Amalan Minum Air Ketika Bersahur

April 01, 2022

Tekak berasa haus antara cabaran utama ketika berpuasa. Tapi, perlu ke kita minum air banyak-banyak semasa bersahur supaya kita tak kehausan sepanjang hari ketika kita berpuasa 🤔? Ini amalan minum air ketika bersahur yang Syu bakal kongsikan dengan korang.


Badan kita ni tak dicipta khas macam unta padang pasir. Badan unta boleh simpan air pada bonggol. Hakikatnya badan kita ni tak ada tangki langsung untuk simpan air untuk kegunaan masa depan. Yang ada cuma tangki untuk simpan air kencing sahaja. Itu pun airnya bakal dibuang dari badan bila-bila masa especially bila tangki dah penuh 🤭.


Drinking water
Haus chor bulan-bulan puasa ni! 😁 - SUMBER FOTO : Google


Jadi, semasa bersahur kita perlu minum dengan cara yang berhemah supaya kita tak cepat haus & kekal terhidrasi sepanjang menghadapi bulan Ramadhan. Tak perlu minum sampai bergelen-gelen air ketika bersahur, sebab "the more water you drink, lagi cepat your body akan flush air itu semula" - Kevin Zahri.


Cukup sekadar airnya cukup-cukup untuk diminum & memenuhi keperluan badan. Takkan korang nak minum air sampai terkencing-kencing masa sahur kan? Makin bertambah cepatlah korang akan terkena dehydration nanti. Sebenarnya 3 cawan air bersaiz sederhana sudah memadai untuk dikonsum ketika bersahur.



Air apa patut minum? 


Semasa bersahur, amalkan minum air kosong (sejuk/suam) & sedikit air manis yang boleh menahan perut dari cepat haus & lapar. 2 jenis air ni bagus untuk diamalkan ketika bersahur. Tapi sebaiknya, lebihkan air kosong.


Misal kata korang minum air manis, sulamkan juga dengan air kosong. Bukan apa, air manis ni cepat menghauskan tekak. Walaubagaimanapun, ia bagus untuk membekalkan tenaga ketika berpuasa seharian - Cth : Milo & Horlicks.


Paling terbaik untuk diamalkan ketika bulan Ramadhan adalah air nabes. Malam sebelum bersahur, rendamkan kurma  3 biji dalam segelas air suam/kosong. Biarkan semalaman. Kemudian esoknya minum semasa bersahur. Insyaallah. Korang akan kekal terhidrasi sepanjang hari. 

Comments

  1. Alhamdulillah.. Selama berpuasa saya pernah ada masalah. Dapat menahan lapar dan dahaga seperti biasa. Semoga tahun ini terus dapat melaksanakan puasa dengan baik.

    BalasPadam
  2. Eh, As suka juga letak kurma, kadang-kadang dalam air kosong, kadang-kadang susu...

    BalasPadam
  3. good sharing Syu...Air nabes tu mmg ramai yg share untuk amalkan masa puasa ni...

    BalasPadam
  4. selalu time sahur minum air kosong , kalau air manis ni betul la cepat hauskan tekak

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!