Alkisah Kek Lapis Sarawak

Mei 31, 2022

Kek lapis sarawak premium memang mahal harganya. Seloyang saja boleh cecah sampai ratusan ringgit. Rasanya memang sedaplah. Sebab bahan-bahan yang digunakan semuanya gred A. Lagipun bukan senang nak buat kek Sarawak ni. Setiap lapisannya kena dibakar satu persatu. Memang berjam nak menunggu kek ni masak.

 

Kek lapis sarawak
SUMBER FOTO : thevocket.com

 

Itu belum lagi kek Sarawak yang dilapis jadi corak batik macam kain tu. Yang itu lagi renyah prosesnya 😙. Kadang-kadang ada keinginan juga nak cuba buat kek lapis Sarawak ni dalam seloyang dua. Tapi, bila dikenang semula ingredients-nya. Lebih baik Syu beli saja.

 

 

Kek lapis paling feveret?

 

Kek lapis sarawak sekarang ni dah ada bermacam rupa bentuk & perisa dah. Tapi dalam banyak-banyak kek lapis sarawak. Ini antara kek lapis yang Syu suka makan sehingga ke hari ini :

 

  • Masam manis
  • Lapis original
  • Evergreen
  • Lapis india
  • Lapis prune
  • Sisik ikan

 

Masa belajar di Sarawak dedulu, Syu biasa beli kek Sarawak di Dayang Salhah & Mira Kek House sahaja. Selain dari yang dua ni sellers ni memang Syu tak pernah beli. Bukan tak nak beli yang ada dijual di tepi jalan sekitar Waterfront nun. Takut kena scam. Sebab abah Syu dah pernah kena dah sekali. Memang tak sedap rasa kek sarawaknya.

 

Sekarang ni di Sarawak dah banyak dah kedai kek sarawak dibuka. Waima di Semenanjung pun dah ada ramai penjual kek lapis sarawak. Bila-bila masa teringin nak makan. Hello-hello saja penjual. Insyallah, ada stok. Bila di Semenanjung sendiri dah ada kek lapis sarawak, tak payah dah susah-susah nak terbang ke Sarawak dah - Tapi feel dia tak samalah. Kalau pergi Sarawak, dapatlah pergi jalan-jalan.

 

 

Mahal pun kita support!

 

Macam Syu semalam dapatlah beli dalam dua loaf kek lapis sarawak. Bukan apa, saja nak merasa. Lagipun dah lama juga tak makan. Harga keknya RM27 untuk satu loaf. Agak mahal juga pada Syu sebenarnya. Tapi tak mengapalah. Kita tolong support sikit bisnes orang lain. Lagipun dalam rezeki kita kan ada rezeki orang lain juga.



Bila dikenang semula cara akak tu berjual. Macam kesian pula kalau tak beli. Dengan naik motorsikalnya. Bawa anak pula lagi. Memang nampaklah kegigihan akak tu nak cari rezeki. Masa sembang dengan akak tu semalam katanya dia asal dari Sarawak. Baru semalam dia start meniaga. Nak tak nak Syu beli saja dalam dua loaf.

 

Kek lapis sarawak
Ini saja yang berkenan dihati 😋. Kek lapis india dengan kek lapis apa entah yang satu lagi tu 😅.


Pada Syu not bad jugalah rasa keknya. Walaupun agak pricey. Tak tahulah samada keknya dibuat dari bahan-bahan premium atau tak. Itu wallahualam.  Yang pasti bau & rasa butter premium tu ada  😂. Tak banyak. Tapi ada lah.

 

Ini kalau beraya dekat Sarawak memang puas makan kek lapis. Di Semenanjung ni kuih rayanya semua biskut-biskut belaka. Memang susahlah nak nampak kek lapis sarawak terhidang atas meja. Ini yang nak raya dekat Sarawak tahun depan ni 😆. Jeles tau tengok kawan-kawan Sarawak up status meja raya diaorang. Semuanya kek lapis sarawak belaka.


Geram tengok. Dahlah feveret kita tau! Kalau macam ni. Raya tahun depan terbang ke Sarawaklah 😝. Korang pula macam mana? Dalam banyak-banyak kek lapis sarawak. Korang suka kek lapis sarawak apa?

Comments

  1. Baru perasan raya tahun ni tak merasa kek lapis sarawak lagi.

    BalasPadam
  2. Seronok tengok cara orang sarawak punya hidang kuih raya..pelbagai perisa kek lapis ada..

    BalasPadam
  3. Sedapppp kek lapisss Sarawakkk... Favourite too

    BalasPadam
  4. Teringat orang Sarawak bila makan Kek Sarawak ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat dekat siapalah tu agaknya ya 😆. Kih3.

      Padam
  5. Tergelak baca komen Dasir Rounin

    BalasPadam
  6. Seronok tengok color color dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah kan warna dia? Nak makan pun sayang 😂

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!