Kurma Apa Paling Mahal & Popular?

April 07, 2022

Kurma atau tamar (Pheonix dactylifera) antara makanan sunnah wajib ada ketika bulan Ramadhan. Paling kurang mesti ada dalam satu kotak. Korang tahu tak sebenarnya kurma ni ada bermacam-macam jenis. Bukan saja tekstur & warna buah saja berbeza-beza. Malah namanya juga ada bermacam-macam panggilan. Harga pun berbeza-beza mengikut gred. Ada yang mahal & ada juga yang murah.



Sehingga ke hari ni, masih belum dapat dikenalpasti jumlah sebenar jenis-jenis kurma yang ada di dunia. Yang pasti subkultivarnya sahaja hampir mencecah lebih dari 1,500. Jadi, memang agak banyak untuk disenarai pendekkan jenis-jenis kurma yang ada di seluruh dunia.



Khasiat kurma


SUMBER FOTO : Arabnews.com


Setiap 3 biji kurma mengandungi 80Kcal yang kaya dengan fruktosakarotenkalsiumfosforus & juga potassium. Khasiat yang ada pada kurma ni dikatakan :


  • Baik untuk kesihatan & perkembangan otak

  • Mengawal gula dalam darah
  • Baik untuk kesihatan tulang - selenium, mangan, tembaga & magnesium
  • Kaya dengan antioksidan
  • Penambah tenaga

  • Baik untuk mata

  • Bagus untuk penghadaman

  • Melegakan batuk & mencairkan kahak


Ketika berbuka puasa, sunnah didahulukan berbuka puasa dengan memakan buah kurma sebab kurma dikatakan mampu memberi & mengembalikan tenaga dengan cepat kepada badan kita. Malah, ia juga mampu mempercepatkan penghadaman makanan yang kita makan ketika berbuka.



Kurma apa paling mahal? 


Kebanyakkan kurma berasal dari negara Timur tengah. Jadi, variati yang di hasilkan juga berbeza-beza dari segi warna, saiz, rasa & teksturnya. Kesemua aspek ni juga menentukan murah mahalnya satu-satu kurma tu. Untuk Gred A, harganya mungkin boleh mencecah sehingga RM200/kilo. Untuk rekod di pasaran dunia, 5 kurma yang paling mahal adalah :



  • Majdool (Majhool)
  • Amber
  • Ajwa ("The king of dates")

  • Barhi
  • Deglet Nour ("The mother of dates")

 

Namun berdasarkan Abu Dhabi Farmers Service Centre (ADFSC), kurma Majdool adalah yang terpaling mahal berbanding dengan kurma-kurma yang lain. Kurma Majdool ni berasal dari negara Morocco. Buahnya panjang & besar. Saiznya boleh mencecah sehingga ke 3 inci panjang.



Namun, kurma ni tak berapa popular di tanah Arab disebabkan harganya yang begitu mahal - Mansoor Al Mansouri, Ketua Unit Kurma di Pusat Khidmat Peladang Abu Dhabi. Berdasarkan piawaian ADFSC. Selain Majdool, ni antara 5 kurma paling mahal lain yang ada di tanah Arab :


  • Khalas
  • Barhi
  • Dabbas
  • Farth
  • Bou Ma’an


Walupun kurma mempunyai khasiat yang sama. Walaubagaimanapun, kurma-kurma ni tidak mampu menandingi kurma kegemaran Rasulullah S.A.W kita, iaitu kurma Ajwa. Kalau korang nak tahu, kurma Ajwa ni merupakan "King of dates" & ia merupakan variati kurma yang pertama ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Lokasi penanamannya terletak di Masjid Quba, Madinah.


Kurma paling mahal
SUMBER FOTO : Lazada.com


Kurma Ajwa ni sangat popular & banyak permintaannya di pasaran. Bukan disebabkan rasa manisnya sahaja, tapi ada khasiat istimewanya yang tersendiri berbanding kurma-kurma yang lain. Khabarnya, kurma Ajwa mampu menjadi penawar kepada racun & juga sihir - Dengan izin Allah S.W.T.


Dari Saad bin Abi Waqqas, Rasulullah pernah bersabda :


مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ


“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”


[HR al-Bukhari (5445) & Muslim (2047)]



Kurma apa yang popular di Malaysia?


Kurma yang ada dijual di pasaran mempunyai 3 tekstur. Kurma lembut, kurma separuh kering & kurma kering. Di Malaysia, ini antara jenis-jenis kurma yang popular & menjadi permintaan bila menjelmanya Ramadhan.


SUMBER FOTO : Bernama


Selain dari kurma-kurma ni, ada lagi kurma-kurma lain yang tak kurang hebat permintaannya di Malaysia. Ada yang sudah siap dibungkus & ada juga yang dijual timbang kilo oleh beberapa pembekal makanan sunnah. Terpulang pada korang selaku pembeli nak pilih yang mana satu. Kebanyakannya ramai yang pilih kurma jenama keluaran Yusuf Taiyoob 😁.



Sejujurnya, Syu paling suka kurma Muzafati. Atau nama lainnya Rutob. Isinya memang lembut & cair dimulut bila makan. Kulitnya tak keras & senang nak kunyah 😋. Harganya pun boleh dikatakan jauh lebih murah berbanding dengan harga kurma-kurma yang lain.


Pernah juga cuba makan kurma Waseem & Safiya. Tapi tak boleh masuk. Kurmanya sedap. Cuma kulit kurmanya agak kering & sedikit keras. Bila makan macam kena geletek tekak Syu 🤭. Isinya pun agak kesang & fibrous berbanding kurma Muzafati. Jadi, kini dulu & selamanya Syu hanya suka makan kurma Muzafati sahaja. Korang pula suk kurma yang macam mana?

Comments

  1. kt rumah beli ajwa. mahal tp sedap. hehehe. biji pun kecil

    BalasPadam
  2. saya suka kurma ajwa dan safawi, yg lain xboleh telan..hehe

    BalasPadam
  3. Wak beli kurma keluaran farm fresh
    Okay juga

    BalasPadam
  4. Lama dah tak beli kurma pasal tau tiap² tahun mesti dapat kurma percuma.

    BalasPadam
  5. Makan kurma byk2 waktu sahur kenyang

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!