Pensyarah Hina Pelajar Tak Ada Laptop & B40

April 01, 2022

Hina sangat ke golongan B40 ya sampai ada yang tak nak duduk sekali 😂? Bila dikelaskan sebegini, rasa macam duduk dalam sistem kasta agama Hindu pun ada. Makin rendah kasta. Makin jelek dipandang. Isu ni berlaku hujung minggu lepas & masih berlarutan sehingga ke hari ni ya. Sampai trending lah dibuatnya di socmed.


Hari tu Kak Long 7E. Kali ni pensyarah pula. Makin dah tak beradab orang kita sekarang ni ya. Cakap sembrono main lepas saja tanpa fikirkan perasaan orang lain. Sampai sekarang Syu masih teringat-ingat bait-bait perkataan yang dilontarkan pensyarah ni kepada salah seorang pelajar dia. Khabarnya, pensyarah tu merupakan pensyarah kontrak di UiTM Seri Iskandar



Ramai pernah kena & ianya bukan isu baru


Sebenarnya, kes pensyarah suka menghina pelajar & golongan miskin ni bukan baru hari ni ada. Ramai  yang pernah kena. Cuma tak viralkan saja. Ada yang pekakkan teliga & teruskan usaha. Ada juga yang rasa down & susah nak bangkit semula bila dah diherdik & dihina.


Bergantung pada sejauh mana kuatnya mentaliti seseorang tu untuk hadapi. Macam kes Dr. Shaza anak setinggan ni. Dia pun pernah alami juga. Tapi dia nekad teruskan usaha walaupun sampai ke hari ni dia masih terasa dengan perilaku pensyarahnya tu.


"Kalau kakak kau ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas beli komputer"



"Itu pasal aku tak boleh duduk dengan golongan B40, pasal lebih memikirkan pasal hal lain berbanding pelajaran"


Berkenaan isu pensyarah hina pelajar & B40 ni, Syu perhatikan ada warganet  menyokong - Termasuk pensyarah Syu. Pensyarah idola dia katanya 😅. Tak kurang juga ada yang menyelar tindak tanduk pensyarah ni - Akulah tu 😂. Walaupun insiden ni dah lama berlaku, tapi bait-bait ayatnya sedikit sebanyak telah menyinggung perasaan warganet. Tambah-tambah bila dipetik pasal golongan B40 😅.


Geleng kepala bila teringat balik. Sedangkan dalam menuntut ilmu pun ada adabnya. Inikan pula pada yang memberi ilmu. Tak sangka. Golongan berpendidikan & terpelajar seperti pensyarah ni sanggup mengeluarkan bait-bait perkataan macam tu.


Kalau ikutkan tak besar mana pun isunya. Apa salahnya cakap elok-elok. Tak pun bersemuka terus secara berdepan. Bukan marah-marah macam orang tak ada pedoman. Andai diselesaikan secara profesional, tak ada lah jadi panjang ceritanya sampai pelajar menyimpan dendam & viralkan video pensyarah ni. 



Berilmu tak semestinya beradab


Walaupun insiden ni dah lama berlaku, pada Syu teguran pensyarah ni agak tidak sopan & tak mencerminkan keperibadian sebagai selaku pendidik & gologan terpelajar. Betulah orang selalu cakap. Berilmu tak semestinya beradab


Aku lebih menghargai orang yang beradab daripada berilmu. Kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya dari manusia


- Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani



Rezeki semua orang tak sama


Cubalah husnuzon & belajar letakkan diri pada pada diri orang lain (empati) sikit. Tak rugi pun. Mungkin ada sebab kenapa seseorang tu tak mampu nak memenuhi demand seseorang tu. Yang faham, mungkin faham. Yang tak faham jadi kes macam pensyarah ni lah. Di luar sana ada ramai pelajar yang hadapi masalah "miskin digital". Pelajar ni mungkin salah seorang daripadanya. Sebaiknya cakna & bukannya dihina.


Harus diingat. Rezeki setiap orang tak sama. Waima pelajar ni ada berpuluh adik beradik sekalipun, belum tentu adik beradik dia mampu nak membeli & memberi. Sebaiknya, tegur dengan cara yang berhemah. Bukan depan-depan pelajar yang lain & menyentuh perkara-perkara yang sensitif & tak berapa elok untuk didengar.



Jadi ikutan jika dinormalisasikan


Macam mana mak ayah corakkan anak-anak, begitu juga golongan pendidik. Buruk yang diajar buruklah ikutannya. Sebaiknya berhenti normalisasikan sikap suka menghina & memperkecilkan orang lain. Bimbang jadi ikutan bakal pelapis-pelapis kita nanti.


Nak jadi pendidik ni bukan mudah ya. Kena banyak bersabar & betul-betul ikhlas bila mengajar. Malah, nak menyampaikan ilmu & nasihat sekalipun ada caranya. Tak perlu sampai nak menempik, mengherdik & menghina segala. Cakap baik-baik. Insyallah akan sentiasa dihormati & disayangi anak didik bila diaorang dah berjaya. Ilmu berkat. Sekelumit dendam pun tak ada.



Jawatan tinggi bukan tiket untuk menghina


Bahasa itu melambangkan bangsa. Adab pula mencerminkan keperibadian kita. Belajarlah setinggi gunung sekalipun. Jikalau adab seperti kain buruk, tak guna berjawatan tinggi & bergelar golongan terpelajar. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda:


أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون


“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.”


[Riwayat al-Tirmidzi]

Comments

  1. apalah dosa B40, tak semestinya yang T20 boleh sewenang-wenang mengata B40, takde orang yang nak lahir susah atau miskin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah apa yang dia menyampahkan sangat 😂. Pertama kali jumpa pensyarah yang macam ni rupa perangai. Alhamdulillah, masa belajar dedulu pensyarah semua dapat yang baik-baik .

      Padam
  2. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.. Itulah padahnya apabila tidak menjaga tutur kata. Apa nak buat, nasi dah jadi bubur..

    BalasPadam
  3. kadang2 jumpa yg berilmu tp berada. kes ni dh lama tp entah diviralkan. lect tu pun bantu belikan laptop. dunia skrg mudah viral

    BalasPadam
  4. ada tengok juga video yang tular tu , kesian pulak , tak sepatutnya pensyarah tu menghina pelajar

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!