Tulis penat-penat. Tapi yang membacanya boleh dikira dengan jari. Susah sangat ke menulis artikel blog ni sampai tak ada orang nak baca? Padahal konten dah padu & meletup. Di mana silapnya? Di sini Syu senaraikan tips menulis blog yang menarik & mesra carian enjin (search engine) supaya korang boleh :
- Meningkatkan trafik blog
- Menjadikan artikel yang korang tulis keywords friendly di enjin carian
- Digemari audiences setiap masa
1) TOPIK & TAJUK
Nak pilih topik & tajuk pun tak boleh sembrono ya. Tambah-tambah pada penulis blog yang menjadikan menulis ni sebagai kerjaya sepenuh masa & sumber pendapatan. Jadi, pilihlah topik & tajuk dengan sebaik-baiknya untuk artikel yang bakal ditulis pada blog.
Topik blog yang macam mana yang sesuai?
Intipati utama kepada perkara yang ditulis di blog kita panggil sebagai topik - Cth : Resepi, advertorial, sukan, tutorial, hiburan dll. Untuk pemilihan topik sebaiknya kita pilih topik yang :
- Ada kaitan dengan niche blog
- Menarik & diminati pembaca
- Trending & evergreen untuk jangka masa yang lama - Topik yang tak lapuk dek hujan & tak lengkang dek panas.
SUMBER FOTO : GoHighBrow |
Nak pilih tajuk yang macam mana?
Tajuk blog merujuk kepada judul utama (Headlines) yang bakal korang tulis pada blog. Pemilihan tajuk blog yang betul & tepat sememangnya sangat membantu dalam meningkatkan trafik blog. Sebaiknya, tajuk yang dipilih mestilah :
- Menarik & menonjol - Fokus pada keywords pertama & tiga keywords yang terakhir (Salesforce.com)
- Ringkas & padat - Sebaiknya kurang dari 10 patah perkataan
- Mengandungi keywords yang ada permintaan di enjin carian (Search engine)
- Mempunyai keywords yang mesra carian (Organic search)
Sebelum menulis tajuk artikel pada blog, ambil pusing juga soal keywords terlebih dahulu. Supaya korang boleh kenal pasti tajuk artikel yang macam mana yang dicari & trending. Keyword yang mesra carian menentukan sejauh mana posisi artikel korang dalam enjin carian.
Sekiranya keywords pada tajuk yang korang tulis mesra carian. Maka, tajuk entri blog korang akan dipaparkan pada ranking teratas dalam senarai cadangan search engine. Ini sekaligus membuktikan yang tajuk korang tu sangat-sangat organik.
Sebaiknya korang buat keywords research terlebih dahulu supaya korang tahu topik & tajuk yang macam mana yang audiences suka cari & baca. Sekurangnya korang tak rasa rugi dengan feedback yang bakal korang terima dari hasil artikel yang korang dah terbitkan.
2) SAIZ & JENIS TULISAN (Fonts)
Sumber Foto : Renderforest.com |
Mungkin pada pandangan mata kita, saiz & jenis fonts yang digunapakai dah cukup terbaik untuk artikel yang kita dah tulis. Hakikatnya, tidak pada sudut pandangan pembaca.
Jenis tulisan yang serabut & terlampau fancy sebenarnya menyakitkan mata & menyukarkan pembaca untuk memahami artikel yang dah ditulis. Jadi, pilihlah jenis tulisan yang bersesuaian. Begitu juga dengan saiznya. Tulisan terbaik adalah tulisan yang :
- Menonjol & menyerlah
- Tulisan yang minimalis & mesra mata - Cth: Roboto, Georgia & Trebuchet
- Elakkan tulisan berangkai & berkerawang - Cth : Sacramento, Parisienne & Pinyon Script
- Saiz yang sesuai untuk dibaca di skrin dekstop/laptop & telefon - 16 pt & ke atas adalah pilihan yang terbaik
3) FORMAT PENULISAN
Menulis artikel di blog tak sama seperti kita menulis karangan masa sekolah dedulu. Ianya bebas & tak terikat pada apa-apa format spesifik pun.
Secara kasarnya, masih ada diselitkan elemen asas penulisan seperti PENGENALAN, ISI & PENUTUP/KESIMPULAN dimasukkan ketika menulis. Selebihnya bergantung kepada strategi penulis untuk tarik minat pembaca. Tapi sebaiknya artikel yang ditulis hendaklah :
- Mudah dibaca & difahami
- Mempraktikkan penggunaan H1,H2,H3 (Headings, subheadings & paraghraph) dengan betul semasa menulis
- Di highlight kata kunci & poin utama - Penggunaan bold, italic, underline mahupun mengubah warna & latarbelakang (Text color & text background color) sangat digalakkan bagi menyerlahkan poin yang cuba hendak disampaikan kepada pembaca
- Gunakan bulleted & numbered list
- Ayat yang ringkas, padat & jelas
- Menggunakan tanda baca yang betul
- Perenggan pendek & tidak terlalu panjang
- Gunakan singkatan & istilah/jargon yang mudah difahami pembaca - sebaiknya sertakan sekali pautan luar untuk makna perkataan & istilah tu
4) PENGGUNAAN IMEJ & VIDEO
Asyik baca tulisan saja membosankan juga. Sekali sekala kena selitkan juga beberapa keping gambar mahupun video dalam artikel supaya pembaca rasa terhibur & stay lebih lama untuk membaca artikel korang sampai habis. Selain itu juga, pengunaan imej seperti infografik, gambarajah, grafik statik & beranimasi (Cth : GIF) sangat berkesan untuk memudahkan pemahaman pembaca.
SUMBER FOTO : Blogtyrant.com |
- Gunakan saiz & skala imej yang bersesuaian - Imej yang bersaiz besar menyebabkan blog lambat loading
- Format imej yang terbaik & cepat loading - JPEG, WEBP atau AVIF
- Imej yang ada kaitan dengan tajuk artikel - Cerita pasal makanan. Tiba-tiba dalam entri muncul gambar binatang. Memang tak kena langsung.
- Jelas & tidak blur
- Grafik statik & bergerak mampu meningkatkan pemahaman pembaca
- Responsif untuk dipaparkan dalam apa jua mode
5) IKLAN
Selit iklan pada artikel memang bagus. Sebab dari iklan itulah penulis blog dapat menjana pendapatan. Tapi harus diingat satu perkara. Nak selitkan iklan pun kena berpada-pada juga. Kalau boleh, pastikan iklan yang diletakkan jangan sampai mengganggu konsentrasi & merimaskan pembaca untuk membaca.
Artikel mahupun blog yang terlampau sarat dengan iklan, boleh menyebabkan pengunjung jadi serik untuk membuat kunjungan. Kalau boleh, dalam satu artikel paling kurang selitkan 3-4 iklan (In-article ads) sahaja. Bergantung kepada panjang artikel yang korang tulis. Jangan tamak letak iklan. Sebab ketamakkan tu akan mempengaruhi mood pembaca yang membaca.
Cuba belajar letakkan diri korang pada situasi si pembaca. Sudah semestinya korang akan berasa rimas & menyampah tengok iklan yang melampau-lampau kan? Tambah-tambah pop up ads yang suka muncul tiba-tiba & bukan-bukan hala pada artikel. Tak salah nak letak iklan pada artikel & blog. Cuma jangan melampau-lampau.
6) PENGGUNAAN CTA (Call-to-action)
Pernah dengar YTubers cakap - "Jangan lupa tekan butang LIKE, SHARE & SUBSCRIBE"? Kalau korang nak tahu itu antara salah satu contoh call-to-action (CTA) yang dilakukan secara verbal untuk galakkan audiences bagi sokongan. Bila diajak & disuruh semestinya akan ada tindakan susulan dari audiences korang.
Sumber Foto : Marketing91.com |
CTA tu apa?
CTA tu sebenarnya merupakan ajakan & galakkan kepada audiences untuk bertindak lebih lagi pada artikel yang telah ditulis pada halaman blog. Kita sedia maklum yang menulis di blog tak sama seperti kita berkomunikasi secara verbal. Bila kita nak audience bagi respon. CTA antara salah satu caranya.
Misal kata korang ada tulis satu artikel ni. Tapi artikelnya macam dah sendu. Gunakan CTA ni supaya artikel sendu korang tu hidup kembali. Jangan lupa sertakan pautannya sekali supaya pembaca korang senang nak baca.
Bila penggunaan CTA korang berkesan, secara automatik korang berjaya menarik minat pembaca untuk stay lebih lama di halaman blog. Bermula dari satu halaman, pembaca akan pergi ke halaman yang lain. Antara contoh CTA yang selalu digunakan pada artikel :
➣ BACA JUGA
Penggunaan CTA yang betul bukan sahaja dapat meningkatkan pageviews. Malah, dapat mengoptimumkan peratusan bounce rate blog - Bounce rate optimum adalah dalam linkungan 26% - 40%. Nak letak CTA pun mesti kena dengan caranya juga. Sebaiknya CTA :
- Diletak pada tempat yang sesuai
- Ringkas & sederhana
- Tidak terlampau kerap diletakkan pada artikel atau pada halaman blog - 2 ke 3 CTA sudah memadai untuk satu-satu artikel
7) PENULISAN YANG SANTAI & BERSAHAJA
Penulisan yang santai & bersahaja memudahkan penyampaian serta memudahkan pemahaman pembaca. Tapi, harus dititik beratkan juga dari aspek penggunaan bahasa supaya artikel yang ditulis tu mudah untuk dialih bahasa.
Harus diingat, pembaca blog tak semestinya dari negara kita. Ada juga pembaca dari negara luar. Jadi, tulislah artikel menggunakan bahasa & ayat yang mudah diterjemah oleh Google translate supaya pembaca dari luar dapat memahami setiap bait ayat yang ditulis pada artikel.
Kesimpulannya, penulisan entri yang menarik bukan sahaja dapat mengekalkan mood & minat pembaca untuk stay lebih lama di halaman blog korang. Malah, ianya sekaligus dapat meningkatkan pageviews juga. Blog yang mempunyai hasil penulisan yang menarik, mesti takkan putus dengan audiences.Jadi, teruskan menulis artikel blog yang menarik & berkesan.
Sumber Rujukan
Tips creating great blog - Hostgator
15 Types Of Blog Post Titles That Get Clicked - LoctionRebel
Types of CTAs : 6 Types of Call to Action - Active Campaign
wah tq kak atas tipsnya.
BalasPadamYour welcome 😊💕
PadamNice sharing.. thank you syu
BalasPadampart nak pilih tajuk tu yg slalu ammi fail
BalasPadamNice kak Syu. Thank you sharing!
BalasPadamTerima kasih. Perkongsian yang bagus.
BalasPadamTerima kasih, nice sharing...
BalasPadambaca beria nanti nak buat entri mesti lupa...aduhla
BalasPadamgood post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com
BalasPadamTq share
BalasPadamwah. terima kasih atas tipsnya.
BalasPadamSama2. Terima kasih sudi baca perkongsian Syu yang tak seberapa ni 😊💕.
PadamWahhhh terima kasih Syu atas tipsnya. Nak tanya Syu ada buat design untuk blog ke? KSarie berangan macam nak tukar blog KSarie
BalasPadamSama2 K. Sarie
BalasPadamActually, Syu tak buat servis design blog. Template blog ni pun Syu beli dekat Etsy lepas menang giveaway 😂. Setakat adjust kod html sikit2 tu bolehlah. Itupun try & error banyak kali ðŸ¤.
Mungkin K. Sarie boleh guna servis dari blogger Alien Oren (AO). Dia ada buat servis tukar design blog.