Buat sizzling yee mee memang senang. Bahan-bahan pun memang mudah nak cari. Asalkan ada yee meenya. Kalau tidak memang tak dipanggil sizzling yee mee lah ya. Selain buat sizzling menggunakan yee mee. Korang juga boleh gantikan kepada nasi mahupun mee kuning. Nak gunakan kuetiaw pun tak menjadi masalah. Terpulang kepada selera tekak masing. Pada Syu, buat sizzling menggunakan yee mee sedap lagi.
Letak dalam pinggan elok-elok. Takkan nak makan dalam kuali kan. Buruk perangai orang tua-tua kata. |
Siapa kata tak ada hot plate tak boleh buat sizzling yee mee macam dekat food court tu? Boleh ya sebenarnya. Syu dah banyak kali buat. Pakai kuali sahaja. Lagi senang. Tak payah runsing nak berbeli hot plate bagai. Tambah-tambah, bila korang teringin sangat nak makan.
Takkan nak beli & tunggu hot plate korang sampai berminggu-minggu baru nak buat sizzling. Tak payah. Guna kuali pun dah boleh. Tapi, kena pastikan kuali yang digunakan tu kuali jenis nonstick. Kalau tidak, masa nak plating nanti melekat-lekatlah jawabnya sizzling yee mi korang dekat kuali.
➣ TAK NAK PAKAI KUALI? NAK GUNA HOT PLATE JUGA?
Boleh beli hot plate MURAH dekat sini :
Kunci Kesedapan Sizzling
Kalau korang nak tahu, kunci utama kepada kesedapan satu-satu sizzling yee mee tu terletak pada kuah sizzling tu sendiri. Sedap kuah. Sedaplah sizzling yee mee korang. Yang kedua, masa nak makan kena ada cili jeruk yang dalamnya ada rasa masam manis. Tak ada yang ini memang kurang kick. Tapi ada sesetengah orang tak berapa suka cili jeruk. Jadi, pada yang tak suka korang boleh skip 😁. Apa-apa pun jom kita tengok cara buat kuah sizzlingnya terlebih dahulu.
BAHAN-BAHAN
2 ketul - Yee mee kering (Direbus sehingga kembang)
3 Hiris - Halia
6 Ulas - Bawang putih (Dicincang/ditumbuk lumat)
6 Biji - Cili kering
1 Sdk. - Lada hitam
5 Sdt. - Sos tiram
Kicap pekat
Ayam (Terpulang nak letak banyak mana)
7 Ketul - Cendawan Shitake (Dipotong kecil)
Sawi (Dipotong kecil)
Lobak merah (Dipotong kecil)
Tepung jagung (Dibancuh dengan sedikit air)
2 Biji - Telur ayam
1/2 Ketul - Kiub pati ayam
Gula & Maggie Cukup Rasa
Air secukupnya
CARA-CARA
- Tumiskan bawang, halia & cili kering sehingga naik bau
- Masukkan cendawan shitake, ayam & lobak merah
- Tuangkan sedikit sos tiram bersama kicap pekat. Kemudian masukkan sedikit air berserta bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
- Masukkan kiub ayam, sedikit gula, perencah Maggi Cukup Rasa & serbuk lada hitam
- Biarkan kuah memekat sedikit. Kemudian padamkan api
Lepas dah siap buat kuah, barulah korang boleh start buat sizzling yee meenya. Tak lama mana pun masaknya. Sekejap sahaja. Tak sampai 5 minit. Dengan menggunakan kuali nonstick, korang panaskan kualinya terlebih dahulu di atas dapur - Gunakan api sederhana ya. Kemudian masukkan mee & sayur sawi. Diikuti dengan kuah sizzling yang dah dimasak mula-mula tadi.
Tak payah masak lama. 5 minit dah cukup. |
Masuklah ayam sikit. Cendawan Shitake sikit. Kemudian biarkan kuahnya menggelegak sekejap. Lepas tu baru masukkan telur ayam. Telur tu terpulang samada korang nak buat separuh masak atau well done. Misal kata kuahnya nampak kering, korang boleh tambahkan kuah. Padamkan api & sedia untuk dihidang. Memang sedap makan sizzling yee mee ni masa tengah panas 😋.
Belum pernah mencuba mee sebegini.
BalasPadamsedapnyaa
BalasPadamWah nanpak menyelerakan betul . Setanding sizzling di food court
BalasPadamYa Allah sedapnyaaa. T^T
BalasPadamBetul sangat Syu, kena kuah sedap baru best! Dulu rajin jugak masak sizzling yee mee. Sekarang kalau teringin baru beli bahan. Suka letak cendawan extra. Cili potong wajib ada. Hehehe....
BalasPadamLama gila tak makan sizzling nie..
BalasPadam