Biskut Florentine Cornflakes Mudah & Jimat

April 30, 2022

BISKUT FLORENTINE CORNFLAKES MUDAH & JIMAT || Biskut florentine ni biasanya dibuat menggunakan kekacang. Kalau guna kekacang macam almond kosnya agak mahal sikit. Jadi, Syu buat biskut florentine versi jimat menggunakan cornflakes serta ditambah sedikit kekacang & bijian supaya balance rasanya.


Biskut florentine cornflakes ni memang senang sangat nak buat. Bahan-bahan yang diperlukan pun memang ringkas & affordable jika dibandingkan dengan biskut florentine yang biasa.



Rasanya pun boleh tahan sedap juga. Syu jamin, biskut ni mesti laku keras jika dibandingkan dengan biskut-biskut raya yang lain. Cubalah buat. Masih ada masa lagi sebelum munculnya hari raya. 


➣ NAK TEPUNG FLORENTINE MURAH? BELI DEKAT SINI

 



Resepi & cara pembuatannya


Biskut florentine
Biskut ni kena buat banyak. Makan sekeping tak cukup. 


Nak buat biskut ni wajib ada tepung florentine ya. Tak ada tepung ni memang tak jadi biskutnya. Dari segi pemilihan brand tepung. Terpulang korang nak pakai tepung florentine brand apa sekalipun. Sebab hasilnya tetap sama.



Macam Syu, Syu pakai jenama Bakerman. Sebab brand ni jer yang Syu nampak murah di kedai barang-barang bakeri. Untuk setengah kilo tepung florentine ni boleh digunakan untuk sekotak cornflakes.  Jom kita tengok bahan-bahan & cara nak buat biskut ni.



BAHAN-BAHAN


500g - Tepung florentine

500g - NESTLE Cornflakes

250g - Pumpkin [Nak letak lebih pun boleh]

4 Sdb. - Bijan hitam [Optional]

 

CARA-CARA


  1. Sangaikan terlebih dahulu pumpkin seed bersama biji bijan kemudian biarkan sejuk seketika - Syu sangai dalam oven saja. Suhu 160℃ selama 5 minit.
  2. Dalam bekas lain. Ramas kasar cornflakes sehingga separa hancur.
  3. Masukkan pumpkin seed, biji bijan & tepung florentine. Gaul rata.
  4. Masukkan ke dalam cupcake tray. Kemudian bakar selama 5-10 minit pada suhu 160℃
  5. Sejukkan seketika kemudian baru dikeluarkan dari tray.
  6. Masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk elakkan biskut dari masuk angin.


Biskut florentine
Bila campur dengan pumpkin seeds & bijan tak adalah biskutnya nampak kosong jer.


TIPS TAMBAHAN


  1. Cupcake tray boleh digantikan juga dengan papercup
  2. Keluarkan biskut lepas biskut dah sejuk. Kalau tidak biskut akan senang berderai
  3. Nak biskut florentine cornflakes yang sedap, sebaiknya guna cornflakes dari jenama NESTLE

Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir dan Batin

    BalasPadam
  2. kesukaan. mudah. but... macam biasa, makan je buatnya tidak. raya tahun ni tak dpt mkn lagi biskut ni.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!