ALASAN BERHENTI KERJA TERBAIK & MUNASABAH UNTUK DIBERIKAN KEPADA MAJIKAN || Contoh surat berhenti kerja sudah ada. Tapi otak pula runsing & buntu mencari alasan berhenti kerja yang sesuai. Bukan apa, mesti korang akan rasa risau. Jika alasan yang diberikan agak kurang munasabah & tak masuk akal untuk diterima majikan.
Ada sesetengah majikan. Mereka akan jadi agak fussy sedikit dalam soal berhenti kerja seseorang pekerja. Tambah-tambah bila ia melibatkan pekerja yang ada potensi & mampu memberikan manfaat kepada syarikat.
SUMBER FOTO : Perkbox.com |
Namun, ada juga segelintir majikan yang tak berapa ambil kisah langsung pasal hal ini. Jenis majikan yang macam ini senang nak deal. Silap-silap diaorang sanggup lepaskan korang lebih awal tanpa menghiraukan tempoh notis perletakkan jawatan yang dah dimeterai di dalam kontrak pekerjaan. Tapi semua ini bergantung kepada budi bicara majikan korang juga sebenarnya.
Jadi, alasan konkrit yang macam mana patut diberikan kepada majikan supaya diaorang boleh lepaskan korang dengan mudah? Kepada yang ada perancangan untuk berhenti kerja. Korang WAJIB baca entri ni sampai habis.
1) Ikut pasangan berpindah
Memang tak dinafikan. Tinggal & kerja berjauhan dengan keluarga antara perkara agak sukar buat pasangan yang sudah berkahwin. Jadi, alasan ikut pasangan berpindah mengikut pasangan merupakan alasan yang paling relevan untuk diguna pakai.
Demi memenuhi komitmen saya kepada keluarga, saya perlu mengikuti suami/isteri saya berpindah ke tempat lain.
Malah, alasan seperti ini agak sukar untuk majikan tolak. Nak-nak bila ia melibatkan pekerja wanita yang sudah berkahwin & hidup berjauhan dengan keluarga tersayang. Selalunya, kalau isteri ikut suami berpindah memang senang majikan nak lepaskan.
Tapi, bagi kes melibatkan suami ikut isteri berpindah pula. Mungkin agak keberatan sedikit majikan nak bagi. Tapi, bergantung kepada budi bicara majikan juga sebenarnya. Kalau slow talk elok-elok dengan majikan. Insyaallah majikan bagi lepas.
2) Sambung belajar
Selain ikut pasangan berpindah. Alasan sambung belajar juga antara alasan yang relevan untuk berhenti kerja. Alasan macam ini selalunya digunakan oleh mereka-mereka yang bekerja secara sambilan. Samada menunggu keputusan SPM, STPM atau keputusan peperiksaan dari universiti semasa cuti semester.
SUMBER FOTO : University of Oxford |
Untuk alasan seperti ini. Seelok-eloknya, korang selitkan juga salinan surat tawaran belajar sebagai dokumen sokongan untuk majikan korang. Sekurang-kurangnya, majikan korang percaya yang korang betul-betul nak sambung belajar.
...saya telah mendapat tawaran untuk menyambung
pelajaran saya diperingkat diploma/ijazah/sarjana.
Lagi satu. Kalau boleh, jangan sekali-kali tipu majikan korang. Berhenti kerjalah dengan cara profesional & beretika. Alang-alang korang dah datang minta kerja cara baik. Diterima dengan cara yang baik. Sebaiknya, pergi pun mesti kena dengan cara yang baik juga.
Bukan apa. Misal kata lepas habis belajar korang menganggur & tak ada kerja. Korang boleh datang bekerja dengan majikan korang semula. Tak ada lah korang tanam anggur memanjang di rumah sementara nak tunggu kerja lain panggil 😉. Jadi, kekalkan hubungan baik dengan bekas majikan korang.
3) Tanggungjawab kepada keluarga
Apabila ahli keluarga berada dalam keadaan yang tidak sihat, uzur & tidak terurus. Waktu kerja yang fleksibel serta lokasi kerja yang dekat dengan tempat tinggal antara perkara yang sangat penting. Memang tak dinafikan komitmen terhadap kerja masih perlu dilaksanakan. Namun, komitmen kepada keluarga tetap menjadi tanggungjawab & kewajiban utama.
Bagi isteri/ibu yang bekerjaya pula, sudah semestinya tak menang tangan dalam menguruskan hal rumahtangga & kerjaya pada satu-satu masa. Tak kiralah multi-tasking supermom sekalipun. Tapi, bila sudah terlampau banyak bebanan kerja. Komitmen terhadap kerjaya & keluarga semestinya akan jadi imbalanced & tak teratur.
Ibu/ayah/isteri/anak/adik/abang berada dalam keadaan yang uzur.
Saya perlu memberikan komitmen sepenuhnya kepada keluarga saya.
Oleh yang demikian, saya terpaksa meletakkan jawatan
& mencari pekerjaan lain yang mempunyai waktu kerja yang lebih fleksibel.
Serta lokasinya tidak jauh dari kediaman kami.
Ada sesetengah majikan mungkin faham & boleh bertolak ansur. Tapi, tak semua majikan pemurah hati nak bagi waktu kerja yang fleksibel mahupun waktu pelepasan (time off) setiap masa. Sekali sekala mungkin boleh bagi muka. Andai berkali-kali. Majikan pun boleh naik fade-up. Jadi, solusi terakhirnya adalah dengan berhenti kerja & cari kerja lain.
4) Faktor kesihatan
Ada masa & ketika. Kerja yang diberikan majikan mungkin terlalu berat sehingga menyebabkan timbulnya masalah kesihatan. Mungkin disebabkan faktor persekitaran kerja yang tidak sihat, pernah mengalami kemalangan ditempat kerja, waktu kerja yang terlampau panjang serta pekerjaan yang melibatkan penggunaan kederat yang banyak/berat.
Alasan berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan antara alasan yang agak sukar untuk majikan kata TIDAK. Tambah-tambah bila ianya berpunca dari syarikat itu sendiri. Lagipun faktor kesihatan pekerja ni penting. Sebab ia sedikit sebanyak boleh memberikan kesan yang buruk kepada majikan & juga syarikat.
SUMBER FOTO : Prolawyer |
Jadi, sudah semestinya majikan tidak berani untuk menanggung risiko dengan menggaji pekerja yang mempunyai masalah kesihatan. Terutamanya kepada pekerja yang pernah ada sejarah penyakit kronik & pernah mengalami kemalangan ditempat kerja.
Sebelum menghantar surat berhenti kerja. Jangan lupa selitkan sekali laporan kesihatan sebagai dokumen sokongan bagi membuktikan yang korang sebenarnya memang betul-betul sakit & tidak mampu untuk bekerja lagi.
5) Mengandung
Bila sudah berkahwin sudah semestinya akan ada perancangan untuk ada zuriat bukan? Buat ibu-ibu yang bekerjaya. Tak kira baru pertama kali hendak menimang cahaya mata mahupun bakal menimang cahaya mata yang seterusnya sekalipun. Sudah semestinya akan mengutamakan soal zuriat terlebih dahulu.
Kadang-kadang faktor persekitaran kerja, lokasi & jenis pekerjaan sedikit sebanyak mampu mempengaruhi kondisi kandungan si ibu. Malah, ada juga yang mengalami alahan teruk sepanjang proses kehamilan sehingga mengganggu perjalanan kerja.
Untuk makluman tuan/puan, saya kini
telah berbadan dua. Malah, saya juga berhadapan dengan
alahan yang sangat teruk. Atas faktor ini, saya terpaksa
membuat keputusan untuk melepaskan jawatan saya yang sedia ada demi kebaikkan saya & juga kandungan saya.
Ada sesetengah ibu mengandung jenis yang tahan lasak. Ada sesetengah tidak. Bergantung pada individu. Jadi, alahan mengandung yang teruk serta faktor kesihatan kandungan boleh dijadikan sebagai alasan yang terbaik & munasabah untuk berhenti kerja.
5) Kembangkan karier
SUMBER FOTO : New York Post |
Mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik juga merupakan rezeki yang agak sukar untuk ditolak. Tambah-tambah bila gaji & manfaat yang ditawarkan jauh lebih baik dari syarikat yang korang bekerja sekarang ini.
Dalam kes ini, keputusan untuk berhenti kerja memang sangat wajar untuk dibuat. Dengan adanya pekerjaan yang lebih stabil, semestinya ia dapat menjamin kehidupan korang untuk jangka masa panjang.
...saya ditawarkan bekerja dengan jawatan yang lebih baik.
Jadi saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan demi
perkembangan karier & memenuhi keperluan saya.
Adakala, majikan sanggup tawarkan kenaikkan gaji yang lebih lumayan supaya korang boleh pertimbangkan semula keputusan untuk berhenti kerja. Dalam kes ini, terpulang kepada korang sendiri untuk membuat keputusan.
Sebaiknya-baik korang teliti semula matlamat utama korang hantar surat
berhenti kerja. Andai kata korang terpaksa menolak. Silalah tolak dengan
cara yang baik. Syu harap, semua alasan-alasan ni dapat membantu korang untuk berhenti kerja 😉💕.
Tq share
BalasPadamTerima kasih.. Setakat ni mmg ada rasa nak berhenti cuma nak mencari kerja lain tu pun macam berat rasanya... Huh.. Alasan lain tu, belum ada lagi setakat ni..
BalasPadamcuba puan join eskayvie bersama pak nil, in shaa allah puan akan nampak perluang perniagaan tanpa modal yang besar. saya yakin dengan perniagaan bersama eskayvie dan akan berhenti kerja tahun hadapan dan fokus sepenuh masa dalam perniagaan eskayvie.
PadamBaiklah. Terima kasih 😊💕.
Padam