Resepi Ayam Masak Kicap Paling Simple

April 10, 2022

Hari ini Syu nak kongsi resepi ayam masak kicap paling simple yang Syu belajar dari husband Syu. Resepi ayam masak kicap ni bukan hanya untuk lauk ayam saja. Nak guna ikan boleh. Tak jadi masalah. Ikut lauk apa yang korang ada masa tu. 



Kalau ikutkan resepi ayam masak kicap Syu bukan macam ni tau. Syu punya ayam masak kicap lain sikit. Banyak bahan  & ada macam style orang kenduri punya. Ada halia & rempah macam kayu manis bunga lawang segala tu.


Ayam masak kicap
Buat versi ikan dengan telur mata pun sedap juga tau 😋. 


Memandangkan husband Syu tak suka halia & segala rempah ni dalam masak kicap. Jadi diajarnya versi masak kicap arwah maknya. Memang ringkas & mudah resepinya. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak & memang sedia-sedia ada dekat dapur.



Masa memasak juga tersangatlah cepat. Misal kata korang terlambat masak sahur. Lauk ni antara yang paling cepat nak disediakan. Jom kita tengok bahan-bahan & cara memasaknya. 



BAHAN-BAHAN


5 Ketul -  Ayam

4 Biji - Bawang Merah*

2 Ulas - Bawang Putih*

5 Biji - Cili Padi*

1 Sdb. - Belacan*

Kicap lemak manis

1 biji - Tomato (Dibelah empat)

1 Sdk. - Serbuk kunyit

Garam

Minyak untuk menggoreng



CARA-CARA


  1. Tumbuk semua bahan yang bertanda asterik (*) separa lumat & ketepikan
  2. Garam kunyitkan ayam kemudian goreng sehingga masak  - Jangan garing sangat
  3. Buangkan sedikit minyak menggoreng ayam kemudian tumiskan bahan yang dah ditumbuk sehingga naik bau
  4. Masukkan kicap lemak manis & gaul rata 
  5. Sedia untuk dihidang

Comments

  1. menu ayam yang biasa kita jumpa terutama kalau nasi ambeng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak kicapnya macam ni juga ke wak? Serius Syu cakap. Seumur hidup Syu memang Syu tak pernah makan nasi ambeng. Walaupun mak Syu berketurunan Jawa. He3.

      Padam
  2. Balasan
    1. Lauk yang selalu buat Syu bertambah nasi 😋.

      Padam
  3. Sedap ayam masak kicap. Simple je cara masak tapi menyelerakan. Samalah husband kita tak suka halia jugak. kalau masak kena letak seketul, senang nak asingkan nanti.

    BalasPadam
  4. Yang simple tu yang paling sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. And punca makan bertambah nasi juga nih 😁.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!