April 30, 2022
Biskut Florentine Cornflakes Mudah & Jimat
BISKUT FLORENTINE CORNFLAKES MUDAH & JIMAT || Biskut florentine ni biasanya dibuat menggunakan kekacang. Kalau guna kekacang macam almond kosnya agak mahal sikit. Jadi, Syu buat biskut florentine versi jimat menggunakan cornflakes serta ditambah sedikit kekacang & bijian supaya balance rasanya.
Biskut florentine cornflakes ni memang senang sangat nak buat. Bahan-bahan yang diperlukan pun memang ringkas & affordable jika dibandingkan dengan biskut florentine yang biasa.
Rasanya pun boleh tahan sedap juga. Syu jamin, biskut ni mesti laku keras jika dibandingkan dengan biskut-biskut raya yang lain. Cubalah buat. Masih ada masa lagi sebelum munculnya hari raya.
➣ NAK TEPUNG FLORENTINE MURAH? BELI DEKAT SINI
- Florenta (500g) - RM15.90
- Myice (500g) - RM13.90
- Flomix (600g) - RM14.80
- Bakerman (500g) - RM15.00
- Yusuf Taiyoob (600g) - RM13.30
Resepi & cara pembuatannya
Biskut ni kena buat banyak. Makan sekeping tak cukup. |
Nak buat biskut ni wajib ada tepung florentine ya. Tak ada tepung ni memang tak jadi biskutnya. Dari segi pemilihan brand tepung. Terpulang korang nak pakai tepung florentine brand apa sekalipun. Sebab hasilnya tetap sama.
Macam Syu, Syu pakai jenama Bakerman. Sebab brand ni jer yang Syu nampak murah di kedai barang-barang bakeri. Untuk setengah kilo tepung florentine ni boleh digunakan untuk sekotak cornflakes. Jom kita tengok bahan-bahan & cara nak buat biskut ni.
BAHAN-BAHAN
500g - Tepung florentine
500g - NESTLE Cornflakes
250g - Pumpkin [Nak letak lebih pun boleh]
4 Sdb. - Bijan hitam [Optional]
CARA-CARA
- Sangaikan terlebih dahulu pumpkin seed bersama biji bijan kemudian biarkan sejuk seketika - Syu sangai dalam oven saja. Suhu 160℃ selama 5 minit.
- Dalam bekas lain. Ramas kasar cornflakes sehingga separa hancur.
- Masukkan pumpkin seed, biji bijan & tepung florentine. Gaul rata.
- Masukkan ke dalam cupcake tray. Kemudian bakar selama 5-10 minit pada suhu 160℃
- Sejukkan seketika kemudian baru dikeluarkan dari tray.
- Masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk elakkan biskut dari masuk angin.
Bila campur dengan pumpkin seeds & bijan tak adalah biskutnya nampak kosong jer. |
TIPS TAMBAHAN
- Cupcake tray boleh digantikan juga dengan papercup
- Keluarkan biskut lepas biskut dah sejuk. Kalau tidak biskut akan senang berderai
- Nak biskut florentine cornflakes yang sedap, sebaiknya guna cornflakes dari jenama NESTLE
April 29, 2022
Tindakan Susulan Selepas Hampir RM4K Lesap Dari Maybank
Masih terkesan lagi dengan hal semalam. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Semalam buat laporan polis. Hari ni Syu proceed pula dengan urusan di Maybank. Syu tak pasti samada usaha Syu ni dapt membuah hasil atau pun tidak. Syu ikhtiar saja. Selebihnya Syu tawakal & berserah. Rasa terkilan & sedih tu tetap ada. Tapi, apalah daya Syu. Andai tak ada rezeki, Syu kena redha. Walaupun terpaksa 😞.
Hilang Kepercayaan
SUMBER FOTO : The Jed Foundation |
Bila jadi macam ni, Syu jadi agak terkilan & hilang kepercayaan dekat institusi perbankan. Bukan apa, nak simpan duit sendiri dalam akaun bank sendiri pun dah rasa tak selamat. Sebab sistem keselamatannya terlampau fragile & lemah sampai senang sangat diceroboh orang lain. Kalau tak silap Syu, dalam beberapa hari lepas ada berlaku isu melibatkan Maybank juga. Dengar cerita baki akaun tiba-tiba jadi kosong sampai ramai yang mengeluh di socmed.
Akaun & Kad Maybank disekat
Lepas Syu buat laporan di Fraud Hotline semalam. Akaun berserta kad debit Maybank Syu secara automatik telah disekat dari sebarang transaksi. Jadi, nak tak nak Syu terpaksa pergi ke Maybank berhampiran hari ni untuk buat kad baru & reset segala ID & password yang berkaitan - Terbang lagi RM12 kat sini.
Sebelum Syu pergi ke Maybank, Syu dah prepare laporan polis awal-awal. Jadi, masa Syu buat penukaran kad tadi Syu terus selitkan sekali laporan polis yang Syu dah buat semalam kepada pihak Maybank. Masa ni nanti pegawai akan sediakan satu borang ("Dispute form") supaya tindakan susulan boleh diambil ke atas mana-mana transaksi yang telah dibuat diluar pengetahuan kita.
Inilah salinan dokumen yang ada ditangan Syu sekarang ni. Yang tanda merah-merah tu semua transaksi yang dibuat tanpa pengetahuan Syu. |
Sementara benda ni masih fresh dalam otak Syu. Syu ringkaskan tindakan yang korang perlu ambil sekiranya korang berhadapan dengan situasi yang sama macam Syu ni. Semoga bermanfaat.
- Telefon Customer Care Hotline/ Fraud Hotline Maybank untuk membuat sekatan akaun
- Buat laporan polis & nyatakan :
- Tarikh & waktu kejadian
- Nombor akaun
- Jumlah transaksi
- Lokasi buka akaun
- Serba sedikit keterangan berkenaan kejadian
- Email laporan polis ke cybersecurity.echannels@maybank.com.my
- Buat penukaran kad serta pengaktifan semula akaun Maybank di mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan
- Isi & hantar dispute form berserta laporan polis yang telah dibuat - Borang ni pengawai bank yang bertugas akan guide korang macam mana nak isi
- Bila dah selesai jangan lupa minta salinan dokumen dari pihak bank untuk rujukan di masa akan datang
Boleh dapat balik ke duitnya?
Semalam Syu tanya sendiri pada operator Fraud Hotline. Operator tu cakap dia tak pasti samada boleh dapat balik atau pun tidak duitnya. Tapi, berdasarkan apa yang pegawai Maybank yang Syu jumpa pagi tadi. Katanya, kebarangkalian untuk dapat semula duit tu balik adalah 50-50 😔.
Bergantung pada nasib juga sebenarnya. Sebab scammers ni bijak dalam bab-bab duit ni. Sometimes diaorang sengaja biarkan akaun diaorang kosong sampai pihak bank susah nak buat penarikkan semula duit. Misal kata berjaya sekalipun. Mungkin akan memakan masa yang agak lama.
Pada Syu, tak kisahlah lambat atau cepat. Asalkan dapat duitnya balik. Macam kondisi Syu ni, kebarangkalian untuk dapat semula duit tu mungkin ada & mungkin juga tak ada. Andai Syu tak dapat duit Syu ni. Syu doakan semua hackers & scammers yang melongsap duit Syu ni tak bahagia dunia akhirat.
Jahat sangat makan duit hasil titik peluh orang. Memang keji & parasit betul perangai. Yang kita ni bersusah payah bersengkang mata cari duit. Diorang pula senang-senang saja sapu duit orang macam tu saja semata-mata nak isi tembolok sendiri.
April 28, 2022
Hampir RM4K Lesap Dari Maybank
Allahuakbar. Memang mengucap panjang bila terkena ujian macam ni hari ni. Dengan nak dekat raya. Gaji pula tak masuk lagi. Lepas tu, akaun dalam bank habis kena songlap. Nak dijadikan cerita, hari ni Syu banyak buat transaksi pemindahan duit ke akaun Maybank. Entah macam mana masa balik tadi Syu terdetik nak cek akaun. Tup2, tinggal baki dalam akaun cuma RM1,900 sahaja. Padahal banyak duit Syu dah transfer tadi.
Masa ni memang dah berderau darah dah. Sekarang ni pun sama. Allah jer yang tahu apa Syu rasa sekarang ni. Tapi Syu tenangkan juga diri untuk bercerita sebab Syu tak tahu nak luahkan dekat mana 😔. Serius. Memang buntu fikiran Syu sekarang ni. Risau. Takut duit tu tak dapat balik. Bukan sikit-sikit. Banyak pula tu.
Nak tak nak, masa keluar pejabat tadi Syu terus buat laporan ke pihak Maybank pasal hal ni untuk buat sekatan akaun. Pihak Maybank sarankan Syu buat report polis & kemudian hantar laporan tersebut melaui email atau terus ke cawangan Maybank berdekatan. Tapi masa tu dah pukul 5 petamg. Dah sah-sah bank dah tutup.
Tak tahulah boleh dapat balik atau tidak duitnya 😭. |
Jadi, Syu paksakan diri buat laporan polis di balai Polis Pasir Puteh, Ipoh. Walaupun, hujan turun Syu tetap redahkan juga. Almaklumlah, isunya terlalu besar. Tambah-tambah bila melibatkan wang ringgit. Sudahlah kita ni bukan datang dari keluarga yang senang. Duit pula senang-senang saja kena cekau dek orang. Allahuakbar.
Memang berat ujian tahun ni
Memang sedih & pilu sangat bila time nak dekat raya kena macam ni. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Duit yang Syu simpan dalam bank habis kena kebas dek scammer/hackers. Syu sendiri pun tak tahu macam mana boleh jadi macam nk. Bukan sikit-sikit. Hampir RM4,000.00 jugalah disapunya.
Sekarang ni memang rasa down sangat-sangat. Tak tahu nak buat macam mana lagi. Report polis semua Syu dah submit ke pihak Maybank. Harap-harap Syu boleh dapat semula semua duit Syu tu. Paling kurang dapat 70% pun jadilah.
Husband belum tahu lagi
Buat masa sekarang husband Syu tak tahu lagi pasal hal ni. Kalau Syu bagitahu, mahu dia mengamuk agaknya. Korang...Macam mana ni? Syu memang buntu sangat-sangat. Tak tahu macan mana Syu nak berterus terang dekat husband Syu pasal hal ni. Allahuakbar. Sedihlah. Raya dah nak dekat. Dah sah-sah nak kena pakai duit banyak. Dengan nak balik kampung lagi. Ya Allah buntunya...Tak tahulah boleh dapat balik atau pun tak duitnya.
April 26, 2022
Resepi Biskut Makmur Crunchy
RESEPI BISKUT MAKMUR CRUNCHY || Biskut makmur antara biskut raya WAJIB ADA di rumah Syu setiap kali raya. Setiap tahun mesti akan buat. Resepi biskut makmur ni memang mudah & senang cara pembuatannya. Dengan menggunakan doh yang sama, korang juga boleh hasilkan dua jenis biskut yang berbeza. Satu biskut makmur & satu lagi biskut arab.
Apa Beza Biskut Arab & Biskut Makmur?
Sebenarnya, biskut arab dengan biskut makmur ni lebih kurang jer sebenarnya. Diperbuat dari bahan doh yang sama. Cuma bezanya satu ada inti & satu lagi tak ada inti. Biskut arab kosong. Biskut makmur ada isi perut kat dalam 😁.
Ada sesetengah biskut arab tu dicampurkan sekali kacang tumbuk dengan adunan. Bergantung pada citarasa tukang buat kuih. Macam Syu, Syu prefer ada inti macam ni. Lembut di luar. Crunchy di dalam.
Biskut makmur dalamnya ada inti. Ada yang letak inti kacang tumbuk & ada juga yang letak kekacang sebiji-sebiji dalam ni - SUMBER FOTO : Cookpad.com |
Resepi & cara pembuatan
Seperti biasa. bahan utama untuk buat biskut makmur mestilah kena ada minyak sapi. Bila guna minyak sapi, baru betul-betul terbit rasa authentic biskut makmur tu. Bukannya gantikan minyak sapi dengan majerin mahupun butter dalam adunan sebagai main ingredient. Hilang keaslian rasa biskut makmur tu nanti.
Memang tak dinafikan yang harga minyak sapi memang mahal. Walau bagaimana sekalipun, tak ada substitute ingredient kepada minyak sapi dalam resepi biskut makmur mahupun biskut arab. Sebaiknya, kekalkan penggunaan minyak sapi asli untuk buat biskut ni.
Lepas dibedak, letak dalam papercup macam ni. Tak ada gulanya terabur. |
Waima korang replace dengan majerin/butter campur susu pun rasanya tetap tak kena. Nak tambah majerin/butter boleh. Tapi, dalam sesudu dua sahaja sekadar tambahan. Yang penting bahan wajib ada adalah minyak sapi. Baru sedap rasa biskutnya. Jom kita tengok resepi biskut makmur crunchy versi Syu.
BAHAN-BAHAN
2 cwn. - Tepung Gandum [Disangai & diayak]
1/2 cwn. - Minyak sapi
1/4 cwn. - Gula kastor
1/3 cwn. - Gula aising
2 Sdt. - Susu tepung [Optional]
Kacang tanah [Disangai & dikisar kasar]
Susu pekat
Papercup
CARA-CARA
- Gaul sebati tepung gandum, gula kastor, minyak sapi sehingga menjadi doh - Pastikan adunan tak melekat di tangan
- Campurkan kacang tanah & susu pekat untuk dijadikan inti
- Ambil sedikit doh & masukkan inti ke dalam & kemudian bentukkan
- Letakkan doh yang sudah dimasukkan inti di atas loyang & bakar pada suhu 180℃ selama 30 minit atau sehingga biskut masak
- Biarkan sejuk sekejap, kemudian baru salut dengan campuran gula asing & susu tepung
- Masukkan dalam papercup untuk nampak lebih presentable
April 25, 2022
Maaf Atas Kelewatan
Assalamualaikum semua. Lama betul Syu menyepi yer. Last entri cerita pasal e-Latih. Lepas tu menyepi sampai ke sudah. Ada yang rindu tak 😁? Diharapkan semua rakan-rakan Blogger Syu sihat-sihat belaka. Bukan apa, raya just around the corner. Ditambah cuti panjang pula tu. Tak syiok beraya bila nikmat kesihatan kena ambil. Kan? Jadi, stay safe di mana jua korang berada.
SUMBER FOTO : Idiot Doodle |
Sejak beberapa hari ni jarang Syu post entri. Almaklumlah, bila Ramadhan menjelma jadual harian ada sedikit berubah berbanding bulan-bulan biasa. Banyak perkara yang kena difokuskan selain berblog. Sampai tak sempat nak create apa-apa cerita di Blogger. Singgah pun sekadar approve beberapa komen yang ditinggalkan dek rakan-rakan sahaja.
Bulan Januari yang lalu Syu ada announced senarai my top 5 bawangians 2021 & follower ke-100 blog Syuderis.com. Maaflah, baru hari ni Syu sempat hantar. Mesti ada yang tertunggu-tunggu sampai sekarang hadiahnya kan. Minta maaf sangat-sangat atas kelewatan. Jangan risau. Hadiahnya ada Syu sediakan. Insyaallah, dalam masa beberapa hari lagi akan ada abang courier jengah rumah korang hantar parcel. Sabar ya.
Kenapa Lambat Sangat Hantar?
Alah. Sorilah. Janganlah marah tau. Sejujurnya, Syu tak tahu nak bagi hadiah apa dekat korang 😅. Rancangan asalnya nak jahit jewelry pouches as momento. Disebabkan kekangan masa, Syu tak dapat nak buatkan. Kain dah siap dah Syu potong. Malangnya sampai ke hari ni tak bersentuh kainnya. Tak menang tangan. Pergi kerja, buat kerja. Balik kerja pun buat kerja juga. Tak larat nak hadap jarum & benang segala.
Bagi mengelakkan korang tunggu lebih lama - Ini pun dah cukup lama dah sebenarnya. Ada baiknya Syu gantikan dengan hadiah lain yang lebih bermakna. Kalau ikutkan nak hantar hadiahnya bulan lepas. Tapi dek kerana sibuk memanjang - Tak tahulah apa yang disibukkan sangat tu. Sampai ke sudah tak terhantar-hantar.
Alang-alang tahun ni Syu tak ada buat apa-apa giveaway raya macam tahun sebelum ni. Syu fikir ada eloknya Syu ganjakkan penghantaran hadiahnya di bulan Ramadhan ni. Bolehlah Syu bagi surprise untuk hari raya sekali.
Ini cuma teaser sahaja. Ada lagi hadiah lain yang Syu letak 😁. Harap sempat sampai ke tangan korang sebelum raya. |
Hadiahnya tak ada lah gah mana pun. Tapi, bolehlah untuk dijadikan kenang-kenangan antara kita sesama sahabat maya. Walaupun tak pernah jumpa. Ukhwah tu ada. Harap korang suka walaupun hadiahnya Syu hantar lambat. Buat sahabat Blogger lain yang tak tersenarai as top bawagians, jangan bersedih okey. Teruskan mengomen tanpa serik. Insyallah. Ada habuan untuk korang di kemudian hari.
By the way, dikesempatan ini juga. Syu nak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai kata sepanjang penulisan Syu di Syuderis.com ada mengguris hati korang semua. Semoga Ramadhan yang tersisa ni memberi seribu makna buat kita semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Tunggu hadiah korang sampai dekat rumah okey! Thanks for waiting 😊💕.
April 15, 2022
Kursus Online Percuma Berserta Sijil Di e-LATiH
Sekarang ni, nak cari kursus online percuma memang susah. Kebanyakkan kursus yang ditawarkan semua berbayar. Harga pun boleh dikatakan mahal juga. Masih ada lagi ke kursus online percuma? Ada! Korang pernah dengar pasal portal e-LATiH? Ramai yang tak tahu sebenarnya pasal portal kursus online ni tau. Mari Syu cerita lebih lanjut apa yang menarik pasal portal e-LATiH ni. Teruskan membaca okey!
Apa itu e-LATiH?
Pada yang belum tahu, portal e-Latih ni sebenarnya merupakan platform e-learning PERCUMA atas talian. Ia dilancarkan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDCorp) hasil kolaborasi bersama Go1.
Portal e-LATiH ini telah dilancarkan secara rasmi pada Februari tahun lepas & merupakan salah satu inisiatif kerajaan dibawah Kementerian Sumber Manusia untuk membantu rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan & kemahiran secara atas talian dikala pandemik melanda.
Apa yang menarik pasal portal e-LATiH ni adalah :
- Terbuka kepada SEMUA peringkat umur
- Terdapat LEBIH 1,000 kursus atas talian ditawarkan
- Akses TANPA HAD & PERCUMA
- Pembelajaran SEPANJANG HAYAT
- Disertakan SIJIL selepas tamat kursus
Cara Daftar Akaun e-LATiH
Nak daftar akaun e-LATiH ni tak susah mana pun. Yang penting korang rakyat Malaysia, ada email yang sah, ada internet akses & berminat nak tambah ilmu pengetahuan. Untuk daftar e-LATiH hanya perlu :
- SIGN UP melalui portal e-latih - https://elatih.hrdcorp.gov.my/
- Isikan maklumat pada bahagian ACCOUNT INFORMATION & PERSONAL INFORMATION
- CREATE ACCOUNT
Kursus Apa Yang Ditawarkan?
Portal e-Latih ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan akses tanpa had secara percuma. Buat pencari kerja, pekerja mahupun pelajar, portal e-LATiH ni antara platform terbaik untuk korang tambah ilmu pengetahuan & kemahiran yang sememangnya bagus untuk peningkatan kerjaya.
Terdapat pelbagai kategori kursus yang dibuka untuk pendaftaran di portal e-LATiH ni. Bukan itu sahaja. Setiap kursus yang berjaya ditamatkan disertakan juga sijil (Certificate of completion) sebagai bukti yang korang dah berjaya tamatkan kursus. Memang satu kerugian kalau tak sertai. Sebab banyak ilmu & kemahiran tambahan yang korang boleh perolehi dari portal ni.
Lebih seribu kursus ditawarkan di portal e-LATiH. Pilih saja mana satu yang korang nak. |
Sejujurnya, portal ni sangat bermanfaat & boleh dijadikan sebagai medium untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang seperti pembangunan peribadi, pengurusan projek, kepimpinan, pemasaran & inovasi, pengaturcaraan, pendigitalan, kemahiran kewangan, bahasa, komunikasi dan banyak lagi. Macam-macam boleh belajar.
Buat para blogger, portal e-LATiH ni juga sangat bagus untuk korang tambah ilmu & kemahiran. Sebab ada diselitkan juga kursus asas berkaitan SEO, CSS, Html, Javascript & beberapa ilmu berkaitan teknologi & transformasi digital. Tips menulis & copywriting pun ada tau.
Cara Daftar Kursus
Selepas daftar akaun, korang boleh proceed untuk daftar kursus pula. Terpulang korang nak pilih kursus apa yang korang minat. Untuk enrol kursus hanya perlu :
- PILIH kursus di halaman utama portal e-LATiH
- Klik ENROL NOW untuk mendaftar
- Klik WATCH NOW & tonton ceramah sampai habis, atau
- TANDAKAN BOOKMARKS untuk sertai kursus di kemudian hari
Bila dah selesai tonton ceramah, barulah sijil akan diberikan. Kesemua sijil yang korang dah dapat korang boleh tengok di bahagian dashboard portal e-LATiH. Senangkan? Ilmu dapat. Sijil pun dapat juga. Percuma pula tu. Tak payah keluar duit sesen pun. Bila-bila masa boleh enrol. Yang seronoknya tak ada had waktu ditetapkan untuk attend kursus.
Secara kesimpulannya, portal e-LATiH ni memang sangat bermanfaat buat mereka yang beminat untuk tambah pengetahuan & meningkatkan kemahiran yang ada pada diri. Bukan sahaja bermanfaat untuk peningkatan kerjaya, malah bermanfaat Untuk sebarang FAQ pasal e-LATiH ni korang boleh rujuk DI SINI. Semoga bermanfaat.
April 14, 2022
Cara Buat Sizzling Yee Mee Sedap Tanpa Pakai Hot Plate
Buat sizzling yee mee memang senang. Bahan-bahan pun memang mudah nak cari. Asalkan ada yee meenya. Kalau tidak memang tak dipanggil sizzling yee mee lah ya. Selain buat sizzling menggunakan yee mee. Korang juga boleh gantikan kepada nasi mahupun mee kuning. Nak gunakan kuetiaw pun tak menjadi masalah. Terpulang kepada selera tekak masing. Pada Syu, buat sizzling menggunakan yee mee sedap lagi.
Letak dalam pinggan elok-elok. Takkan nak makan dalam kuali kan. Buruk perangai orang tua-tua kata. |
Siapa kata tak ada hot plate tak boleh buat sizzling yee mee macam dekat food court tu? Boleh ya sebenarnya. Syu dah banyak kali buat. Pakai kuali sahaja. Lagi senang. Tak payah runsing nak berbeli hot plate bagai. Tambah-tambah, bila korang teringin sangat nak makan.
Takkan nak beli & tunggu hot plate korang sampai berminggu-minggu baru nak buat sizzling. Tak payah. Guna kuali pun dah boleh. Tapi, kena pastikan kuali yang digunakan tu kuali jenis nonstick. Kalau tidak, masa nak plating nanti melekat-lekatlah jawabnya sizzling yee mi korang dekat kuali.
➣ TAK NAK PAKAI KUALI? NAK GUNA HOT PLATE JUGA?
Boleh beli hot plate MURAH dekat sini :
Kunci Kesedapan Sizzling
Kalau korang nak tahu, kunci utama kepada kesedapan satu-satu sizzling yee mee tu terletak pada kuah sizzling tu sendiri. Sedap kuah. Sedaplah sizzling yee mee korang. Yang kedua, masa nak makan kena ada cili jeruk yang dalamnya ada rasa masam manis. Tak ada yang ini memang kurang kick. Tapi ada sesetengah orang tak berapa suka cili jeruk. Jadi, pada yang tak suka korang boleh skip 😁. Apa-apa pun jom kita tengok cara buat kuah sizzlingnya terlebih dahulu.
BAHAN-BAHAN
2 ketul - Yee mee kering (Direbus sehingga kembang)
3 Hiris - Halia
6 Ulas - Bawang putih (Dicincang/ditumbuk lumat)
6 Biji - Cili kering
1 Sdk. - Lada hitam
5 Sdt. - Sos tiram
Kicap pekat
Ayam (Terpulang nak letak banyak mana)
7 Ketul - Cendawan Shitake (Dipotong kecil)
Sawi (Dipotong kecil)
Lobak merah (Dipotong kecil)
Tepung jagung (Dibancuh dengan sedikit air)
2 Biji - Telur ayam
1/2 Ketul - Kiub pati ayam
Gula & Maggie Cukup Rasa
Air secukupnya
CARA-CARA
- Tumiskan bawang, halia & cili kering sehingga naik bau
- Masukkan cendawan shitake, ayam & lobak merah
- Tuangkan sedikit sos tiram bersama kicap pekat. Kemudian masukkan sedikit air berserta bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
- Masukkan kiub ayam, sedikit gula, perencah Maggi Cukup Rasa & serbuk lada hitam
- Biarkan kuah memekat sedikit. Kemudian padamkan api
Lepas dah siap buat kuah, barulah korang boleh start buat sizzling yee meenya. Tak lama mana pun masaknya. Sekejap sahaja. Tak sampai 5 minit. Dengan menggunakan kuali nonstick, korang panaskan kualinya terlebih dahulu di atas dapur - Gunakan api sederhana ya. Kemudian masukkan mee & sayur sawi. Diikuti dengan kuah sizzling yang dah dimasak mula-mula tadi.
Tak payah masak lama. 5 minit dah cukup. |
Masuklah ayam sikit. Cendawan Shitake sikit. Kemudian biarkan kuahnya menggelegak sekejap. Lepas tu baru masukkan telur ayam. Telur tu terpulang samada korang nak buat separuh masak atau well done. Misal kata kuahnya nampak kering, korang boleh tambahkan kuah. Padamkan api & sedia untuk dihidang. Memang sedap makan sizzling yee mee ni masa tengah panas 😋.
April 11, 2022
Resepi Laksa Sarawak Paling Simple Guna Pes Laksa Sarawak Haji Manan
Malam tadi teringin sangat nak makan laksa Sarawak. Dah lama tak makan pun sebenarnya. Kali terakhir makan laksa Sarawak masa belajar di Shah Alam dedulu. Itupun kawan yang masakkan. Masa belajar di Sarawak, tak berapa suka. Bila dah duduk semenanjung. Terkenang-kenang pula rasa berempah kuah laksa ni.
Memandangkan rempah laksa Sarawak Haji Manan hari tu masih tak bersentuh lagi. Jadi, Syu buatlah laksa Sarawak dalam seperiuk untuk dua orang makan. Laksa Sarawak yang Syu buat ni simple. Pakai barang sedia ada di rumah saja.
Togel & pucat sikitlah laksanya. Almaklumlah, laksa versi campak-campak. |
Kalau ikutkan Syu nak letak udang bagi nampak mewah sikit laksanya. Tapi, macam malas pula Syu nak berebut masa singgah pasaraya Lotus's semalam. Jadi, Syu buat laksa Sarawak ayam saja. Ini resepinya. Harap orang Sarawak tak marahlah Syu derhaka resepi 😂.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus - Bihun (Dicelur sehingga lembut)
2 Senduk - Rempah laksa Sarawak Haji Manan
4 Ketul - Dada ayam
4 Biji - Telur ayam
1/2 Kotak kecil - Santan
Taugeh
Limau nipis
Daun ketumbar (Tak letak sebab tak ada)
1/2 Kiub - Pati ayam
2 Sdk - Perencah MAGGIE Cukup Rasa
10 biji - Cili padi merah (Syu guna cili padi hijau)*
1 biji - Cili besar merah (Syu guna cili padi hijau)*
Belacan*
1 Sdb - Gula*
1 Sdk - Garam*
CARA-CARA
- Rebuskan ayam sehingga masak. Angkat & sejukkan. Kemudian carik-carikkan isi ayamnya
- Masukkan rempah laksa Sarawak ke dalam air rebusan ayam tadi. Kemudian masukkan gula, kiub ayam, perencah MAGGIE Cukup Rasa & santan - Kalau pekat tambah sedikit air. Masak sehingga mendidih.
- Goreng telur dadar kemudian diracik nipis-nipis
- SAMBAL BELACAN - Hanya perlu tumbuk semua bahan yang bertanda asterik(*) sehingga lumat. Kemudian ditambahkan sedikit perahan asam limau untuk rasa masam
- Letakkan bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan telur dadar, ayam rebus, taugeh, daun ketumbar, sambal belacan & sedikit potongan limau nipis.
- Tuangkan kuah & sedia untuk dimakan
Sepatutnya rupa laksanya macam ni ya. Ada warna hijau merah oren segala. Baru nampak ceria. Tapi, disebabkan Syu buat laksa Sarawak versi campak-campak. Maka serinya tu ada lari sikit. Walau macam mana pun, rasanya tetap rasa laksa Sarawak. Senang saja buat laksa Sarawak ni. Tambah-tambah bila guna pes kuah laksa Sarawak ready made Haji Manan ni. Pada yang tak pernah makan laksa Sarawak, bolehlah cuba buat sendiri. Memang senang.
SUMBER FOTO : Mstar |
April 10, 2022
Resepi Ayam Masak Kicap Paling Simple
Hari ini Syu nak kongsi resepi ayam masak kicap paling simple yang Syu belajar dari husband Syu. Resepi ayam masak kicap ni bukan hanya untuk lauk ayam saja. Nak guna ikan boleh. Tak jadi masalah. Ikut lauk apa yang korang ada masa tu.
Kalau ikutkan resepi ayam masak kicap Syu bukan macam ni tau. Syu punya ayam masak kicap lain sikit. Banyak bahan & ada macam style orang kenduri punya. Ada halia & rempah macam kayu manis bunga lawang segala tu.
Buat versi ikan dengan telur mata pun sedap juga tau 😋. |
Memandangkan husband Syu tak suka halia & segala rempah ni dalam masak kicap. Jadi diajarnya versi masak kicap arwah maknya. Memang ringkas & mudah resepinya. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak & memang sedia-sedia ada dekat dapur.
Masa memasak juga tersangatlah cepat. Misal kata korang terlambat masak sahur. Lauk ni antara yang paling cepat nak disediakan. Jom kita tengok bahan-bahan & cara memasaknya.
BAHAN-BAHAN
5 Ketul - Ayam
4 Biji - Bawang Merah*
2 Ulas - Bawang Putih*
5 Biji - Cili Padi*
1 Sdb. - Belacan*
Kicap lemak manis
1 biji - Tomato (Dibelah empat)
1 Sdk. - Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA
- Tumbuk semua bahan yang bertanda asterik (*) separa lumat & ketepikan
- Garam kunyitkan ayam kemudian goreng sehingga masak - Jangan garing sangat
- Buangkan sedikit minyak menggoreng ayam kemudian tumiskan bahan yang dah ditumbuk sehingga naik bau
- Masukkan kicap lemak manis & gaul rata
- Sedia untuk dihidang
April 09, 2022
Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Manjung 2022
April 08, 2022
Cara Buat Air Soya Sedap & Tahan Lama Sendiri
Buat air soya homemade ni tak susah mana pun sebenarnya. Bahan-bahan pun murah & senang nak dapat di kedai. Cuma kalau tak betul cara pembuatannya, air soya mungkin tak tahan lama & cepat basi. Disebabkan hal inilah, ramai yang putus asa nak buat & pilih untuk beli soya dalam kotak.
Berbeza dengan air soya kotak. Selagi mana kita tak buka seal pada kotak minuman, selagi itulah airnya tahan lama. Lagipun dalam air soya kotak ada mengandungi bahan pengawet. Jadi tak hairanlah kalau air soyanya lambat basi & boleh tahan sampai berbulan-bulan 😁.
Kebiasaanya, kesegaran & kesedapan air soya homemade mampu bertahan ±4 hari sahaja bila diletakkan di bahagian chiller. Kalau letak pada bahagian sejuk beku, jangka hayatnya mungkin lebih. Bergantung kepada cara pembungkusan & penyimpanan air soya tu.
Selalunya kalau Syu buat air soya, memang tak pernahlah cecah sampai 3 hari. Nak masuk hari kedua dah licin licau air soyanya. Almaklumlah, di rumah ni memang ada peminat air soya. Buatlah seperiuk besar, tetap juga habis 😂.
Cara buat air soya homemade
Jadi, macam mana nak buat air soya homemade yang sedap serta boleh tahan lama tanpa bahan pengawet? Berikut Syu kongsikan resepi beserta tipsnya supaya lepas ni korang boleh buat sendiri air soya kegemaran korang di rumah.
Untuk resepi air soya ni Syu tak letak gula ya. Memang sengaja Syu biarkan kosong supaya air soyanya boleh tahan lama bila disimpan. Waktu nak minum nanti baru letakkan air gula. Air soya ni Syu buat pekat sikit supaya airnya tak nampak ceroi bila diletak ais & air gula.
BAHAN-BAHAN
500g - Kacang soya
4 Liter - Air tapis
1 Hiris - Halia
Garam secukupnya
5 Helai - Daun pandan (Disimpul)
CARA-CARA
1) Rendam kacang soya sehingga betul-betul kembang - 4 ke 5 jam. Lagi lama lagi bagus.
2) Kisarkan kacang soya sehingga halus bersama air tapis - Nisbah 1:3
3) Asingkan pati soya dari hampas dengan menggunakan penapis teh - Gunakan penapis yang jenis kain. Hampas boleh guna 2x.
Sebelum masak, buang dulu buih-buih halus ni. |
4) Buangkan semua buih-buih halus yang ada dipermukaan air soya
5) Masukkan ke dalam periuk & kemudian masukkan daun pandan, garam serta hirisan halia
Bila letak hirisan halia, air soya akan jadi tahan lama & perut tak senang kembung bila minum 😋. |
6) Masak air soya sehingga mendidih sepenuhnya
7) Tutupkan api & kacau air soya sehingga air soya menjadi suam bagi mengelakkan lapisan atas soya mengeras menjadi fucuk
8) Tapiskan air soya sekali lagi supaya tak ada ketulan-ketulan soya & hampas
9) Letakkan air gula & sedia untuk diminum
Misal kata korang nak buat soya versi bandung. Korang boleh tambahkan pewarna merah ke dalam air soya ni. Tapi pastikan pewarnanya korang letak selepas air soya dah masak. Untuk resepi air soya ni, korang juga boleh gunakan untuk buat taufufah & taufu. Cuma ada bahan tambahan lain yang korang perlu tambah pada air soya ni.
➣BACA JUGA
Tips air soya sedap & lambat basi
Air soya ni sensitif & mudah basi bila tak kena cara pembuatan & penyimpanannya. Jadi macam mana nak bagi air soya lambat basi & tahan lebih lama selain sedap untuk di minum. Ini tipsnya :
- Gunakan kacang soya yang elok & berkualiti
- Untuk hasil perahan air soya yang optimum, gunakan kacang soya yang betul-betul kembang
- Gunakan bekas yang bersih
- Gunakan air bertapis
- Masak air soya sehingga betul-betul mendidih
- Jangan terus ditutup air soya yang baru masak dengan penutup. Nanti air soyanya cepat basi.
- Lepas air soya dah suam-suam kuku/sejuk, simpan terus di dalam peti ais menggunakan bekas yang bersih & bertutup
- Lebihkan daun pandan untuk hasil air soya yang wangi & sedap
- Masukkan beberapa sudu kecil garam untuk menaikkan rasa lemak air soya & melambat air soya dari cepat basi
- Seeloknya, air soya dibiarkan kosong tanpa gula sebab gula merupakan makanan & penggalak kepada pertumbuhan bakteria
Resepi air soya ni bukan saja sesuai untuk minum sendiri. Nak buat berniaga pun boleh sebab air soyanya tahan lama & lambat basi. Syu yakin, lepas korang guna resepi ni. Takkan ada lagi isu soya cepat basi. Apa-apa pun selamat mencuba 😊💕.
April 07, 2022
Kurma Apa Paling Mahal & Popular?
Kurma atau tamar (Pheonix dactylifera) antara makanan sunnah wajib ada ketika bulan Ramadhan. Paling kurang mesti ada dalam satu kotak. Korang tahu tak sebenarnya kurma ni ada bermacam-macam jenis. Bukan saja tekstur & warna buah saja berbeza-beza. Malah namanya juga ada bermacam-macam panggilan. Harga pun berbeza-beza mengikut gred. Ada yang mahal & ada juga yang murah.
Sehingga ke hari ni, masih belum dapat dikenalpasti jumlah sebenar jenis-jenis kurma yang ada di dunia. Yang pasti subkultivarnya sahaja hampir mencecah lebih dari 1,500. Jadi, memang agak banyak untuk disenarai pendekkan jenis-jenis kurma yang ada di seluruh dunia.
Khasiat kurma
SUMBER FOTO : Arabnews.com |
Setiap 3 biji kurma mengandungi 80Kcal yang kaya dengan fruktosa, karoten, kalsium, fosforus & juga potassium. Khasiat yang ada pada kurma ni dikatakan :
- Baik untuk kesihatan & perkembangan otak
- Mengawal gula dalam darah
- Baik untuk kesihatan tulang - selenium, mangan, tembaga & magnesium
- Kaya dengan antioksidan
- Baik untuk kesuburan kaum Adam
- Penambah tenaga
- Baik untuk mata
- Bagus untuk penghadaman
- Melegakan batuk & mencairkan kahak
Ketika berbuka puasa, sunnah didahulukan berbuka puasa dengan memakan buah kurma sebab kurma dikatakan mampu memberi & mengembalikan tenaga dengan cepat kepada badan kita. Malah, ia juga mampu mempercepatkan penghadaman makanan yang kita makan ketika berbuka.
Kurma apa paling mahal?
Kebanyakkan kurma berasal dari negara Timur tengah. Jadi, variati yang di hasilkan juga berbeza-beza dari segi warna, saiz, rasa & teksturnya. Kesemua aspek ni juga menentukan murah mahalnya satu-satu kurma tu. Untuk Gred A, harganya mungkin boleh mencecah sehingga RM200/kilo. Untuk rekod di pasaran dunia, 5 kurma yang paling mahal adalah :
- Majdool (Majhool)
- Amber
- Ajwa ("The king of dates")
- Barhi
- Deglet Nour ("The mother of dates")
Namun berdasarkan Abu Dhabi Farmers Service Centre (ADFSC), kurma Majdool adalah yang terpaling mahal berbanding dengan kurma-kurma yang lain. Kurma Majdool ni berasal dari negara Morocco. Buahnya panjang & besar. Saiznya boleh mencecah sehingga ke 3 inci panjang.
Namun, kurma ni tak berapa popular di tanah Arab disebabkan harganya yang begitu mahal - Mansoor Al Mansouri, Ketua Unit Kurma di Pusat Khidmat Peladang Abu Dhabi. Berdasarkan piawaian ADFSC. Selain Majdool, ni antara 5 kurma paling mahal lain yang ada di tanah Arab :
- Khalas
- Barhi
- Dabbas
- Farth
- Bou Ma’an
Walupun kurma mempunyai khasiat yang sama. Walaubagaimanapun, kurma-kurma ni tidak mampu menandingi kurma kegemaran Rasulullah S.A.W kita, iaitu kurma Ajwa. Kalau korang nak tahu, kurma Ajwa ni merupakan "King of dates" & ia merupakan variati kurma yang pertama ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Lokasi penanamannya terletak di Masjid Quba, Madinah.
SUMBER FOTO : Lazada.com |
Kurma Ajwa ni sangat popular & banyak permintaannya di pasaran. Bukan disebabkan rasa manisnya sahaja, tapi ada khasiat istimewanya yang tersendiri berbanding kurma-kurma yang lain. Khabarnya, kurma Ajwa mampu menjadi penawar kepada racun & juga sihir - Dengan izin Allah S.W.T.
Dari Saad bin Abi Waqqas, Rasulullah pernah bersabda :
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”
[HR al-Bukhari (5445) & Muslim (2047)]
Kurma apa yang popular di Malaysia?
Kurma yang ada dijual di pasaran mempunyai 3 tekstur. Kurma lembut, kurma separuh kering & kurma kering. Di Malaysia, ini antara jenis-jenis kurma yang popular & menjadi permintaan bila menjelmanya Ramadhan.
SUMBER FOTO : Bernama |
Selain dari kurma-kurma ni, ada lagi kurma-kurma lain yang tak kurang hebat permintaannya di Malaysia. Ada yang sudah siap dibungkus & ada juga yang dijual timbang kilo oleh beberapa pembekal makanan sunnah. Terpulang pada korang selaku pembeli nak pilih yang mana satu. Kebanyakannya ramai yang pilih kurma jenama keluaran Yusuf Taiyoob 😁.
Sejujurnya, Syu paling suka kurma Muzafati. Atau nama lainnya Rutob. Isinya memang lembut & cair dimulut bila makan. Kulitnya tak keras & senang nak kunyah 😋. Harganya pun boleh dikatakan jauh lebih murah berbanding dengan harga kurma-kurma yang lain.
Pernah juga cuba makan kurma Waseem & Safiya. Tapi tak boleh masuk. Kurmanya sedap. Cuma kulit kurmanya agak kering & sedikit keras. Bila makan macam kena geletek tekak Syu 🤭. Isinya pun agak kesang & fibrous berbanding kurma Muzafati. Jadi, kini dulu & selamanya Syu hanya suka makan kurma Muzafati sahaja. Korang pula suk kurma yang macam mana?
April 01, 2022
Pensyarah Hina Pelajar Tak Ada Laptop & B40
Hina sangat ke golongan B40 ya sampai ada yang tak nak duduk sekali 😂? Bila dikelaskan sebegini, rasa macam duduk dalam sistem kasta agama Hindu pun ada. Makin rendah kasta. Makin jelek dipandang. Isu ni berlaku hujung minggu lepas & masih berlarutan sehingga ke hari ni ya. Sampai trending lah dibuatnya di socmed.
Hari tu Kak Long 7E. Kali ni pensyarah pula. Makin dah tak beradab orang kita sekarang ni ya. Cakap sembrono main lepas saja tanpa fikirkan perasaan orang lain. Sampai sekarang Syu masih teringat-ingat bait-bait perkataan yang dilontarkan pensyarah ni kepada salah seorang pelajar dia. Khabarnya, pensyarah tu merupakan pensyarah kontrak di UiTM Seri Iskandar.
Ramai pernah kena & ianya bukan isu baru
Sebenarnya, kes pensyarah suka menghina pelajar & golongan miskin ni bukan baru hari ni ada. Ramai yang pernah kena. Cuma tak viralkan saja. Ada yang pekakkan teliga & teruskan usaha. Ada juga yang rasa down & susah nak bangkit semula bila dah diherdik & dihina.
Bergantung pada sejauh mana kuatnya mentaliti seseorang tu untuk hadapi. Macam kes Dr. Shaza anak setinggan ni. Dia pun pernah alami juga. Tapi dia nekad teruskan usaha walaupun sampai ke hari ni dia masih terasa dengan perilaku pensyarahnya tu.
"Kalau kakak kau ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas beli komputer"
"Itu pasal aku tak boleh duduk dengan golongan B40, pasal lebih memikirkan pasal hal lain berbanding pelajaran"
Berkenaan isu pensyarah hina pelajar & B40 ni, Syu perhatikan ada warganet menyokong - Termasuk pensyarah Syu. Pensyarah idola dia katanya 😅. Tak kurang juga ada yang menyelar tindak tanduk pensyarah ni - Akulah tu 😂. Walaupun insiden ni dah lama berlaku, tapi bait-bait ayatnya sedikit sebanyak telah menyinggung perasaan warganet. Tambah-tambah bila dipetik pasal golongan B40 😅.
Geleng kepala bila teringat balik. Sedangkan dalam menuntut ilmu pun ada adabnya. Inikan pula pada yang memberi ilmu. Tak sangka. Golongan berpendidikan & terpelajar seperti pensyarah ni sanggup mengeluarkan bait-bait perkataan macam tu.
Kalau ikutkan tak besar mana pun isunya. Apa salahnya cakap elok-elok. Tak pun bersemuka terus secara berdepan. Bukan marah-marah macam orang tak ada pedoman. Andai diselesaikan secara profesional, tak ada lah jadi panjang ceritanya sampai pelajar menyimpan dendam & viralkan video pensyarah ni.
Berilmu tak semestinya beradab
Walaupun insiden ni dah lama berlaku, pada Syu teguran pensyarah ni agak tidak sopan & tak mencerminkan keperibadian sebagai selaku pendidik & gologan terpelajar. Betulah orang selalu cakap. Berilmu tak semestinya beradab.
Aku lebih menghargai orang yang beradab daripada berilmu. Kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya dari manusia
- Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani
Rezeki semua orang tak sama
Cubalah husnuzon & belajar letakkan diri pada pada diri orang lain (empati) sikit. Tak rugi pun. Mungkin ada sebab kenapa seseorang tu tak mampu nak memenuhi demand seseorang tu. Yang faham, mungkin faham. Yang tak faham jadi kes macam pensyarah ni lah. Di luar sana ada ramai pelajar yang hadapi masalah "miskin digital". Pelajar ni mungkin salah seorang daripadanya. Sebaiknya cakna & bukannya dihina.
Harus diingat. Rezeki setiap orang tak sama. Waima pelajar ni ada berpuluh adik beradik sekalipun, belum tentu adik beradik dia mampu nak membeli & memberi. Sebaiknya, tegur dengan cara yang berhemah. Bukan depan-depan pelajar yang lain & menyentuh perkara-perkara yang sensitif & tak berapa elok untuk didengar.
Jadi ikutan jika dinormalisasikan
Macam mana mak ayah corakkan anak-anak, begitu juga golongan pendidik. Buruk yang diajar buruklah ikutannya. Sebaiknya berhenti normalisasikan sikap suka menghina & memperkecilkan orang lain. Bimbang jadi ikutan bakal pelapis-pelapis kita nanti.
Nak jadi pendidik ni bukan mudah ya. Kena banyak bersabar & betul-betul ikhlas bila mengajar. Malah, nak menyampaikan ilmu & nasihat sekalipun ada caranya. Tak perlu sampai nak menempik, mengherdik & menghina segala. Cakap baik-baik. Insyallah akan sentiasa dihormati & disayangi anak didik bila diaorang dah berjaya. Ilmu berkat. Sekelumit dendam pun tak ada.
Jawatan tinggi bukan tiket untuk menghina
Bahasa itu melambangkan bangsa. Adab pula mencerminkan keperibadian kita. Belajarlah setinggi gunung sekalipun. Jikalau adab seperti kain buruk, tak guna berjawatan tinggi & bergelar golongan terpelajar. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda:
أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.”
[Riwayat al-Tirmidzi]
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2022
(157)
-
▼
April
(15)
- Biskut Florentine Cornflakes Mudah & Jimat
- Tindakan Susulan Selepas Hampir RM4K Lesap Dari Ma...
- Hampir RM4K Lesap Dari Maybank
- Resepi Biskut Makmur Crunchy
- Maaf Atas Kelewatan
- Kursus Online Percuma Berserta Sijil Di e-LATiH
- Cara Buat Sizzling Yee Mee Sedap Tanpa Pakai Hot P...
- Resepi Laksa Sarawak Paling Simple Guna Pes Laksa ...
- Resepi Ayam Masak Kicap Paling Simple
- Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Manjung 2022
- Cara Buat Air Soya Sedap & Tahan Lama Sendiri
- Kurma Apa Paling Mahal & Popular?
- Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan
- Pensyarah Hina Pelajar Tak Ada Laptop & B40
- Amalan Minum Air Ketika Bersahur
-
▼
April
(15)