Tak Berapa Nak Canggih. Tapi Bolehlah.

Mac 14, 2022

Relaxation

Lepas tamat riwayat laptop Syu bulan Januari lepas, agak sukar sikit untuk Syu luangkan masa berblog  😌. Entri tetap ada. Tapi, kebanyakkannya Syu buat siap-siap di pejabat. Sejak dari hari tu, bermulalah misi Syu mencari laptop yang lain.



BACA JUGA



Laptop lama Syu tetap simpan sebab masih lagi boleh dipakai. Cuma perlu tukar skrinnya sahaja. Kalau tak boleh dibaiki sekalipun. Komponen-komponennya masih ada nilai & boleh dijual. Cuma nak kena ambil masa sikitlah nak bagi berancai satu persatu 😂 - Ingat Syu rajin?



Setelah sebulan lebih bercari. Akhirnya dapat juga. Laptopnya tidaklah canggih mana pun. Almaklumlah, laptop terpakai 😁. Lepaslah untuk Syu menulis blog & buat kerja-kerja printing sikit. Kalau ikutkan Syu malas nak berbeli laptop sebenarnya. Tapi, bila encik suami tengok rutin harian kita macam bosan & nampak free saja di rumah.


Maka dipaksanya juga Syu beli laptop. Nak tak nak Syu turutkan saja. Lagipun Syu letih nak menjawab pertanyaan encik suami hari-hari 😌 - "Awak tak berblog ke hari ni?" takpun "Awak dah berhenti berblog ke?". Pertanyaan samalah yang asyik diulang-ulang. Padahal dekat pejabat kita dah siap-siap buat entri untuk blog sendu kita ni 😁.


 Toshiba satellite L745


Kalau korang nak tahu, laptop ni Syu beli di aplikasi Mudah.my. sahaja 😅. Masuk hari ni, kiranya belum sampai seminggu pun lagi laptopnya ada ditangan Syu. Masa tengah riki-riki (Survey) harga hari tu, rasa macam berbelah bahagi juga sebenarnya. Nak beli laptop baru atau second hand? Tapi setelah menilai semula tahap ketebalan dompet. Maka, Syu pilih untuk beli laptop terpakai sahaja. Cukup sekadar boleh digunakan untuk menaip & buat kerja-kerja printing dokumen sahaja.



Pada awalnya Syu berkenan Toshiba Satelite L850  ni. Tapi, malangnya dah sold out pula. Jadi, abang yang jual laptop tu rekemen laptop yang lain sebagai pengganti. Jenama yang sama juga. Cuma model & pemprosesannya (Processor) sahaja berbeza - Toshiba Satelite L745. Berhari jugalah Syu berfikir sebenarnya. Selepas berfikir panjang & buat perbandingan sana sini. Akhirnya Syu setuju untuk beli laptop abang tu suggest.


Toshiba Satelite L850
Berkenan yang ini. Tapi dah ada yang merisik - SUMBER FOTO : Icecat 

Pada Syu, harga RM430 tu boleh dikatakan murah & masuk akal jugalah sebenarnya untuk standard laptop terpakai. Padanlah kondisinya dengan harga. Kalau ada calar-calar manja sikit tu adatlah. Nama pun laptop second hand kan. Nak laptop harga murah spek kayangan memang tak dapatlah. Kalau demand hendakkan kondisi laptop 100% sempurna luar & dalam. Beli sahaja yang baru. Itu yang sebaiknya. Tapi kasar sikitlah belanjanya 😜. 

Comments

  1. hai awak... saya dah follow back awak. cantik blog awak saya suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah & follow. Alah, blog biasa-biasa jer 😅. Template pun beli kat orang.

      Padam
  2. tak pa kak. janji masih boleh pakai. nurin memang kena beli lappy baru sebab nak buat keja memang fully pakai lappy. huhu

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Tak pe ada rezeki bila-bila nanti beli baru.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah
    Mudahlah kerja2 memblog lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin Allahumma Aamiin (آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن)

      Padam
  5. Laptop uncle ni dah 120 tahun umurnya... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriuslah uncle. Ke kena buang kosong dekat belakang 120 tu? Ha3 😜.

      Padam
  6. Oklah tu..
    Dah kaya sok apa ada Hal nak beli yg rege 3k 4k bagaikan.

    Laptop office yg boss bekal utk Ammi park kat rumah pun beli yg 2nd je...ok je takat ni. Laju

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaya? Aamiin Allahumma Aamiin *Amin kan jer*
      Entah bila kayanya? Ha3

      Apadahal laptop 2nd hand. Asalkan boleh berfungsi. Nak laju lagi boleh tambah RAM.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!