Bulan Syaaban Bulan Persiapan Ramadhan

Mac 04, 2022

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Dalam tak sedar hari ni kita dah menjengah ke bulan Sya'aban ya kawan-kawan. Masih berbaki 29 hari sahaja lagi untuk kita didatangi bulan Ramadhan. Pada yang belum ganti puasa tu, cepat-cepatlah bagi ganti. Kalau tak ganti sebelum bertembung bulan Ramadhan depan, WAJIB bayar fidyah ya 😁. Jadi, selagi ada masa ni, usahakan ganti puasa yang masih belum berganti tu okey. 


Bila masuk bulan Sya'aban semestinya ingat Nisfu Sya'aban kan? Kalau korang nak tahu, bulan Sya'aban ni merupakan bulan yang tersangat istimewa untuk kita perbanyakkan amalan sebelum kita beralih ke bulan Ramadhan. Malah, bulan Sya'aban ini juga antara bulan yang sangat dicintai oleh Rasulullah S.A.W. untuk berpuasa. Aisyah ada meriwayatkan bahawa :



كَانَ أَحَبُّ الشُّهُورِ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَصُومَهُ شَعْبَانَ، ثُمَّ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ


Maksudnya : Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa sunah adalah bulan Sya’ban, kemudian beliau menyambungnya dengan puasa Ramadhan


[HR. Abu Daud : 2431 & Ibnu Majah : 1649]



Berikut Syu ringkaskan amalan-amalan yang dianjurkan untuk dilakukan pada bulan Sya'aban ni :

  • Perbanyakkan berselawat, berzikir serta istighfar
  • Berpuasa sunat - kecuali pada Hari Syak (30 Sya'aban)
  • Amalkan membaca surah Yassin
  • Perbanyakkan amalan pada malam Nisfu Sya'aban - 15 Sya'aban
  • Berdoa



DOA BULAN SYA'BAN



اللَّهُمَّ كَمَا بَلَّغْتَنَا شَعْبَانْ فَبَلِّغْنَا رَمَضَانْ وَاكْتُبْنَا مِمَّنْ صَامَهُ وَقَامَهُ اِيْمَانََا وَاحْتِسَابََا حَتَّى نَحْظَى بِا لْغُفْرَانِ وَسُكْنَى الْجِنَانْ وَالْعِتْقَ مِنَ النِّرَانْ


Ya Allah, sebagaimana engkau telah menyampaikan kami di bulan sya'ban, maka sampaikan umur kami di bulan ramadhan ,dan takdirkan kami termasuk golongan orang orang yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan dasar iman dan berharap pahala. Hingga akhirnya kami beruntung mendapat pengampunan dosa dan bertempat tinggal dalam surga dan bebas dari sentuhan api neraka. 





-SALAM SYA'BAN & SELAMAT BERAMAL-

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!