Resepi Biskut Makmur Crunchy

April 26, 2022

Biskut makmur

RESEPI BISKUT MAKMUR CRUNCHY || Biskut makmur antara biskut raya WAJIB ADA di rumah Syu setiap kali raya. Setiap tahun mesti akan buat. Resepi biskut makmur ni memang mudah & senang cara pembuatannya. Dengan menggunakan doh yang sama, korang juga boleh hasilkan dua jenis biskut yang berbeza. Satu biskut makmur & satu lagi biskut arab.

 

 

Apa Beza Biskut Arab & Biskut Makmur?

 

Sebenarnya, biskut arab dengan biskut makmur ni lebih kurang jer sebenarnya. Diperbuat dari bahan doh yang sama. Cuma bezanya satu ada inti & satu lagi tak ada inti. Biskut arab kosong. Biskut makmur ada isi perut kat dalam 😁.



Ada sesetengah biskut arab tu dicampurkan sekali kacang tumbuk dengan adunan. Bergantung pada citarasa tukang buat kuih. Macam Syu, Syu prefer ada inti macam ni. Lembut di luar. Crunchy di dalam.


Biskut makmur
Biskut makmur dalamnya ada inti. Ada yang letak inti kacang tumbuk & ada juga yang letak kekacang sebiji-sebiji dalam ni - SUMBER FOTO : Cookpad.com



Resepi & cara pembuatan


Seperti biasa. bahan utama untuk buat biskut makmur mestilah kena ada minyak sapi. Bila guna minyak sapi, baru betul-betul terbit rasa authentic biskut makmur tu. Bukannya gantikan minyak sapi dengan majerin mahupun butter dalam adunan sebagai main ingredient. Hilang keaslian rasa biskut makmur tu nanti.



Memang tak dinafikan yang harga minyak sapi memang mahal. Walau bagaimana sekalipun, tak ada substitute ingredient kepada minyak sapi dalam resepi biskut makmur mahupun biskut arab. Sebaiknya, kekalkan penggunaan minyak sapi asli untuk buat biskut ni.

 

Biskut makmur
Lepas dibedak, letak dalam papercup macam ni. Tak ada gulanya terabur.


Waima korang replace dengan majerin/butter campur susu pun rasanya tetap tak kena. Nak tambah majerin/butter boleh. Tapi, dalam sesudu dua sahaja sekadar tambahan. Yang penting bahan wajib ada adalah minyak sapi. Baru sedap rasa biskutnya. Jom kita tengok resepi biskut makmur crunchy versi Syu.



BAHAN-BAHAN


2 cwn. - Tepung Gandum [Disangai & diayak] 

1/2 cwn. - Minyak sapi

1/4 cwn. - Gula kastor

1/3 cwn. - Gula aising

2 Sdt. - Susu tepung [Optional]

Kacang tanah [Disangai & dikisar kasar] 

Susu pekat

Papercup



CARA-CARA


  1. Gaul sebati tepung gandum, gula kastor, minyak sapi sehingga menjadi doh - Pastikan adunan tak melekat di tangan
  2. Campurkan kacang tanah & susu pekat untuk dijadikan inti
  3. Ambil sedikit doh & masukkan inti ke dalam & kemudian bentukkan
  4. Letakkan doh yang sudah dimasukkan inti di atas loyang & bakar pada suhu 180℃ selama 30 minit atau sehingga biskut masak
  5. Biarkan sejuk sekejap, kemudian baru salut dengan campuran gula asing & susu tepung
  6. Masukkan dalam papercup untuk nampak lebih presentable

Comments

  1. Tak pernah buat biskut makmur. Rasa dia pun dah lupa macamana. Macam dah bertahun jugak tak makan biskut makmur ni. Almaklumlah sekarang dah macam macam kuih baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang jumpa biskut ni dah sejak kuih baru dah muncul. Hu3.
      Lagi satu kuih batang buruk. Kuih tu pun payah nak jumpa juga 😅

      Padam
  2. Kesukaan sha ini.. memang selalu cari tapi jarang nak dapat yang betul-betul sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesukaan Syu juga 😋. Buat sendiri baru puas hati. Tu resepi Syu dah selit tu. Cubalah 😁.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!