Cara Bayar Kompaun Menggunakan Aplikasi Park@Perak

Mei 27, 2022

Memandangkan hari ni tawaran diskaun kompaun 70% Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dah dibuka. Jadi, selagi boleh Syu tak nak lepaskan peluang untuk clear-kan segala saman parkir yang ada. Tak banyak pun. Masih berbaki satu saman saja lagi. Selebihnya, Syu dah bayar tahun lepas.



Patutnya KIV bayar lah kan? At least dapat juga merasa diskaun 70% untuk bayar semua saman parkir. 😂. Apa boleh buat. Tak sangka pula MBI murah hati nak bagi diskaun sampai macam tu sekali tahun ni. Selalu bagi diskaun 50% saja.

 

 

Cara bayar menggunakan aplikasi Park@Perak


Syu yakin. Mesti ramai yang cuba settle-kan bayar saman hari ni kan? Jadi untuk memudahkan kerja korang. Jom Syu ajar cara macam mana nak bayar saman parkir MBI menggunakan aplikasi Park@Perak - Muat turun dari mana-mana stor aplikasi (app stores). Dengan cara ni, tak payah dah korang nak bersesak di kaunter MBI.



Untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi Park@Perak. Pastikan korang dah muat turun & daftar aplikasi ni terlebih dahulu ya. Kepada pengguna aplikasi Park@Perak sedia ada, korang boleh proceed terus dengan pembayaran kompaun - Sila pastikan baki tambah nilai mencukupi untuk buat pembayaran. Begini caranya :

 


 

  1. Klik pada KOMPAUN di halaman utama
  2. Buat CARIAN nombor kenderaan
  3. Klik butang BAYAR
  4. Tekan YA untuk teruskan pembayaran


Lepas dah selesai buat pembayaran. Baki tambah nilai akan ditolak serta merta dari akaun aplikasi Park@Perak. Siap! Senang kan? Tak payah bersesak-sesak pergi ke kaunter. Lepas ni tak payah pening kepala fikir nak bayar kompaun MBI dah sebab semua dah settle.




Semakan kompaun & saluran pembayaran lain


Selain menggunakan aplikasi Park@Perak, korang juga boleh buat semakan kompaun melalui dua (2) saluran ni:


Parking compound
SUMBER FOTO : Freepik.com


Manakala untuk pembayaran kompaun pula, pembayaran boleh dijelaskan melalui :


Jadi, pada yang ada saman parkir MBI tu. Jom pakat ramai-ramai pergi bayar hari ni. Boleh tahan banyak potongan diskaun yang MBI dah bagi tu. Bukan senang nak dapat. Ini pun sempena ulangtahun MBI yang ke-34. Kalau tidak. Memang tak merasalah 😆.

 

Comments

  1. mudah skrg semua buat di alam maya aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mama. Lebih memudahkan. Tak payah nak beratur panjang di kaunter dah 😊💕.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!