu & sekarang. Dulu logo ikannya togel tak berbaju. Sekarang dah ada baju belang-belang ya. Slogan pun dah bertukar juga. Sebelum ni "Smiling, served fresh". Sekarang dah bertukar ke "Your happy sushi place".


Servis & layanan pun jauh ke hadapan sedikit berbanding 6 tahun lepas. Dulu nak makan ada orang entertain ambilkan pesanan. Sekarang tak payah. Semuanya pesanan dibuat dihujung jari sahaja. Tekan-tekan dekat tablet. Lepas tu, pesanan yang kita pesan pun sampai di meja makan.



Tak Mampu Nak Makan Banyak

Sebenarnya tak sampai 45 minit pun Syu duduk makan dalam restoran Sushi King tu. Masuk pinggan ke 6 Syu dah give up dah. Kenyang punya pasal. Kalau ikutkan, sebelum masuk ke restoran Sushi King tu Syu target nak makan 10 pinggan.


Dalam kepala otak dah fikir siap-siap dah nak makan set sushi pinggan purple sahaja. Alih-alih, pinggan pink juga yang banyak dekat atas meja 😂. Sushi pinggan purple mampu makan 2 set sahaja sebab rata-rata sushi yang lalu depan mata Syu banyak yang Syu tak berkenan 😆. Memang tak tercapailah target Syu makan sushi di Sushi King ni nampak gayanya.


Sushi King
First round 😋🍣.

Ingatkan nak take a break sekejap dalam beberapa minit. Tapi malangnya, tekak & perut Syu macam dah tak mampu menerima 😂. Penyudahnya Syu tutup sesi makan sushi Syu dengan 1 set pencuci mulut - SK Puding with Milo 🍮. Jadilah 7 pinggan kesemuanya.



Harga kesemua makanan yang Syu makan semalam tak sampai pun RM30 tau 😅. Masa bayar bil semalam rasa macam menyesal pun ada sebenarnya. Rasa rugi! Rugi sebab tak mampu nak makan banyak.


Sushi King
Syu paling suka sushi Chuka Idako 😋🍣.


Sepatutnya time promosi sushi bonanza ni lah nak kena makan lebih sushinya kan? Tambah-tambah sushi pinggan purple yang mahal tu. Patutnya sushi yang mahal tu di aim dulu. Tapi apakan daya. Perut Syu dah sendat 😩. 



Ini tidak. Betul-betul dapat masuk betul-betul 6 pinggan sushi sahaja. Sudahlah banyak pinggan pink pula tu 🤣. Memang betul-betul rugi. Ini kalau pergi makan style buffet lagi rugi. Sebab tangki tak cukup besar.

Comments

  1. kita kalau pergi sushi king amik desert saja haha. jarang nak makan sushi. sbb prefer empire sushi lagi

    BalasPadam
  2. Suka Empire Sushi juga. Tapi ada masa nak cuba juga rasa sushi orang ada-ada 😁.Desertnya kira okeylah.Ngam2 manisnya 😋.

    BalasPadam
  3. YaAllah rasa nak jga pergi bonanza. Tapi takde kawan nak pergi (haha mengada)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe. Pergi jer.
      Akak pun makan sengsorang jer semalam. Cadang nak perkena lagi seround esok (Yang ini lagi mengada)
      Ha3 🤣.

      Padam
  4. Wak tak pernah masuk sushi king
    Tak gheti makan benda2 macam tu

    BalasPadam
  5. Tak apa wak. Biar Syu makankan bagi pihak wak. 😁 He2~

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!