Salam Aidilfitri

Mei 05, 2022

Assalamualaikum semua sahabat maya. Sudah masuk raya ke-4 baru Syu sempat nak create entri 😅. Cerita pun dah nak basi. Jangankan di Blogger. Di socmed pun Syu tak sempat nak up gambar raya. Bukan apa, malas nak kelebek handphone. Kalau ikutkan ada banyak yang nak dicoretkan dekat Syuderis.com ni. Tapi, malas pula nak hadap laptop.



By the way, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan-rakan Blogger Syu. Syu minta maaf andai selama hari ni ada beberapa penulisan Syu secara tak sengaja ada mengguris hati korang. Harap korang dapat maafkan. Almaklumlah, jari jemari tak berakal. Ada masa tulis ikut mana dan saja 😂.



Menggelupur raya tahun ni

 

Tahun ni mangkor sambut raya kome! Menggelupur nyawa dibuatnya bila tiba-tiba hari raya 😂. Pelan asal Syu nak balik kampung hari Selasa. Bila dah jadi macam ni, terpaksa diganjakkan lebih awal. Nasib baik dapat cuti. Buat yang planned nak balik raya hari Isnin tu memang kesian. Tambah-tambah yang duduk jauh. Alahmdulillah syukur sangat bila kami semua adik-beradik duduk dalam satu negeri sahaja. Senang nak balik beraya. 



 

Nak dijadikan cerita. Masa pengumuman raya diumumkan. Syu berada dekat luar bercari barang keperluan raya. Pada awalnya pasaraya tak berapa ramai orang. Lepas dapat tahu yang esoknya nak raya. Berpusu-pusu orang datang bercari barang. Elok-elok lengang. Jadi auto sesak terus. Atas jalan raya jangan cakaplah. Memang jammed penuh kenderaan.



Lepas tu dengan stok ayam & daging tak ada. Runsing. Memang jenuh bercari. Otak dah runsing tak tahu apa nak direndangkan? Yang ada dekat pasaraya cuma ayam pencen beku yang dah tua 😂. Memang tidaklah nak beli. Kalau beli nak buat masak rendang pun dah tentu-tentu nak kena masak lama. Kalau tak reti masak, rendang ayamnya mahu auto bertukar jadi getah sekerap. Eh...Tak kuasa kita.


Makin bertambah team members Pak Deris tahun ni 😁.


Raya kali ni serba ringkas sambutan Syu sekeluarga. Periuk belanga semua bergantung. Tak kuasa nak masak. Balik kampung makan makanan yang mak masak. Kuih pun sempat buat 3 jenis saja tahun ni. Target nak buat 5 jenis. Apakan daya. Dah esoknya nak balik raya. Auto tertutup terus mood nak buat kuih. Even nak menapai pun tak jadi sebab tak sempat punya pasal.



Kasar sikit salam raya tahun ni

 

Bila dah lama tak balik raya, salam tu kena kasar sikitlah dengan mak ayah, adik beradik & anak saudara 😂. Almaklumlah, 3 tahun tak dapat beraya secara sempurna. Nak balik bimbang mendatangkan kemudaratan pada mak ayah. Jadi, nak tebus balik kesalahan. Kita salam kasar sikit untuk raya tahun 2022 ni. Cepat sikit hilang merah mata lepas nangis-nangis 😁.


Gambar ehsan dari adik beradik 😅. Handphone memanjang dalam beg.

 

Walaupun pada awalnya agak kelam kabut. Tapi, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Rasa bersyukur sangat bila dapat balik kampung beraya seperti biasa tanpa sekatan apa-apa. Cuma encik suami sahaja tak dapat nak join atas sebab tuntutan kerja 😞. Orang dah nak habis raya baru dia dapat cuti. Tapi tak ada hal. Raya kan sebulan 😁 - SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN

Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir dan Batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga. Maaf zahir & batin.

      Padam
  2. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Syu sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  3. Salam Aidilfitri ye.... Moga terus dilindungi Allah... Amin. Mang terkejotzzz raya ini tahunnn.. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga.
      Amin3.
      Betul. Memang betul2 terkejut. Beruk pun tak terkejut macam ni. Ha3

      Padam
  4. Selamat hari raya Syu! betullah memang kelam kabut sungguh raya kali ni.. pening!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga Raz.
      Pening! Memang pening! Ayam nak buat rendang tak hado...Ha3

      Padam
  5. selamat hari raya aidilfitri! =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga. Maaf zahir batin.

      Padam
  6. selamat hari raya syu!! mcm ramai yg cari ayam daging di mlm raya... kenangan tu lps 2 thn x beraya... bila dpt raya terus terkejut raya.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kih3. Kan...Memang terkejut & kelam kabut dibuatnya 😂.Daging alhamdulillah boleh dapat lagi. Yang hairannya ayam auto pupus terus bila cari.

      Padam
  7. Selamat hari raya kak
    Btw hadiah kak hntr tu dh sampai tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga Rabiah.
      Sama2. Harap Rabiah suka.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!