Patah Biarkan Tumbuh. Hilang Ada Berpengganti.

Mei 24, 2022

Hari tu masa Syu pergi temuduga, cermin mata tergetak (tercicir) masa naik motor 😔. Sedar-sedar dekat rumah cermin mata dah tak ada tersepit dekat kocek baju. Tapi, alhamdulillah syukur. Handphone tak tergetak sama & masih elok terletak dalam kocek. Kalau tidak lagi mati akal. Sudahlah nombor telefon tak ingat langsung sebab semuanya handphone yang tolong ingatkan.



Yang Syu ingat pun cuma nombor telefon encik suami saja. Nombor telefon mak & adik Syu memang Syu tak ingat langsung. Tambah-tambah bila diaorang dah tukar nombor baru. Misal kata kalau handphone Syu hilang juga. Memang jenuhlah Syu nak jejak kasih 😂.


SUMBER FOTO : Shetellastory.com


Pada yang sejenis otak komputer ingat nombor telefon macam kawan Syu. Memang Syu tabiklah. Kuat betul daya ingatan sampai boleh ingat semua nombor telefon orang. Macam Syu ni memori rajin lost. Tambah-tambah dalam bab-bab mengingat nombor telefon.


Kalau nombor senang-senang boleh lagi diusahakan untuk dikekalkan dalam ingatan Syu. Tapi, kalau nombor yang bukan-bukan hala nombornya. Memang kenang daku dalam doamu sajalah jawabnya ya. Tak tercapai dek akal Syu nak ingat 😂.

 

 

Cari pengganti


Sejak hilang cermin mata. Memang Syu tak dapat langsung nak drive malam. Kalau drive pun nampak samar-samar belaka semua yang ada di depan mata. Waktu siang tak ada masalah. Mungkin disebabkan rabun silau Syu agak tinggi. Jadi agak terhad sedikit penglihatan Syu pada waktu malam.



Bila dah jadi macam ni, nak tak nak terpaksa juga buat cermin mata yang baru sebagai pengganti. Sejujurnya, cermin mata yang Syu buat kali ni agak mahal sikit harganya ya jika dibandingkan dengan cermin mata yang sebelum ni 😌. Kalau ikutkan harga bingkainya tak mahal mana pun. Cuma RM68 saja.

 

Tapi disebabkan Syu ada rabun jauh & rabun silau. Jadi Syu dinasihatkan untuk pilih kanta yang ada fungsi blue filter. Katanya bagus untuk orang yang ada rabun silau. Lagipun kanta jenis ni memang sesuai sangat untuk mata Syu yang selalu hadap skrin komputer/laptop berjam-jam. 


Cermin mata
Inilah rupa cermin matanya. Harap yang ini kekal till jannah 😂.


Dari segi reka bentuk bingkai. Encik suami yang tolong pilihkan. Katanya dia tak suka design cermin mata Syu yang lama. Katanya macam orang tua - Memang dah tua pun. Celah mana nak nampak muda pun Syu tak tahu 😅.



Jadi dipilihnya bingkai cermin mata design zaman dedulu. Suruh Syu ikut trend katanya. Dia tak tahu yang mak kita pakai cermin mana rupa ini sebelum keluarkan kita 😆. Lawa kalau pakai bingkai ini katanya. Memandangkan suami dah kata lawa. Kita turutkan saja. Orang kata tak lawa. Lantakkan saja.

Comments

  1. Kalau silau sama dgn Naim, kalau kereta lampu tinggi warna putih terus tangkap kepala.Leps tu mula sakit kepala. hihu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geng lah kita.
      Faham...
      Memang perit kan kalau kena lampu putih.
      Auto buta terus mata dibuatnya 😌. Hu3.

      Padam
  2. ammi pun nak kena buat cermin baru sbb yang tengah pakai ni ammi pun confuse kadang-kadang, pakai cermin ke tidak. Nak baca nombor plat grab car pun sekian punya payah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Power bertambah lettew gamaknya...
      Silalah buat!! Hu3.

      Padam
  3. Uncle kalau tanpa spek alamatnya tak nampak la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😂 Kita nampak lagi. Tapi samar2 gittew...

      Padam
  4. ooo..silau memang tak best drive. dan bahaya juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sakit mata bila kena cahaya 😅.

      Padam
  5. Kak Sue pun hilang spek juga beberapa bulan lepas, nasib lah ada buat spek baru sebelum hilang spek lama tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik Kak Sue ada spare. Kalau x, jadi macam Syu.
      Sudahlah pandang jauh tak boleh. Kena cahaya pun tak boleh. Hidup macam orang buta pun ada 😂.

      Padam
  6. saya sendiri rasa da sampai masa nak pakai cermin mata.. asyik rasa silau saja ni

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!