Hampir RM4K Lesap Dari Maybank

April 28, 2022

Allahuakbar. Memang mengucap panjang bila terkena ujian macam ni hari ni. Dengan nak dekat raya. Gaji pula tak masuk lagi. Lepas tu, akaun dalam bank habis kena songlap. Nak dijadikan cerita, hari ni Syu banyak buat transaksi pemindahan duit ke akaun Maybank. Entah macam mana masa balik tadi Syu terdetik nak cek akaun. Tup2, tinggal baki dalam akaun cuma RM1,900 sahaja. Padahal banyak duit Syu dah transfer tadi.


Masa ni memang dah berderau darah dah. Sekarang ni pun sama. Allah jer yang tahu apa Syu rasa sekarang ni. Tapi Syu tenangkan juga diri untuk bercerita sebab Syu tak tahu nak luahkan dekat mana 😔. Serius. Memang buntu fikiran Syu sekarang ni. Risau. Takut duit tu tak dapat balik. Bukan sikit-sikit. Banyak pula tu.



Nak tak nak, masa keluar pejabat tadi Syu terus buat laporan ke pihak Maybank pasal hal ni untuk buat sekatan akaun. Pihak Maybank sarankan Syu buat report polis & kemudian hantar laporan tersebut melaui email atau terus ke cawangan Maybank berdekatan. Tapi masa tu dah pukul 5 petamg. Dah sah-sah bank dah tutup.


Laporan polis
Tak tahulah boleh dapat balik atau tidak duitnya 😭. 


Jadi, Syu paksakan diri buat laporan polis di balai Polis Pasir Puteh, Ipoh. Walaupun, hujan turun Syu tetap redahkan juga. Almaklumlah, isunya terlalu besar. Tambah-tambah bila melibatkan wang ringgit. Sudahlah kita ni bukan datang dari keluarga yang senang. Duit pula senang-senang saja kena cekau dek orang. Allahuakbar.



Memang berat ujian tahun ni


Memang sedih & pilu sangat bila time nak dekat raya kena macam ni.  Tak tahu nak gambarkan macam mana. Duit yang Syu simpan dalam bank habis kena kebas dek scammer/hackers. Syu sendiri pun tak tahu macam mana boleh jadi macam nk. Bukan sikit-sikit. Hampir RM4,000.00 jugalah disapunya.



Sekarang ni memang rasa down sangat-sangat. Tak tahu nak buat macam mana lagi. Report polis semua Syu dah submit ke pihak Maybank. Harap-harap Syu boleh dapat semula semua duit Syu tu. Paling kurang dapat 70% pun jadilah.



Husband belum tahu lagi


Buat masa sekarang husband Syu tak tahu lagi pasal hal ni. Kalau Syu bagitahu, mahu dia mengamuk agaknya. Korang...Macam mana ni? Syu memang buntu sangat-sangat. Tak tahu macan mana Syu nak berterus terang dekat husband Syu pasal hal ni. Allahuakbar. Sedihlah. Raya dah nak dekat. Dah sah-sah nak kena pakai duit banyak. Dengan nak balik kampung lagi. Ya Allah buntunya...Tak tahulah boleh dapat balik atau pun tak duitnya.

Comments

  1. ya allah kak..hmm. harap duit kak tu dapat balik lah. ameen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin Nurin. Harap ada lah harapan untuk dapat balik duit tu 😞.

      Padam
  2. Allahuakbar..banyak tu. Moga Allah permudahkan urusan Syu & moga dpt balik duit2 tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin allahumma amin MA. Memang Syu berharap sangat duit tu Syu dapat balik 😞. Sedihlah. Bila kena macam ni. Dengan nak raya lagi.

      Padam
  3. Allahuakbar.. Semoga dipermudahkan urusan Syu.. Sha doakan Syu dapat balik duit tu.. InsyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin Sha. Terima kasih mendoakan. Harap dapatlah hendaknya 😞.

      Padam
  4. camne kes ni skrg syu? dah dpt balik ke 4k tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih dalam siasatan kak mim. Gaya macam takkan dapat balik duitnya 😞.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!