Resepi Laksa Sarawak Paling Simple Guna Pes Laksa Sarawak Haji Manan

April 11, 2022

Malam tadi teringin sangat nak makan laksa Sarawak. Dah lama tak makan pun sebenarnya. Kali terakhir makan laksa Sarawak masa belajar di Shah Alam dedulu. Itupun kawan yang masakkan. Masa belajar di Sarawak, tak berapa suka. Bila dah duduk semenanjung. Terkenang-kenang pula rasa berempah kuah laksa ni.



Memandangkan rempah laksa Sarawak Haji Manan hari tu masih tak bersentuh lagi. Jadi, Syu buatlah laksa Sarawak dalam seperiuk untuk dua orang makan.  Laksa Sarawak yang Syu buat ni simple. Pakai barang sedia ada di rumah saja.


Resepi laksa sarawak paling simple
Togel & pucat sikitlah laksanya. Almaklumlah, laksa versi campak-campak.


Kalau ikutkan Syu nak letak udang bagi nampak mewah sikit laksanya. Tapi, macam malas pula Syu nak berebut masa singgah pasaraya Lotus's semalam. Jadi, Syu buat laksa Sarawak ayam saja. Ini resepinya. Harap orang Sarawak tak marahlah Syu derhaka resepi 😂. 



BAHAN-BAHAN


1 bungkus - Bihun (Dicelur sehingga lembut)

2 Senduk - Rempah laksa Sarawak Haji Manan

4 Ketul - Dada ayam

4 Biji - Telur ayam

1/2 Kotak kecil - Santan

Taugeh

Limau nipis

Daun ketumbar (Tak letak sebab tak ada)

1/2 Kiub - Pati ayam

2 Sdk - Perencah MAGGIE Cukup Rasa

10 biji - Cili padi merah (Syu guna cili padi hijau)*

1 biji - Cili besar merah (Syu guna cili padi hijau)*

Belacan*

1 Sdb - Gula*

1 Sdk - Garam*



CARA-CARA


  1. Rebuskan ayam sehingga masak. Angkat & sejukkan. Kemudian carik-carikkan isi ayamnya
  2. Masukkan rempah laksa Sarawak ke dalam air rebusan ayam tadi. Kemudian masukkan gula, kiub ayam, perencah MAGGIE Cukup Rasa & santan - Kalau pekat tambah sedikit air. Masak sehingga mendidih.
  3. Goreng telur dadar kemudian diracik nipis-nipis
  4. SAMBAL BELACAN - Hanya perlu tumbuk semua bahan yang bertanda asterik(*) sehingga lumat. Kemudian ditambahkan sedikit perahan asam limau untuk rasa masam
  5. Letakkan bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan telur dadar, ayam rebus, taugeh, daun ketumbar, sambal belacan & sedikit potongan limau nipis.
  6. Tuangkan kuah & sedia untuk dimakan



Sepatutnya rupa laksanya macam ni ya. Ada warna hijau merah oren segala. Baru nampak ceria. Tapi, disebabkan Syu buat laksa Sarawak versi campak-campak. Maka serinya tu ada lari sikit. Walau macam mana pun, rasanya tetap rasa laksa Sarawak. Senang saja buat laksa Sarawak ni. Tambah-tambah bila guna pes kuah laksa Sarawak ready made Haji Manan ni. Pada yang tak pernah makan laksa Sarawak, bolehlah cuba buat sendiri. Memang senang. 


Resepi laksa sarawak paling simple
SUMBER FOTO : Mstar

Comments

  1. wahhh rjin nya dia buat....!! Suka gak laksa sarawak ni

    BalasPadam
  2. nampak sedap . lama tak makan laksa sarawak ni

    BalasPadam
  3. tahniah https://www.mamapipie.com/2022/04/pengumuman-pemenang-giveaway-wang-tunai.html

    BalasPadam
  4. Terus jadi mudah dengan adanya pes macam nie..

    BalasPadam
  5. Saya pernah makan di salwa Kitchen dekat bandar puncak alam.. Memang sedap giler.. 1st time kot makan mee Kolok dan laksa Sarawak memang terbaik lah... Recommended https://salwa.kitchen

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!