Mei 31, 2022
Alkisah Kek Lapis Sarawak
Kek lapis sarawak premium memang mahal harganya. Seloyang saja boleh cecah sampai ratusan ringgit. Rasanya memang sedaplah. Sebab bahan-bahan yang digunakan semuanya gred A. Lagipun bukan senang nak buat kek Sarawak ni. Setiap lapisannya kena dibakar satu persatu. Memang berjam nak menunggu kek ni masak.
SUMBER FOTO : thevocket.com |
Itu belum lagi kek Sarawak yang dilapis jadi corak batik macam kain tu. Yang itu lagi renyah prosesnya 😙. Kadang-kadang ada keinginan juga nak cuba buat kek lapis Sarawak ni dalam seloyang dua. Tapi, bila dikenang semula ingredients-nya. Lebih baik Syu beli saja.
Kek lapis paling feveret?
Kek lapis sarawak sekarang ni dah ada bermacam rupa bentuk & perisa dah. Tapi dalam banyak-banyak kek lapis sarawak. Ini antara kek lapis yang Syu suka makan sehingga ke hari ini :
- Masam manis
- Lapis original
- Evergreen
- Lapis india
- Lapis prune
- Sisik ikan
Masa belajar di Sarawak dedulu, Syu biasa beli kek Sarawak di Dayang Salhah & Mira Kek House sahaja. Selain dari yang dua ni sellers ni memang Syu tak pernah beli. Bukan tak nak beli yang ada dijual di tepi jalan sekitar Waterfront nun. Takut kena scam. Sebab abah Syu dah pernah kena dah sekali. Memang tak sedap rasa kek sarawaknya.
Sekarang ni di Sarawak dah banyak dah kedai kek sarawak dibuka. Waima di Semenanjung pun dah ada ramai penjual kek lapis sarawak. Bila-bila masa teringin nak makan. Hello-hello saja penjual. Insyallah, ada stok. Bila di Semenanjung sendiri dah ada kek lapis sarawak, tak payah dah susah-susah nak terbang ke Sarawak dah - Tapi feel dia tak samalah. Kalau pergi Sarawak, dapatlah pergi jalan-jalan.
Mahal pun kita support!
Macam Syu semalam dapatlah beli dalam dua loaf kek lapis sarawak. Bukan apa, saja nak merasa. Lagipun dah lama juga tak makan. Harga keknya RM27 untuk satu loaf. Agak mahal juga pada Syu sebenarnya. Tapi tak mengapalah. Kita tolong support sikit bisnes orang lain. Lagipun dalam rezeki kita kan ada rezeki orang lain juga.
Bila dikenang semula cara akak tu berjual. Macam kesian pula kalau tak beli. Dengan naik motorsikalnya. Bawa anak pula lagi. Memang nampaklah kegigihan akak tu nak cari rezeki. Masa sembang dengan akak tu semalam katanya dia asal dari Sarawak. Baru semalam dia start meniaga. Nak tak nak Syu beli saja dalam dua loaf.
Ini saja yang berkenan dihati 😋. Kek lapis india dengan kek lapis apa entah yang satu lagi tu 😅. |
Pada Syu not bad jugalah rasa keknya. Walaupun agak pricey. Tak tahulah samada keknya dibuat dari bahan-bahan premium atau tak. Itu wallahualam. Yang pasti bau & rasa butter premium tu ada 😂. Tak banyak. Tapi ada lah.
Ini kalau beraya dekat Sarawak memang puas makan kek lapis. Di Semenanjung ni kuih rayanya semua biskut-biskut belaka. Memang susahlah nak nampak kek lapis sarawak terhidang atas meja. Ini yang nak raya dekat Sarawak tahun depan ni 😆. Jeles tau tengok kawan-kawan Sarawak up status meja raya diaorang. Semuanya kek lapis sarawak belaka.
Geram tengok. Dahlah feveret kita tau! Kalau macam ni. Raya tahun depan terbang ke Sarawaklah 😝. Korang pula macam mana? Dalam banyak-banyak kek lapis sarawak. Korang suka kek lapis sarawak apa?
Mei 30, 2022
Cara Hilangkan Kesan Dakwat Pada Baju Putih
CARA HILANGKAN KESAN DAKWAT PADA BAJU PUTIH || Fabrik berwarna putih memang agak sensitif untuk dijaga. Malah agak sukar untuk dibersihkan especially bila terkena kotoran degil. Memang tak dinafikan diluar sana ada bermacam-macam petua & produk menghilangkan kesan degil pada fabrik berwarna putih.
SUMBER FOTO : thespruce.com |
Namun, belum tentu semuanya berhasil untuk menghilangkan kotoran terutamanya kesan dakwat. Even menggunakan cecair peluntur saja belum mencukupi untuk pembersihan yang menyeluruh. Kenapa Syu cakap macam tu? Sebab Syu sendiri dah cuba 😂.
Kesan dakwat hitam taknak hilang!
Nak dijadikan cerita. Minggu lepas baju kerja Syu terkena dakwat pen hitam. Habis bertompok-tompok satu baju dibuatnya. Sudahlah baju kerja Syu tu ada dua helai saja company bagi. Kalau baju ni tak dapat diselamatkan. Nampak gayanya tinggal satu baju sajalah untuk Syu pakai pergi kerja hari-hari 😌.
Actually, Syu ada cuba juga beberapa petua & tips di beberapa website & FB. Malangnya semua tak membuahkan hasil. Jadi makin parah lagi ada lah. Sakit mata tau bila tengok baju putih kena macam ni - Hati pun sakit juga sebenarnya 😂. Sebab itulah Syu tak suka beli baju warna ni. Sebab susah nak bela!
Tengoklah. Habis bertompok-tompok satu baju 😕. |
Guna 3 bahan ni. Dijamin berkesan.
Jenuh Syu berfikir macam mana nak hilangkan kesan dakwatnya. Berhari-hari jugalah Syu rendam dalam cecair peluntur. Macam tak ada harapan saja untuk diselamatkan.
Semalam Syu nekad nak hilangkan juga kesan dakwat hitam yang dah terkena pada baju Syu tu. Tapi guna cara Syu sendirilah. Cuba punya cuba. Tak sangka berhasil. Nak tahu macam mana Syu buat? Jom Syu tunjukkan caranya.
Untuk hilangkan kesan dakwat yang ada pada baju Syu tu. Syu guna 3 bahan ni :
- Cecair peluntur - Tak kisah jenama apa
- Cecair Kao bleach colour
- Serbuk pencuci - Tak kisah jenama apa
Cara cuci
Pertama sekali, korang kena basahkan dahulu permukaan yang terkena dakwat. Kemudian tuang rata cecair peluntur biasa diikuti dengan cecair peluntur untuk pakaian berwarna. Biarkan berbuih sekejap & barulah ditabur rata sabun serbuk.
Letakkan sedikit air. Selepas itu korang gonyohlah sampai kesan dakwat tu hilang - Gonyoh saja pakai tangan, tak payah pakai berus pun tak apa 😁. Lepas kotorannya dah hilang. Korang bilas bersih-bersih. Misal kata kotoran masih ada lagi, korang repeat semula proses. Insyaalah, kesan dakwat akan beransur pudar & hilang.
Harus diingat juga ya. Cara ni hanya boleh digunakan pakai untuk baju putih sahaja. Jadi, janganlah korang cuba cara ni pada pakaian berwarna pula. Takut lain pula hasilnya nanti. Sebab gabungan 3 bahan ni agak kuat juga sebenarnya.
Pada mereka yang sensitif dengan serbuk pencuci & cecair peluntur, Syu sarankan korang guna sarung tangan. Dikhuatiri akan memberikan radang pada kulit. Apa-apa pun hasilnya memang menjadi. Kesan dakwat pada baju putih Syu berjaya dihilangkan. Selamat mencuba! 😊💕
Mei 28, 2022
Pertama Kali Cuba Aiskrim Wall's Cornetto Brown Sugar Bubble Cheese
Aiskrim Cornetto Brown Sugar Bubble Cheese ni dah lama keluar sebenarnya. Malah, ada beberapa rakan-rakan Blogger Syu dah review pasal aiskrim ni tahun lepas. Baru ini kali pertama Syu nak cuba rasa aiskrimnya macam mana.
Almaklumlah. Bila dicari hari tu tak jumpa. Bila tak cari. Eh, ada pula dia. Itupun secara tak sengaja ternampak aiskrim ni dalam peti ais di 7E. Niat asal nak cari aiskrim Nescafe Gold Cappucino yang viral tu. Sampai ke sudah tak jumpa-jumpa.
Jangankan aiskrim Nescafe Gold Cappuccino. Aiskrim Nestle Mochi Boba yang Syu teringin nak makan dari dulu tu pun sampai ke hari ini tak nampak bayang 😌. Jenuh bercari. Nampak gayanya nak kena tunggu dia sendu macam aiskrim Cornetto Brown Sugar Bubble Cheese ni agaknya baru nak nampak bayang.
Aiskrim Cornetto Brown Sugar Bubble Cheese ni Syu belum pernah cuba lagi. Alang-alang dah nampak. Syu beli satu kon. Tapi tak beranilah nak beli banyak-banyak. Takut kecewa 😂.
Dari luar aiskrimnya nampak macam nampak sedap & menyelerakan. Isi dalamnya tak tahulah lagi macam mana. Actually, Syu ada juga baca reviews pasal aiskrim ni. Ada yang kata sedap. Ada yang kata tak sedap.
Sedap ke tidak aiskrimnya?
SUMBER FOTO : Shopee |
Sejujurnya. Kalau ikut tekak Syu. Aiskrim ni TAK SEDAP 😆! Memang tak dinafikan yang Syu suka cheese. Tapi cheese dalam aiskrim ni macam tak berapa kena pada tekak Syu. Ditambah pula dengan kombinasi aiskrim teh boba pada lapisan kedua tu. Fuhhhh...memang tak kena langsung 😂. Yang sedap cuma kon dia sahaja.
Nak tak nak paksa jugalah makan sampai habis. Nak buang sayang. Sepatutnya masa beli aiskrim ni kena ada sekali dengan encik suami. Baru dia boleh tolong habiskan dengan jayanya. Itulah ruginya kalau makan tak mengajak kan?
Pada yang ada keinginan nak mencuba aiskrim ni. Dipersilakan. Mana tahu selera tekak korang berbeza dengan Syu. Yang pasti. Sekarang ni Syu dah give up nak cari aiskrim mochi boba tu dah. Menyampah rasa. Memanjang tak ada dalam peti ais bila dicari. Samalah dengan aiskrim Nescafe tu juga 😤.
Mei 27, 2022
Cara Bayar Kompaun Menggunakan Aplikasi Park@Perak
Memandangkan hari ni tawaran diskaun kompaun 70% Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dah dibuka. Jadi, selagi boleh Syu tak nak lepaskan peluang untuk clear-kan segala saman parkir yang ada. Tak banyak pun. Masih berbaki satu saman saja lagi. Selebihnya, Syu dah bayar tahun lepas.
Patutnya KIV bayar lah kan? At least dapat juga merasa diskaun 70% untuk bayar semua saman parkir. 😂. Apa boleh buat. Tak sangka pula MBI murah hati nak bagi diskaun sampai macam tu sekali tahun ni. Selalu bagi diskaun 50% saja.
Cara bayar menggunakan aplikasi Park@Perak
Syu yakin. Mesti ramai yang cuba settle-kan bayar saman hari ni kan? Jadi untuk memudahkan kerja korang. Jom Syu ajar cara macam mana nak bayar saman parkir MBI menggunakan aplikasi Park@Perak - Muat turun dari mana-mana stor aplikasi (app stores). Dengan cara ni, tak payah dah korang nak bersesak di kaunter MBI.
Untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi Park@Perak. Pastikan korang dah muat turun & daftar aplikasi ni terlebih dahulu ya. Kepada pengguna aplikasi Park@Perak sedia ada, korang boleh proceed terus dengan pembayaran kompaun - Sila pastikan baki tambah nilai mencukupi untuk buat pembayaran. Begini caranya :
- Klik pada KOMPAUN di halaman utama
- Buat CARIAN nombor kenderaan
- Klik butang BAYAR
- Tekan YA untuk teruskan pembayaran
Lepas dah selesai buat pembayaran. Baki tambah nilai akan ditolak serta merta dari akaun aplikasi Park@Perak. Siap! Senang kan? Tak payah bersesak-sesak pergi ke kaunter. Lepas ni tak payah pening kepala fikir nak bayar kompaun MBI dah sebab semua dah settle.
Semakan kompaun & saluran pembayaran lain
Selain menggunakan aplikasi Park@Perak, korang juga boleh buat semakan kompaun melalui dua (2) saluran ni:
- Kaunter We serve
- e-semak & e-cetak di portal rasmi MBI atau
SUMBER FOTO : Freepik.com |
Manakala untuk pembayaran kompaun pula, pembayaran boleh dijelaskan melalui :
- Kaunter MBI
- e-bayaran di portal rasmi MBI
Jadi, pada yang ada saman parkir MBI tu. Jom pakat ramai-ramai pergi bayar hari ni. Boleh tahan banyak potongan diskaun yang MBI dah bagi tu. Bukan senang nak dapat. Ini pun sempena ulangtahun MBI yang ke-34. Kalau tidak. Memang tak merasalah 😆.
Mei 26, 2022
Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
CHECK OUT MEMO (COM) PEKERJA ASING || Bila mana pekerja asing (PA) mahupun pembantu rumah asing (PRA) telah tamat tempoh permit bekerja ataupun ditamatkan perkhidmatannya oleh majikan di Malaysia. Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN MAJIKAN untuk menghantar kembali PA pulang ke negara asal mereka.
SUMBER FOTO : Google |
Bukan hantar PA balik terus macam itu saja ya. Ada caranya. Yang pasti mesti mengikut prosedur standard & garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Jadi, sebelum menghantar PA ni balik ke negara asal mereka. Permohonan dokumen check out memo (COM) atau memo periksa keluar terlebih dahulu perlu dibuat oleh majikan sebelum PA berangkat keluar dari Malaysia.
Apa itu COM?
COM merupakan dokumen/memo pemohonan keluar. Ia WAJIB DIBAWA bersama PA sebelum pulang ke negara mereka. Setelah lulusnya permohonan COM oleh Jabatan Imigrisen Malaysia. PA/PRA tidak lagi layak untuk tinggal & bekerja di Malaysia kerana rekod PA/PRA yang sedia ada dalam sistem Jabatan Imigrisen Malaysia telah bertukar status.
Dokumen/memo ni akan disemak & disahkan oleh pegawai Jabatan Imigrisen Malaysia di mana-mana pintu keluar yang telah didaftarkan didalam sistem Jabatan Imigrisen.
Permohonan COM ni adalah PERCUMA & ia hanya boleh dimohon oleh majikan, wakil syarikat & agen yang dilantik sahaja. PA tidak boleh memohonnya sendiri di Jabatan Imigresen.
Majikan & syarikat boleh disenaraihitamkan
Untuk menghantar PA balik ke negara asal, majikan WAJIB
menghantar permohonan COM
terlebih dahulu kepada pihak Jabatan Imigrisen Malaysia. Sebaik-baiknya,
7-14 hari sebelum PA keluar meninggalkan Malaysia.
SUMBER FOTO : Moneycrasher.com |
Sekiranya COM tidak dibuat. Majikan dikira masih menggaji & mempunyai PA/PRA. Misalan PA/PRA tinggal & bekerja lebih tempoh masa, majikan boleh dikenakan penalti & kemungkinan juga syarikat boleh disenaraihitamkan.
Malah, majikan juga akan mengalami kesukaran untuk menggaji PA yang baru di masa akan datang. Dengan erti kata lain, kuota pengambilan PA majikan akan disekat.
COM lulus. Tapi PA lari?
Misal kata majikan dah buat COM tapi PA/PRA tak balik ke negara asal & terus tinggal lebih masa di Malaysia. Majikan tak perlu risau. Sebab PA/PRA bukan lagi di bawah tanggungjawab majikan. Malah, majikan juga terlepas dari sebarang tindakan undang-undang mahupun penalti dari kerajaan Malaysia.
Bila terjadinya situasi macam ni. Rekod majikan bersih. Sebaliknya, PA/PRA pula yang akan dikenakan tindakan undang-undang dengan cara disenaraihitamkan dari kembali bekerja di Malaysia. Tempoh senarai hitam yang bakal dikenakan adalah selama 5
tahun - Mungkin lebih atau dilarang terus untuk masuk ke Malaysia. Sebab itu pentingnya COM ni dibuat oleh majikan.
Cara mohon COM melalui kaunter
Bagi PA yang bakal dihantar pulang oleh majikan. COM boleh dipohon sekurang-kurangnya 7-14 hari sebelum dari tarikh penerbangan/ feri/ bas keluar dari Malaysia. Permohonan COM ni boleh dibuat secara walk-in ke bahagian pekerja asing di Jabatan Imigrisen ataupun secara online menggunakan portal e-PLKS.
Untuk permohonan melalui kaunter Jabatan Imigrisen. Berikut senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan COM ni :-
- SURAT PERMOHONAN rasmi berserta letter head kepada bahagian pengarah pekerja asing - Sertakan nombor nama, no. passport & warganegara PA/PRA
- BORANG permohonan COM
- SURAT WAKIL majikan berserta salinan IC & penyata KWSP (Disahkan oleh pegawai KWSP) - Jika perlu
- DOKUMEN PENDAFTARAN SYARIKAT dari MyDATA (Borang 9,24 & 49) - Jika perlu
- Salinan kad pengenalan PENGARAH SYARIKAT/INDIVIDU
- SALINAN TIKET penerbangan/ feri/ bas
- PASSPORT asal PA/PRA berserta salinan
(*Dokumen yang diperlukan mungkin berbeza dari masa ke semasa. Sila rujuk Bahagian Pekerja Asing di Jabatan Imigrisen Malaysia untuk maklumat lanjut)
Cara mohon COM online (eCOM)
Bagi permohonan eCOM secara online. Permohonan boleh dihantar secara terus melalui portal e-PLKS. Untuk menggunakan sistem ni, majikan perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Permohonan eCOM secara online lebih mudah & menjimatkan masa. Hanya perlu :-
- LOG MASUK ke portal e-PLKS
- Klik pada bahagian eCOM
- KEMASKINI maklumat PA/PRA
- Masukkan MAKLUMAT COM - Tarikh jangka keluar, pintu jangka keluar, negara dituju, sebab keluar, jenis pengangkutan & nama agen pengangkutan
- MUAT NAIK dokumen sokongan - Salinan passport & tiket penerbangan/ feri/ bas
- PERAKUAN majikan/wakil - Tanda (✔) pada ruangan kotak yang disediakan
- HANTAR pemohonan
Untuk makluman korang, permohonan eCOM yang telah dihantar adalah MUKTAMAD. Sebarang pindaan maklumat & pembatalan hanya boleh dibuat secara terus melalui kaunter Jabatan Imigrisen Malaysia yang terdekat. Proses untuk mendapatkan kelulusan COM mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hari bekerja.
Macam inilah rupa eCOM yang telah diluluskan oleh Jabatan Imigrisen Malaysia. |
Sekiranya permohonan berjaya - Boleh semak pada bahagian STATUS PEMOHONAN di sistem e-PLKS. Majikan dikehendaki mencetak eCOM sebanyak dua (2) salinan. Satu salinan untuk simpanan majikan & satu salinan lagi untuk dipegang oleh PA/PRA masa keluar dari Malaysia.
Bila sudah ada dokumen/memo ni, majikan bolehlah lepaskan PA mereka balik ke negara asal tanpa sebarang masalah. Senang bukan? Semoga perkongsian ni bermanfaat 😜💕.
Mei 24, 2022
Patah Biarkan Tumbuh. Hilang Ada Berpengganti.
Hari tu masa Syu pergi temuduga, cermin mata tergetak (tercicir) masa naik motor 😔. Sedar-sedar dekat rumah cermin mata dah tak ada tersepit dekat kocek baju. Tapi, alhamdulillah syukur. Handphone tak tergetak sama & masih elok terletak dalam kocek. Kalau tidak lagi mati akal. Sudahlah nombor telefon tak ingat langsung sebab semuanya handphone yang tolong ingatkan.
Yang Syu ingat pun cuma nombor telefon encik suami saja. Nombor telefon
mak & adik Syu memang Syu tak ingat langsung. Tambah-tambah bila
diaorang dah tukar nombor baru. Misal kata kalau handphone Syu hilang juga. Memang jenuhlah Syu nak jejak kasih 😂.
SUMBER FOTO : Shetellastory.com |
Pada yang sejenis otak komputer ingat nombor telefon macam kawan Syu. Memang Syu tabiklah. Kuat betul daya ingatan sampai boleh ingat semua nombor telefon orang. Macam Syu ni memori rajin lost. Tambah-tambah dalam bab-bab mengingat nombor telefon.
Kalau nombor senang-senang boleh lagi diusahakan untuk dikekalkan dalam ingatan Syu. Tapi, kalau nombor yang bukan-bukan hala nombornya. Memang kenang daku dalam doamu sajalah jawabnya ya. Tak tercapai dek akal Syu nak ingat 😂.
Cari pengganti
Sejak hilang cermin mata. Memang Syu tak dapat langsung nak drive malam. Kalau drive pun nampak samar-samar belaka semua yang ada di depan mata. Waktu siang tak ada masalah. Mungkin disebabkan rabun silau Syu agak tinggi. Jadi agak terhad sedikit penglihatan Syu pada waktu malam.
Bila dah jadi macam ni, nak tak nak terpaksa juga buat cermin mata yang baru sebagai pengganti. Sejujurnya, cermin mata yang Syu buat kali ni agak mahal sikit harganya ya jika dibandingkan dengan cermin mata yang sebelum ni 😌. Kalau ikutkan harga bingkainya tak mahal mana pun. Cuma RM68 saja.
Tapi disebabkan Syu ada rabun jauh & rabun silau. Jadi Syu dinasihatkan untuk pilih kanta yang ada fungsi blue filter. Katanya bagus untuk orang yang ada rabun silau. Lagipun kanta jenis ni memang sesuai sangat untuk mata Syu yang selalu hadap skrin komputer/laptop berjam-jam.
Inilah rupa cermin matanya. Harap yang ini kekal till jannah 😂. |
Dari segi reka bentuk bingkai. Encik suami yang tolong pilihkan. Katanya dia tak suka design cermin mata Syu yang lama. Katanya macam orang tua - Memang dah tua pun. Celah mana nak nampak muda pun Syu tak tahu 😅.
Jadi
dipilihnya bingkai cermin mata design zaman dedulu. Suruh Syu ikut trend katanya. Dia
tak tahu yang mak kita pakai cermin mana rupa ini sebelum keluarkan
kita 😆. Lawa kalau pakai bingkai ini katanya. Memandangkan suami dah kata lawa. Kita turutkan saja. Orang kata tak lawa. Lantakkan saja.
Mei 23, 2022
Sushi King Bonanza May 2022
SUMBER FOTO : Sushi-king.com |
Buat penggemar Sushi King, jangan lepaskan peluang korang untuk bersushi bonanza hari ni. Promosi berlanjutan sehingga 26 Mei 2022 ini sahaja. Pada yang belum jadi ahli berdaftar. Make sure korang daftar terlebih dahulu di aplikasi Sushi King untuk enjoy sushi bonanza ni. Mudah saja. Jangan lepaskan peluang okey 😋. Selamat bersushi bonanza!
Diskaun Kompaun 70% Majlis Bandaraya Ipoh
Berita gembira buat warga Ipoh yang ada bersusun saman parkir. Bersempena ulang tahun yang ke-34, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ada tawarkan pengurangan kompaun sebanyak 70%. Tawaran ni dibuka selama satu hari sahaja iaitu pada 27 Mei 2022. Jadi, pada korang yang ada saman parkir MBI. Inilah masanya untuk korang bagi settle saman-saman parkir korang yang sedia ada tu.
SUMBER FOTO : Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) |
Bila sebut pasal saman parkir. Auto teringat pada diri sendiri. Syu pun ada rekod saman juga dengan MBI ni. Ada tiga saman semuanya. Tahun lepas selesai sudah bayar dua saman. Masa tu diskaun kompaun yang ditawarkan cuma 50% sahaja. Dalam diskaun 50% tu, busuk-busuk melayang jugalah RM50.
Sekarang saman parkir Syu masih berbaki satu lagi saman. Alang-alang dah ada diskaun 70% dari MBI ni. Ada baiknya juga Syu selesaikan secepat mungkin. Malas nak berhutang dengan MBI dah. Jadi, siapa-siapa yang ada saman parkir tu moh ler kita pakat-pakat pergi bayor! 😁
Semakkan & pembayaran kompaun
Buat warga Ipoh yang ada saman parkir macam Syu. Segala kompaun korang boleh disemak melalui :
- Kaunter We serve
- e-semak & e-cetak di portal rasmi MBI atau
- Aplikasi Park@Perak - Muat turun dari mana-mana stor aplikasi (app stores)
Manakala untuk pembayaran kompaun pula, ianya boleh dijelaskan melalui pembayaran di :
- Kaunter MBI
- e-bayaran di portal rasmi MBI
- Aplikasi Park@Perak
Mei 20, 2022
Saloma Steamboat & Grill - Tanjung Rambutan, Perak
Memandangkan semalam Syu malas nak masak. Jadi, kita pilih port makan terbaik untuk kenyangkan perut yang tercinta. Dengar cerita ada satu restoran steamboat MURAH & SEDAP baru buka di kawasan Ipoh ni. Saloma Steamboat & Grill nama restorannya. Lokasi restoran ni letaknya nun di Tanjung Rambutan nun 😂. Kalau dari rumah Syu, makan masa setengah jam jugalah nak sampai ke sana. Tapi bila sentuh bab nak isi perut. Soal jauh? No problem 😁.
Memang meriah & dapat sambutan ramai. Sedap & murahlah katakan. |
Kalau ikutkan dah lama dah Syu aimed restoran ni sebenarnya. Dari bulan puasa hari tu lagi Syu nak makan berbuka puasa dekat sini. Tapi tak sempat. Sebab malas nak keluar rumah jauh-jauh semata-mata nak berbuka puasa 😆. Even masa raya ke-10 tempoh hari pun Syu dah planned nak makan dekat sini ramai-ramai dengan famili sebelah suami. Tapi disebabkan tempahan dah penuh. Terpaksa batalkan niat.
Semalam lepas maghrib baru dapat peluang jejakkan kaki. Tak ada booking dah. Kami berdua laki bini terus datang walk-in saja. Cuba nasib. Andai kata penuh. Anggap saja tak ada rezeki. Alhamdulillah. Lengang. Tak ramai orang masa kami datang semalam. Tapi masa kami masuk, ada jugalah beberapa meja yang dah di-reserved awal oleh pelanggan.
Cantik, Selesa & Mesra Foto
Sejujurnya, suasana restoran Saloma Steamboat & Grill ni memang cantik & meriah. Waktu siang memang restorannya nampak macam sendu & biasa saja. Cuba kalau korang datang waktu malam. Memang colourful & ceria tempatnya. Merata-rata lampu dipasang keliling restoran ni. Tempat pun santai & sejuk mata memandang. Tambah-tambah bila diselitkan elemen buluh dalam dekorasi kedai. Rasa macam duduk dekat kampung pun ada.
Dia punya tema tu macam ala-ala Buloh Inn dalam filem Do Re Mi 😁. |
Bukan itu saja. Di restoran ni juga ada dikhaskan satu port untuk korang bergambar. Buat yang suka ber-OOTD & berhajat nak ambil gambar buat kenang-kenagan tu memang sesuai sangatlah. Misal kata korang tak ada cameraman. Jangan risau. Korang boleh minta tolong krew restoran ni ambilkan gambar. Insyallah, diorang sudi membantu - Sebab Syu sendiri pun buat juga 😁.
Semua menu sedap-sedap belaka
Kalau korang nak tahu, semua menu di Saloma Steamboat & Grill ni dihidangkan secara buffet. Bermula dari hidangan pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut. Terus terang Syu cakap. Semua menunya sedap-sedap belaka. Pilihan pun banyak. Memang rambang mata nak memlilih. Terpulang korang nak makan banyak mana sekalipun. Asalkan syaratnya JANGAN MEMBAZIR.
Kita sebagai mem besar memang gembira sangatlah sebab dapat gantung periuk belanga satu hari. |
Harus diingat ya. Setiap pembaziran makanan yang korang buat, pihak restoran akan kenakan cas/penalti untuk setiap gram yang korang dah bazirkan - RM20/200g kalau tak silap Syu 😅. Jadi, Syu nasihatkan bila nak makan tu berpada-padalah. Biar bersukat orang kata. Jangan ikut nafsu. Barulah tak ada pembaziran. Lagipun, membazir tu kan amalan syaitan.
Steamboat & grill di restoran Saloma Steamboat & Grill ni memang tak dinafikan kesedapannya. Dari bahan perapan grill sampailah ke sos pencicah. Memang padu tak terkata. Untuk kuah steamboat pula, ada dua pilihan kuah diberikan. Satu kuah tomyam & satu lagi kuah sup. Syu sempat rasa kuah tomyam saja semalam. Boleh tahn sedap juga kuahnya. Next round nak cuba kuah sup pula.
Big boss memang sukalah. Tambah-tambah ada udang galah fresh.Memang makan puas-puaslah jawabnya. |
Selain steamboat & grill, menu lain yang paling Syu suka ialah soft icecream, kek red velvet & spaghetti. Sampai ke hari ni teringat-ingat tau. Sebab sedap sangat. Even sayur pak choy gorengnya yang simple tu pun sedap. Lagi satu yang seronoknya bukan apa. Tauke kedai pun tak kedekut orangnya. Lepas dah bayar pun dia still bagi kebenaran untuk tapau aiskrim.
Makan buffet di restoran ni memang puas hati. Sudahlah murah harganya. Banyak pilihan & sedap pula tu. Memang tak rugi makan buffet dekat sini. Pada yang ada disekitar Ipoh, korang WAJIB SINGGAH restoran Saloma Steamboat & Grill ni.
Dengar cerita, harga promosi buffet tuan kedai dah
lanjutkan sehingga penghujung bulan May ni sahaja. Masuk bulan Jun, harga bakal dinaikkan. Jadi sementara tengah murah ni. Jomlah pakat ramai-ramai pergi serbu. Tak cuba memang
rugi. Jangan lepaskan peluang okey! Untuk maklumat lanjut & sebarang tempahan boleh rujuk details di bawah.
|
Mei 15, 2022
Sekadar Ikhtiar Untuk Move On
Lama dah Syu bertapak di tempat Syu kerja ni. Dari hari pertama berkhidmat. Sampai ke hari ni macam tak ada apa-apa perkembangan langsung. Baik dari segi kerjaya, gaji, bonus mahupun medical benefits. Masa interview 3 tahun lepas kemain janji bulan bintang. Katanya setiap tahun ada kenaikkan gaji & sebulan bonus. Hujung-hujung habuk pun tak ada.
Pejam celik. Ada 3 tahun jugalah dekat sini. |
Rasanya dah sampai masa Syu ikhtiar untuk move on cari kerja dekat tempat lain. Sampai bila nak stay dekat sini. Sudahlah apa benefits pun tak ada. Panel kinik pun sikit punya kedekut nak provide pada staf. Padahal staf bukan ramai manapun. 10 orang pun tak sampai. Buat projek juta-juta. Dengan staf pun nak bakhil.
Raya tanpa gaji
Paling sedih masa nak sambut raya hari tu. Memang terserlah bias-nya. Masa nak sambut Tahun Baru Cina boleh pula released gaji awal. Bila sampai raya kita. Masuk raya ke-4 baru dapat gaji. Nak raya apa macam tu? Orang sebelum rayalah nak berbelanja segala. Tak kiralah raya tergermpar sekalipun.
Yang hairannya, staf-staf berbangsa Cina minta awalkan gaji 3 hari sebelum Hari Raya Cina elok pula lepas dapat gaji 27/1. Yang kami ni seminggu awal dah minta. Haram tak nak bagi. Sekurang-kurangnya kalau tak nak bagi penuh sekalipun. Paling kurang bagilah half. Ini tak. Dah nak masuk raya ke-5 baru dapat gaji.
Officemates Syu dah meletup-letup hantar Whatsapp tanya pasal gaji. Runsing nak menjawab. Nak tak nak terpaksa redha sajalah. Kita yang staff perempuan ni tak adalah rasa terbeban sangat kalau gaji lambat sebab ada suami tolong support.
Yang staff lelakilah paling kesian. Buatnya isteri minta nak beli baju raya barang raya segala? Apa nak dihulurkan? Kalau ada duit simpanan buat backup tak mengapa. Buat yang tak ada savings. Memang raya kosong-kosonglah jawabnya. Macam Syu alhamdulillah masih ada simpan duit spare buat backup. Walaupun duit dah banyak lesap hujung bulan lepas - Hampir RM4K Lesap Dari Maybank.
Dapat panggilan temuduga
Cuba saja. Dapat tak dapat tolak tepi. |
Selasa ni ada panggilan temuduga. Harap-harap ada rezekilah hendaknya. Bukan apa. Tak lalu dah Syu nak kerja dekat tempat sekarang ni. Tambah pula bos jenis suka buat kerja underground tak nak ikut undang-undang.
Elok-elok kerja mudah. Jadi, bertambah-tambah renyah & leceh nak diselesaikan. Jenis bos macam ni elok tinggalkan saja. Baru dia ada akal sikit. Bila cakap tak nak dengar. Bila isu jadi besar, kitalah yang kelam kabut nak selesaikan. Geram tau. Bos korang macam ni tak?
Mei 05, 2022
Salam Aidilfitri
Assalamualaikum semua sahabat maya. Sudah masuk raya ke-4 baru Syu sempat nak create entri 😅. Cerita pun dah nak basi. Jangankan di Blogger. Di socmed pun Syu tak sempat nak up gambar raya. Bukan apa, malas nak kelebek handphone. Kalau ikutkan ada banyak yang nak dicoretkan dekat Syuderis.com ni. Tapi, malas pula nak hadap laptop.
By the way, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan-rakan Blogger Syu. Syu minta maaf andai selama hari ni ada beberapa penulisan Syu secara tak sengaja ada mengguris hati korang. Harap korang dapat maafkan. Almaklumlah, jari jemari tak berakal. Ada masa tulis ikut mana dan saja 😂.
Menggelupur raya tahun ni
Tahun ni mangkor sambut raya kome! Menggelupur nyawa dibuatnya bila tiba-tiba hari raya 😂. Pelan asal Syu nak balik kampung hari Selasa. Bila dah jadi macam ni, terpaksa diganjakkan lebih awal. Nasib baik dapat cuti. Buat yang planned nak balik raya hari Isnin tu memang kesian. Tambah-tambah yang duduk jauh. Alahmdulillah syukur sangat bila kami semua adik-beradik duduk dalam satu negeri sahaja. Senang nak balik beraya.
Nak dijadikan cerita. Masa pengumuman raya diumumkan. Syu berada dekat luar bercari barang keperluan raya. Pada awalnya pasaraya tak berapa ramai orang. Lepas dapat tahu yang esoknya nak raya. Berpusu-pusu orang datang bercari barang. Elok-elok lengang. Jadi auto sesak terus. Atas jalan raya jangan cakaplah. Memang jammed penuh kenderaan.
Lepas tu dengan stok ayam & daging tak ada. Runsing. Memang jenuh bercari. Otak dah runsing tak tahu apa nak direndangkan? Yang ada dekat pasaraya cuma ayam pencen beku yang dah tua 😂. Memang tidaklah nak beli. Kalau beli nak buat masak rendang pun dah tentu-tentu nak kena masak lama. Kalau tak reti masak, rendang ayamnya mahu auto bertukar jadi getah sekerap. Eh...Tak kuasa kita.
Makin bertambah team members Pak Deris tahun ni 😁. |
Raya kali ni serba ringkas sambutan Syu sekeluarga. Periuk belanga semua bergantung. Tak kuasa nak masak. Balik kampung makan makanan yang mak masak. Kuih pun sempat buat 3 jenis saja tahun ni. Target nak buat 5 jenis. Apakan daya. Dah esoknya nak balik raya. Auto tertutup terus mood nak buat kuih. Even nak menapai pun tak jadi sebab tak sempat punya pasal.
Kasar sikit salam raya tahun ni
Bila dah lama tak balik raya, salam tu kena kasar sikitlah dengan mak ayah, adik beradik & anak saudara 😂. Almaklumlah, 3 tahun tak dapat beraya secara sempurna. Nak balik bimbang mendatangkan kemudaratan pada mak ayah. Jadi, nak tebus balik kesalahan. Kita salam kasar sikit untuk raya tahun 2022 ni. Cepat sikit hilang merah mata lepas nangis-nangis 😁.
Gambar ehsan dari adik beradik 😅. Handphone memanjang dalam beg. |
Walaupun pada awalnya agak kelam kabut. Tapi, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Rasa bersyukur sangat bila dapat balik kampung beraya seperti biasa tanpa sekatan apa-apa. Cuma encik suami sahaja tak dapat nak join atas sebab tuntutan kerja 😞. Orang dah nak habis raya baru dia dapat cuti. Tapi tak ada hal. Raya kan sebulan 😁 - SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2022
(157)
-
▼
Mei
(11)
- Alkisah Kek Lapis Sarawak
- Cara Hilangkan Kesan Dakwat Pada Baju Putih
- Pertama Kali Cuba Aiskrim Wall's Cornetto Brown Su...
- Cara Bayar Kompaun Menggunakan Aplikasi Park@Perak
- Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
- Patah Biarkan Tumbuh. Hilang Ada Berpengganti.
- Sushi King Bonanza May 2022
- Diskaun Kompaun 70% Majlis Bandaraya Ipoh
- Saloma Steamboat & Grill - Tanjung Rambutan, Perak
- Sekadar Ikhtiar Untuk Move On
- Salam Aidilfitri
-
▼
Mei
(11)