Cara Pasang Webcam Cover

Mac 24, 2022

Webcam Lense Cover

Syu tak ingat bila Syu beli webcam covers ni. Yang pasti Syu masukkan dalam troli Shopee sebab nak mencukupkan RM15. Kalau tidak memang tak dapatlah Syu guna free shipping voucher dari Shopee masa nak checkout. Harganya tak mahal mana pun. Cuma 28 sen sahaja sekeping.


Webcam cover ni Syu beli tak banyak pun. Dalam 6 keping saja. Lagipun nak buat apa beli banyak-banyak. Bukan ada banyak laptop pun di rumah. Masuk yang baru beli ni pun baru ada 2 biji laptopnya. Jadi, masa tu memang rasa tak perlu pun nak beli banyak-banyak.


 

Nak dijadikan cerita. Minggu lepas. Syu tak sangka kena attend kursus online CIDB. Disebabkan company tak ada sediakan laptop mahupun PC berkamera. Nak tak nak terpaksalah Syu guna laptop sendiri untuk attend course. Nasib baik masa tu Syu dah beli laptop - Beli secondhand jer. Kalau tidak, memang jenuhlah nak join zoom meeting guna smartphone selama 2 hari.

 

Dekat laptop Syu yang lama Syu dah pasangkan dah. Cuma pada laptop yang baru saja Syu belum pasangkan lagi. Ingatkan nak biarkan saja laptopnya tanpa webcam cover. Tapi memandangkan esoknya nak kena tayang muka live guna webcam, jadi Syu pasangkan sajalah webcam cover pada laptop Syu siap-siap. Ingatkan dah tak nak pakai dah benda ni. Siapa sangka. Rupa-rupanya berguna juga.



Cara pasang webcam cover

 

Nak pasang webcam cover ni tak susah mana pun sebenarnya. DIY pun boleh. Cuma perlu berhati-hati sedikit supaya tak tersalah pasang. Selain laptop, webcam cover ni boleh juga dipasang pada tablet, PC & juga smartphone. Tapi, kena pastikan saiznya betul-betul sesuai. Untuk pemasangan, korang boleh ikut 4 langkah mudah ni :

 



LANGKAH 1 : Bersihkan kawasan permukaan webcam dari sebarang habuk & kotoran - Sebaiknya gunakan pad berakohol

LANGKAH 2 : Tanggalkan pelekat pada bahagian belakang lense cover 

LANGKAH 3 : Tampalkan pada bahagian webcam  & tekan sedikit supaya webcam cover betul-betul melekat - Elakkan cover dari menutupi lampu sensor & webcam

LANGKAH 4 : Gerakkan cover ke kiri & kanan untuk aktif/nyahaktifkan fungsi webcam



Perlu ke letak webcam cover?

 

Terpulang pada korang selaku empunya laptop. Nak letak boleh. Tak nak letak pun tak mengapa. Ada sesetengah orang macam Syu agak paranoid sedikit bila sesi tayang muka secara live ni. Manalah tahu kan, masa tengah live tu tiba-tiba tangan sibuk nak korek hidung ke apa 😂. Nanti tak pasal-pasal seantero dunia nampak adegan tak semenggah tu. 


Webcam Cover
SUMBER FOTO : Cameron Summerson


Demi menjaga privasi & mengelakkan perkara tak diingini berlaku, ada baiknya juga letak webcam cover sebagai langkah berjaga-jaga. Selain untuk privasi, webcam cover juga mampu mengurangkan potensi dari digodam oleh hackers & diakses oleh orang ramai tanpa pengetahuan kita. Jadi, ada manfaat juga penggunaan webcam covers pada webcams ni sebenarnya.


Lebih daripada 15,000 kamera web terdedah kepada serangan & mudah diakses oleh orang ramai


- Chase Williams -


Ada sesetengah laptop baru mungkin dah sedia ada dilengkapkan dengan webcam cover. Jadi, tak perlu risau lagi nak pasang pada webcam covers atau pun tak.



➣ BACA JUGA



Apple tak berapa galakkan

 

Untuk produk jenama Apple seperti MacBook, MacBook Air mahupun MacBook Pro. Pihak Apple tak berapa galakkan penggunaan webcam cover ni. Sebab dikhuatiri akan menjejaskan fungsi & kualiti kamera sedia ada - sensor cahaya, pencahayaan & true tone.


Walaubagaimanapun, pihak Apple tidaklah terlalu rigid dengan penggunaan/pemasangan webcam covers ni. Misal kata korang nak pasang juga. Ada beberapa guidelines yang korang perlu patuhi sebelum membuat pemasangan webcam covers. Antaranya :


  • Ketebalannya tak lebih dari ketebalan purata sehelai kertas (0.1mm)

  • Elakkan webcam covers yang mudah meninggalkan sisa pelekat

  • Keluar/tanggalkan sebelum menutup laptop - Untuk ketebalan webcam cover yang melebihi 0.1mm



Jenis-jenis webcam covers

 

Di luar sana ada bermacam-macam jenis rekabentuk webcam lense cover yang korang boleh beli. Terpulang pada citarasa korang nak pilih jenis yang macam mana. Asalkan saiznya nipis (<0.1mm) & bukan diperbuat dari material yang keras seperti besi. Sebab dikhuatiri akan merosakkan webcam korang.


Antara jenis webcam cover yang ada terjual dipasaran adalah : 

 

Webcam lense cover
SUMBER FOTO : Shopee

 

  • C-slide || Boleh dilarakan ke kiri & ke kanan. Ada juga yang boleh dilaras ke atas & ke bawah.
  • Pita pelekat || Rupa seakan-akan pita pelekat biasa. Tapi direka khas untuk menutup permukaan webcam.
  • Berengsel || Boleh dibuka tutup macam buka tingkap
  • Berpenutup || Penutupnya boleh dicabut & dipasangkan semula
  • Klip || Hanya perlu disepitkan pada webcam


Pilihan webcam cover yang macam mana korang nak, itu terpulang. Asalkan ianya tak memberikan kesan yang buruk pada laptop. Jadi, pilihlah webcam cover korang dengan bijak.



Sumber rujukan


  1. Why You Should Use a Webcam Cover - Cameron Summerson

  2. Don't close your MacBook, MacBook Air, or MacBook Pro with a cover over the camera - Apple.com

  3. How Do You Cover a Webcam? C-Slides, Stickers, & More - qualitylogoproducts.com


Comments

  1. ohhhh baru tahu ada webcam cover, menarik jugak....

    BalasPadam
  2. Saya pernah ada kes yang sedih di mana saya terbukak web cam dan waktu tu saya tak pakai tudung. Allahu tercegang juga. Memang lepas kejadian tu beli terus penutup camera

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😳 Allah...yeke? Benda-benda macam ni lah yang akak takut jadi bila on webcam. Kadang-kadang tak perasan yang kita tengah live. Yang orang lain dok perati kita buat itu ini 😥.

      Padam
  3. tak pernah guna lagi ni. orang cakap berguna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berguna. Belilah dalam sekeping dua. Bukan mahal mana pun 😁.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!